Assalamualaikum | Welcome to My Blog | Sila Masukkan Address Blog Anda Dibawah Ini | Terima Kasih

Archives

Post

Digantung Kerana Tegur Iktiraf Israel

KULIM, 24 April: Kerana menegur aktiviti pelajar yang mengiktiraf negara haram Israel dan menggayakan pakaian sami, tujuh pensyarah dan kakitangan UniKL cawangan Kulim telah digantung tugas mereka.

Menurut sumber, pergantungan mereka berkuatkuasa 21 April hingga 4 Mei dan besar kemungkinan tiga dari mereka akan dibuang kerja.

Teguran itu mereka buat terhadap pelajar yang menyertai program menggayakan tarian keagamaan 20 negara di bawah naungan PBB.

Di antara negara yang dipilih adalah Amerika syarikat, United Kingdom, Thailand, Cambodia dan ISRAEL.

Teguran itu dibuat berdasarkan Israel adalah negara haram dan tidak diiktiraf Malaysia.

Mereka juga menegur aktiviti memperagakan pakaian sami yang tidak sesuai dibuat oleh orang Islam.

Sumber : siasahdaily
READ MORE--->

.:::. Mehnah-Mu Penghapus Dosaku .:::.: April 2009
Post

Hukum Memelihara Janggut


Apakah hukumnya, membiarkan dan memeliharakan tumbuhnya janggut?


Jawapan :

Terdapat perintah untuk membiarkan tumbuhnya janggut kerana banyak hadith Nabi s.a.w di antaranya sabda Nabi s.a.w yang bererti :

"Berbezalah daripada kaum Musyrik, bebaskanlah (biarkanlah sebagaimana adanya) janggut dan cukurlah kumis (misai)." (Hadith riwayat Bukhari, Sahih Bukari, vol 5, hlmn 2209; dan Muslim, Sahih Muslim, vol 1, hlmn 222)

Perbezaan Pendapat Ahli Feqh

Para ahli feqah berbeza pendapat di dalam memahami perintah Nabi s.a.w ini,apakah ia menunjukkan bahawa hukumnya (janggut) wajib ataupun sunnah?

Jumhur Fuqaha' (ahli feqah) berpendapat bahawa (menyimpan janggut) adalah wajib. Sementara, para ulama' Mazhab Syafie berpendapat hukumnya (menyimpan janggut) adaah sunnah.

Kebanyakan 'ulama Mazhab Syafie yang menetapkan hukum ini (menyimpan janggut) di dalam kitab-kitab mereka. Kami kemukakan sebahagian di antaranya di sini :

1. Perkataan syeikhul Islam - Imam Zakaria al Ansori

"(Dan), Makhruh (mencabutnya) iaitu jangut pada awal pertumbuhannya, sebab mengutamakan ketampanan (kekacakan) dan keelokan paras rupa". - Sheikhul Islam Zakaria al Ansori, Asna al Muthalib, vol 1, hlmn 551.

2. Al 'Allamah Imam ar Ramli memberikan pandangan terhadap pernyataan ini, di dalam huraiannya (Hasiyah) terhadap Kitab "Isna' al Mutholib". Beliau menyatakan, "Pernyataan (dan makhruh mencabutnya), iaitu janggut. Dan seumpamanya, adalah mencukurnya."

3. Manakala perkataan Al Hulaimi di dalam kitabnya Al Minhaj, "Tidaklah boleh (haram) bagi seseorang mencukur jangutnya dan juga kedua-dua alisnya (bulu kening), " ini adalah pendapat yang lemah. - Al Allamah Imam ar Ramli, Hasiyah Asna Al Muthalib, vol 1, hlmn 551.

4. Ibnu Hajar al Haitami (semoga ALlah merahmati beliau) berkata, "(Masalah cabang) mereka kemukakan di sini berkenaan dengan masalah janggut, dan seumpamanya tentang beberapa perkara yang dimakhruhkan, di antaranya : mencabutnya, dan mencukurnya (janggut). Demikian juga, kedua-dua alis (bulu kening) - Ibnu Hajar al Haithami, Tuhfat al Muhtaj : Syarah al Minhaj, vol 9, hlmn 375-376. "

5. Imam Ibnu Qasim al Ubbadi r.a di dalam huraiannya (Hasiyah) terhadap Tuhfat al Muhtaj mengguatkan pernyataan ini dan berkata, "Perkataannya (diharamkan), berbeza pendapat dengan pendapat yang kuat (muktamad), Di dalam Syarah al Ubad terdapat faedah ; kedua syeikh (Imam Nawawi dan Imam Rafi'e) mengatakan makruh mencukur janggut." - Ibnu Qasim al al Ubbadi, Hasiyah Tuhfat al Muhtaf syarh al Minhaj, vol 9, hlmn 375-376

6. Al Allamah al Bujirmi,dalam huraiannya (hasiyah) terhadap Kitab Syarh al Khatib berkata :

"Sesungguhnya mencukur janggut itu adalah dimakhruhkan walaupun daripada lelaki (dewasa), bukan haram. - Al Bujirmi, Hasiyah al Bujirmi, "ala Syarh al Khatib, vol 4 hlmn 346.

Penyebutan lelaki di sini, bukanlah lawan kata dari wanita, tetapi lawan kta kepada pemuda yang masih kecil. Sebab daripada segi kacamata perbicaraan ini adalah - dimakhruhkan mencukurnya (janggut) pada awal pertumbuhannya, iaitu bagi pemuda yang masih kecil. Lalu, beliau memberikan pandangan bahawa "pada masa awal pertumbuhannya" itu bukanlah suatu ketetapan, tetapi bagi kaum lelaki yang dewasa juga dimakruhkan.

Pendapat dari Ulama dari Mazhab selain Syafieyyah

Juga terdapat pendapat yang menyatakan bahawa makhruh mencukur janggut dari para ulama' selain para ulama' Mazhab Syafie. Di antaranya ialah para ulama seperti al Imam Qadhi al Iyadh (semoga ALlah merahmatinya) pengarang kitab asy Syifa', iaitu salah seorang Imam MAzhab Maliki. Beliau mengatakan bahawa "Makhruh mencabutkannya, mencukurkannya dan membakarkannya (janggut)." - Perkataan ini diambil daripada al Hafiz al Iraqi di dalam kitabnya "Tharhu at Tasyrib", vol 2, hlmn 83; dan Imam Syaukani di dalam kitabnya Nail al Authar, vol 1 hlmn 143.

Sumber : Al Bayan – Al Qawin li Tashbih Ba’dhi al Mafahim, “Penjelasan Terhadap Masalah-masalah Khilafiah”. Prof Dr Ali Jum’ah, 2008, Penerbitan Dar Hakamah, Selangor
READ MORE--->

.:::. Mehnah-Mu Penghapus Dosaku .:::.: April 2009
Post

5 Kebohongan Politik di Tahun 2008

Tahun 2008 sudah lama berlalu. Tetapi banyak hal terjadi dan uniknya, hal-hal itu mempunyai dampak yang jelas pada kondisi dunia sekarang ini. Menurut media, selama ini, banyak terjadi
kebohongan, dan rakyat dunia menelannya begitu saja. Berikut ini beberapa kebohongan besar yang terjadi selama tahun 2008.

1. Hillary Clinton, kampanye Presiden dan Menteri Luar Negeri

Ketika Hillary Clinton berkampanye dalam pencalonannya sebagai presiden AS, Hillary banyak dicela, dikecam dan diserang dari berbagai pihak. Tapi ternyata, Hillary merupakan pilihan pertama Obama untuk posisi Menteri Luar Negeri.

2. Minyak $147 dollar per barrel

Arab Saudi dan OPEC berbohong perihal kemampuan mereka dalam penyediaan minyak. Pernyataan mereka bahwa persediaan minyak tidak sesuai dengan permintaan hingga menyebabkan harga minyak melambung. Kenyataannya harga minyak dunia hanya $38
dari asalnya $147 per barrel.


3. Kendaraan Hybrid yang ekonomi

Kendaraan Hybrid sama sekali tidak ekonomis. Kendaraan ini juga sama memolusikannya seperti kendaraan bahan bakar lainnya, dan juga sama borosnya. Kendaraan Hybrid digunakan
sebagai alat propaganda untuk mengurangi ketergantungan kepada minyak luar negeri. Semua gembar-gambor tentang Hybrid hanya strategi pemasaran belaka.

4. Rencana anggaran kesihatan dari Obama

Rencana Obama hanya diimplentasikan di Massachusetts, tidak untuk keseluruhan AS. Inilah kegagalan pertama dari admintrasi Obama. Dan Obama pun menyadari hal itu.

5. Penghentian perang oleh Obama

Obama berjanji bahwa ia akan menghentikan perang di hari pertamanya menduduki jabatan presiden AS. Tapi kenyataannya, Obama menempatkan Hillary Clinton di posisi keamanan nasional yang merupakan suporter perang Iraq sejati: Hillary Clinton. Hillary sama dengan Robert Gates, orang kepercayaan Bush yang menjadi sekretaris pertahanan AS. Obama juga mengirim puluhan ribu pasukan ke Afghansitan. Ia pun meminta NATO menjadi pendukungnya. Jadi, apa inti dari kampanye Obama untuk menghentikan perang? Tidak ada !!!

READ MORE--->

.:::. Mehnah-Mu Penghapus Dosaku .:::.: April 2009
Post

Perihal Hadis Dhaif


Maksud : Hadis Dhaif adalah Setiap hadis yang tidak terhimpun padanya semua syarat hadis sahhih dan tidak pula semua syarat hadis Hassan.
(rujukan:Al-manhal ar-rawiy(ms/38);Muqadimatu Ibni Ash-Shalah(ms/20);Irsyad Thullab Al-Haqaiq(1/153)

Al-Baiquni berkata didalam Nazham yang disusun beliau

“كل ما عن رتبه الحسن قصر,فهو الضعيف له افسام كسر ’’

“segala yang berpaling dari tingkat hassn ditinggalkan,dia lemah dan banyak macam-macamnya’’

(rujukan:Al-manzumah al-Baiquniyah ma’a at-taqrirat as-suniyah)

Berdasarkan pemerhatian,pembelajaran dan pengkajian saya mengenai hadis daif ini,banyak sekali ulama-ulama hadis mengatakan ketidakbolehan penggunaan hadis dalam segala macam hal.Saya memetik kata-kata Syeikh Al-Qasimi didalam kitabnya beliau berkata “Diceritakan oleh Ibnu Sayyid al-Nas didalam kitab ’Uyun al-athar daripada Yahya Bin Mu’in dan dinisbahkan pula didalam Fathul Mughis karya Abi Bakr Ibni Arabi “Secara zahirnya sesungguhnya mazhab al-bukhari,Muslim adalah tidak boleh beramal dengan sebarang hadis Dhaif’’.

Baiklah jika ada yang masih mahu memperkatakan hadis daif adalah harus digunakan dek kerana Imam Nawawi pernah menyebutkan perihal bolehnya beramal denga hadis daif dalam perihal fadail Amal,maka saya mahu menegaskan bahawa kebolehan itu bukan atas dasar mutlaknya keharusan penggunaan hadis daif itu sendiri.

Saya merujuk perkara ini melalui kitab Al-Maraqah jilid 2 ms/381 karya Syeikh Ali al-Qari beliau berkata “Sesungguhnya hadis Dhaif ini boleh diamalkan didalam perkara-perkara yang tergolong didalam amalan-amalan tambahan (fadail amal), dan sesungguhnya perkara itu merupakan hasil ijmak ulama yang sebagaimana telah dikatakan oleh Imam nawawi.Namun,yang dimaksudkan itu (fadail amal) disini adalah amalan-amalan yang sebagaimana yang telah ditetapkan oleh KitabuAllah dan Sunnah RasulAllah ’’

Atas dasar inilah beramal dengan hadis Dhaif hukumnya jatuh harus sekiranya telah didapati ketetapan dan jelas tentang amalan yang disyariatkan didalam hadis Dhaif berkenaan dengan yang lainnya serta didapati juga suatu hujah yang tepat.

Namun terdapat beberapa syarat yang ditetapkan dalam penggunaan hadis daif ini. Antara syaratnya ialah:

Pertama : Mereka yang beramal dengan hadis Dhaif itu mestilah yakin dan mempunyai iktikad bahawa apa yang ia amalkan adalah berdasarkan kepada hadis dhaif .

Kedua : hendaklah perbuatan itu tidak disyariatkan dan tidak pula disyiarkan. Ini bertujuan agar orang lain tidak terikat beramal dengan hadis dhaif sebab pada dasarnya orang itu telah beramal dengan apa yang tidak disyariatkan.  Disamping itu juga untuk mengelakkan dari orang-orang yang jahil beranggapan bahawa ia adalah satu amalan dari Nabi.

(rujuk kitab 50 masalah penting dalam agama dari tinjauan hadis sahih dan dhaif terjemahan langsung dari kitab Al-manar al-munif fi sahih wa dhaif oleh Ibnu Qoyyim Al-Jauziah)

Ketiga: Hendaklah tingkatan Dhaifnya itu tidak terlalu rendah atau buruk.

(rujuk kitab Mahabith fi ulum quran oleh syeikh Manna’ khalil Al-Qathan)

Hujah-hujah keharusan yang saya bawa itu adalah berdasarkan kepada pandangan ulama yang menerimanya,walaubagaimanapun penerimaan itu bukanlah secara mutlak tapi berdasarkan beberapa syarat yang perlu diikuti.

Walaubagaimanapun ramai juga ulama yang menolak secara mutlak dalam penggunaan hadis ini,antaranya adalah Muhaqiq Al-Imam As-Syaukani.Beliau menolak dan membidas orang yang mengatakan dengan begitu mudah bahawa ahlul Ilmi telah pun berijmak keatas penggunaan hadis Dhaif didalam fadail amal dan kemudian mereka telah menceritakan semuannya itu(apa yang dimaksudkan oleh As-Syaukani adalah,ada segelintir orang memudahkan urusan pengunaan hadis daif sedangkan mereka tidak meniliti dan mahid dalam bidang hadis,maka apabila mahu menggunakan hadis daif merke berdalilkan kata-kata ulama yang mengharuskan penggunaannya.Tanpa menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan),.

Sesungguhnya mereka(ulama-ulama yang mengharuskan) telah berpegangn kuat didalam hadis-hadis ahkam,beliau berkata:“Sesungguhnya hukum-hukum syariat itu mempunyai kedudukan yang sama dan sedarjat,tidak ada perbezaan antara satu sama lain.Dengan demikian maka tidaklah benar(disisi undang-undang islam) untuk mengisytiharkan dan menetapkan satu perkara didalam hal ehwal syariat kecuali ianya telah diperjelaskan akan adanya hujah-hujah yang terang dan nyata.Jika tidak ini bererti ia telah mengatakan sesuatu perkara tentang (hukum-hukum Allah) yang ianya tidak dikatakan atau ditegaskan oelh Allah dan RasulNYA sendiri.Oleh yang demikian ia berhak menerima dosa dan azab daripada Allah.Dan di sebalik itu pada hakikatnya,cukuplah hati ini sebagai saksi diatas pemalsuan dan apa yang datang dalam makna ini.’’(rujuk kitab50 masalah penting dalam agama dari tinjauan hadis sahih dan dhaif terjemahan langsung dari kitab Al-manar al-munif fi sahih wa dhaif oleh Ibnu Qoyyim Al-Jauziah)

Kesimpulannya,atas dasar pengkajian saya tentang hadis daif ini bahawa saya membuat kesimpulan bahawa pendapat yang paling rajih ataupun mendekati kebenaran bahawa HADIS DHAIF TIDAK BOLEH DIGUNAKAN didalam segala hal pun.Saya mengambil balik kata-kata Syaukani perihal ini “ tidaklah benar(disisi undang-undang islam) untuk mengisytiharkan dan menetapkan satu perkara didalam hal ehwal syariat kecuali ianya telah diperjelaskan akan adanya hujah-hujah yang terang dan nyata.’’

Dan sudah terang dan bersuluh bahawa hadis Dhaif adalah tidak terang dan nyata hujah-hujahnya,oleh itu meninggalkannya adalah lebih mendekati sunnah dan mengelakkan diri dari terjerubus kedalam Amaran Nabi berkenaan dengan amaran jangan berdusta ketas beliau.

وان كذبا على ليس ككذب على احد فمن كذب على متعمدا فليتبوا مقعده مى النار (رواه مسلم)

“Sesungguhnya berdusta keatas diriku bukanlah sama seperti mendustakan kepada seseorang,maka sesiapa yang berdusta kepadaku dengan adanya unsure kesengajaan,silakan mengambil tempat duduknya didalam api neraka.”

Akhir sekali ingatlah hadis ini:

اتقوا الحديث عنى الا ما علمتم (
رواه ترمدذى و ابو شيبه)

“takutlah (hati-hatilah) kamu didalam menyampaikan hadis daripada saya,kecuali apa-apa (hadis) yang engkau semua telah ketahuinya“


Wallahu'alam.
READ MORE--->

.:::. Mehnah-Mu Penghapus Dosaku .:::.: April 2009
Post

Barisan Kabinet Malaysia 2009


Perdana menteri - Datuk Seri Najib Razak

Timbalan perdana menteri - Tan Sri Muhyiddin Yassin

Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Tan Sri Dr Koh Tsu Koon - perpaduan & pengurusan prestasi
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz - perundangan dan Parlimen
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop - Unit Perancang Ekonomi
Mej Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom - hal ehwal Islam

Timbalan-timbalan menteri:

Datuk Liew Vui Keong
Datuk Dr Mashitah Ibrahim
Datuk SK Devamany
Ahmad Maslan
T Murugiah

Menteri kewangan I
Datuk Seri Najib Razak

Menteri kewangan II
Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah

Datuk Chor Chee Heung (timbalan)
Datuk Dr Awang Adek Hussin (timbalan)

Menteri pelajaran
Tan Sri Muhyiddin Yassin

Datuk Dr Wee Ka Siong (timbalan)
Dr Mohd Puad Zarkashi (timbalan)

Menteri pengangkutan
Datuk Ong Tee Keat

Datuk Abdul Rahim Bakri (timbalan)
Datuk Robert Lau Hoi Chew (timbalan)

Menteri perusahaan, perladangan dan komoditi
Tan Sri Bernard Dompok
Datuk Hamzah Zainudin (timbalan)

Menteri dalam negeri
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

Datuk Wira Abu Seman Yusop (timbalan)
Jelaing Mersat (timbalan)

Menteri penerangan, komunikasi, kesenian dan kebudayaan
Datuk Seri Dr Rais Yatim

Datuk Joseph Salang Gandum (timbalan)
Senator Heng Seai Kie (timbalan)

Menteri tenaga, teknologi hijau dan air
Datuk Peter Chin Fah Kui
Noriah Kasnon (timbalan)

Menteri kemajuan luar bandar dan wilayah
Datuk Seri Shafie Apdal

Datuk Hassan Malek (timbalan)
Datuk Joseph Entulu Belaun (timbalan)

Menteri pengajian tinggi
Datuk Seri Mohd Khaled Nordin

Datuk Dr Hou Kok Chung (timbalan)
Datuk Saifuddin Abdullah (timbalan)

Menteri perdagangan antarabangsa dan industri
Datuk Mustapa Mohamed

Datuk Mukhriz Mahathir (timbalan)
Datuk Jacob Dungau Sagan (timbalan)

Menteri sains, teknologi dan inovasi
Datuk Dr Maximus Ongkili
Fadillah Yusof (timbalan)

Menteri sumber asli dan alam sekitar
Datuk Douglas Uggah Embas

Tan Sri Joseph Kurup (timbalan)

Menteri pelancongan
Datuk Ng Yen Yen
Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib (timbalan)

Menteri pertanian dan industri asas industri
Datuk Noh Omar

Datuk Johari Baharum (timbalan)
Datuk Rohani Abdul Karim (timbalan)

Menteri pertahanan
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad (timbalan)

Menteri kerja raya
Datuk Shaziman Abu Mansor
Datuk Yong Khoon Seng (timbalan)

Menteri kesihatan
Datuk Liow Tiong Lai
Datuk Rosnah Rashid Shirlin (timbalan)

Menteri belia dan sukan
Datuk Ahmad Shabery Cheek

Datuk Razali Ibrahim (timbalan)
Wee Jeck Seng (timbalan)

Menteri sumber manusia
Datuk Dr S Subramaniam
Datuk Maznah Mazlan (timbalan)

Perdagangan dalam negeri dan hal-ehwal pengguna
Datuk Ismail Sabri Yaakob
Datuk Tan Lian Hoe (timbalan)

Menteri perumahan dan kerajaan tempatan
Datuk Kong Cho Ha
Datuk Lajim Ukin (timbalan)

Menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat
Datuk Seri Sharizat Jalil
Datin Paduka Chew Mei Fun (timbalan)

Menteri luar
Datuk Anifah Aman

A Kohilan Pillay (timbalan)
Datuk Lee Chee Leong (timbalan)

Menteri wilayah persekutuan
Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
Datuk M Saravanan (timbalan)
READ MORE--->

.:::. Mehnah-Mu Penghapus Dosaku .:::.: April 2009
Post

Awasi Unsur Syirik Jika Guna Kayu Kokka

Oleh : Dato' Dr. Haron Din 

Apakah dia kayu koka? Betulkah kayu koka ini sejenis kayu yang diperintahkan Allah untuk digunakan Nabi Nuh a.s. membuat kapal dan menyuruh Nabi Musa a.s. mengambil tongkat yang juga diperbuat daripada kayu koka.

Banyak orang sanggup membeli kayu koka dengan harga yang terlalu mahal. Ada yang berbentuk tongkat, tasbih dan batu cincin.

Kononya ia boleh menjadi penghadang daripada jin dan syaitan, menyembuhkan penyakit serta memurahkan rezeki. Apakah ini ada isyarahnya dalam al-Quran atau as-Sunnah?

Abu Bakar Zakaria,
Damansara, Selangor 
 
Inilah Tasbih Kokka yang berharga RM 400 !!!Saya pernah melihat kayu koka dalam semua bentuk. Pernah dihadiahkan kayu tersebut oleh beberapa orang kepada saya. Malah saya pernah membaca ada sebuah buku yang diterbitkan di Malaysia, disebutkan tentang penggunaan dan kebaikan kayu koka seperti yang saudara sebutkan.

Sepanjang hidup saya, tidak pernah mendengar tentang kayu koka ini, melainkan sejak dua tiga tahun kebelakangan ini. 
 
Ada pelajar yang pulang dari Jordan, bertemu saya dan memperkenalkan kayu koka. Beliau berhasrat menjualnya kepada saya kerana dia mengatakan sayalah orang yang paling layak memakai atau menggunakan kayu koka. 
 
Saya berbincang panjang dengan beliau, malah saya menasihatkan beliau mencari profesyen lain daripada menjual kayu koka. Persoalan ini lama kelamaan semakin timbul. Saya melihat orang memakai cincin yang batunya diperbuat daripada kayu koka. Kebetulan saya dapati bukan kayu sebenarnya, tetapi ia buah yang terlalu keras. Oleh kerana tampung buah itu terlalu keras, maka daripadanya diperbuat pelbagai bentuk atas nama kayu koka. Ada juga yang saya jumpa ia diperbuat daripada kayu betul. 
 
Pada saya, semua yang dikaitkan dengan kuasa makhluk-makhluk 'madi' seperti kayu, batu dan sebagainya yang dikaitkan dengan memberi bekas, kecelakaan atau kemanfaatan, inilah yang dilarang oleh Islam. 

Ini termasuk dalam larangan Rasulullah s.a.w. dalam bersabdanya (mafhumnya); "Sesungguhnya jampi mentara yang mengandungi kesyirikan kepada Allah SWT dan semua jenis tangkal, ilmu pengasih yang menggunakan sihir, semuanya adalah syirik terhadap Allah SWT." (Hadis sahih)

Kalau sekadar perhiasan, yang semata-mata perhiasan, seperti membuat batu cincin atau gelang, yang tidak dikaitkan dengan sebarang kemudaratan atau kebaikan daripadanya, boleh digunakan. Seperti kita menggunakan batu permata, emas dan perak, semata-mata untuk perhiasan, adalah diharuskan.

Oleh kerana penggunaan kayu koka ini sudah menjadi suatu profesyen yang pembeli atau penggunanya terpukau dengan penjelasan yang menarik, maka banyak orang yang tertipu dengan penerangan, lalu membelinya. Jika berlaku kebetulan, seorang yang sempit rezekinya, memakai kayu ini, murah rezekinya. Jika dikaitkan rezeki yang murah berpunca dari kayu tersebut, jelas berlaku syirik terhadap Allah.

Tidak boleh ada kuasa lain yang memberi rezeki kepada makhluk melainkan Allah sahaja. Banyak ayat al-Quran yang menyebut bahawa Allahlah pemberi rezeki yang sebenarnya. Kayu koka mungkin ada khasiat khusus dalam perubatan yang termasuk dalam jenis herba. Jika ia merupakan herba, dilarutkan atau dimasukkan dalam apa-apa adunan, yang mungkin sesuai mengubati penyakit tertentu, itu termasuk dalam salah satu bentuk rawatan penyakit. 
 
Itu pun salah satu yang diharuskan kerana ada dalam hadis-hadis Nabi s.a.w. yang merujuk rawatan penyakit secara memakan ubat. Nabi s.a.w. pernah menyebut tentang madu lebah, bijirin hitam (Habbatus Saudak), jintan hitam, jenis tanaman seperti 'assina' dan 'assinut'. Dalam al-Quran disebut 'at-tiin', 'az-zaytun', 'ar-rummaan', 'an-nahiil' dan sebagainya yang merujuk kepada buah-buahan. Ini termasuk dalam kajian-kajian untuk dijadikan ubat bagi menyembuhkan penyakit tertentu.

Persoalan saya tentang pengguna kayu kota atau apa sahaja kayu, mengapa orang yang memiliki kayu itu tidak menggunakan untuk faedah dirinya dan menjualkannya kepada orang lain. Barangkali orang tersebut tidak begitu yakin dengan apa yang didakwanya manfaat kepada pengguna kayu koka, sehingga menjualnya dengan harga yang tinggi untuk mendapat faedah kewangan. 
 
Saya amat meragui perkara menggunakan kayu ini, terutama untuk menjadi penghadang kepada jin, syaitan dan sebagainya. Apa yang saya tahu, jin dan syaitan akan takut dan lari lintang pukang jika dibacakan ayat-ayat al-Quran ataupun zikir kepada Allah SWT. Dalam suatu hadis disebut, Rasulullah s.a.w. pernah melintasi rumah-rumah sahabat di waktu dinihari. Baginda mendapati Umar al-Khattab r.a. membaca al-Quran dan berzikir kepada Allah dengan suara yang amat lantang. 
 
Keesokan harinya Nabi s.a.w. bertemu Umar dan berkata kepadanya, "Aku melintasi rumahmu dan aku mendengar kamu membaca al-Quran dan berzikir dengan suara yang amat nyaring, mengapa kamu buat demikian." Umar menjawab; "Saya berbuat demikian untuk menghalau segala syaitan yang menganggu saya." Lalu Nabi berkata kepadanya, "Perlahankan sedikit."

KOMEN USTAZ ZAHARUDDIN :

Kayu Kokka & Masalah Aqidah
 
Ramai bertanya kepada saya berkenaan keajaiban kayu kokka. Sebenarnya saya telah lama menyatakan berkenaan kayu kokka ini sejak dari Jordan, saya juga sempat bertemu dengan penjual utama kayu kokka semasa berada Jordan. Selepas perbincangan, penjual ini mengakui bahawa tiada sebarang hujjah yang boleh dipakai untuk mendakwa kesohihan dakwaan sejarah kayu ini.

Saya juga telah berusaha mencari apa jua hadith dari beratus buah kitab-kitab hadith berkenaan kayu ini, malangnya tiada satu pun hadith berkenaannya. Saya juga sempat bertanya kepada Al-Marhum Syeikh Atiyyah Saqar ketika menziarahi beliau di rumahnya di Mesir pada tahun 2004. Beliau menyatakan sesiapa yang mempercayai kayu ini adalah orang-orang yang jahil. Itulah yang disebut oleh Syeikh Atiyyah.

Selain itu, saya juga sempat berbincang dengan Syeikh Prof. Dr Abd Malik As-Sa'di (Ulama Iraq yang menjadi pensyarah di Univ Mu'tah Jordan), beliau mengatakan pemakai cincin kokka, rantai, tasbih dan lain-lain dengan kepercayaan akan kehebatan ghaib kayu yang boleh mendatangkan kesan baik atau menolak keburukan, ia termasuk dalam kategori tangkal yang membawa hukum syirik. 
 
Dari sudut hukum jual beli
Ringkasnya, penjual kayu ini juga kerap mewarwarkan 'kuasa ghaib' kayu ini, menurut hukum Shariah sebegini adalah haram tanpa syak lagi kerana telah berfunsgi seperti bomoh yang meramalkan hal ehwal ghaib. Penjual kayu ini juga samada secara sedar atau tidak telah melakukan penipuan apabila menyebut kayu kokka sebagai kayu yang sama dengan Bahtera Nabi Nuh a.s ( padahal tiada saiapa yang pernah menjumpai bahtera ini, sebarang dakwaan kosong tidaklah boleh dipakai) demi untuk meyakinkan pembeli akan kehebatannya, sedangkan tiada satu hadith yang menyebutnya dan kajian saintifik juga tiada yang boleh dipakai dalam hal ini. Apabila perkara tidak sabit kebenarannya ini dijaja bagi menjual kayu ini, ia akan tergolong dalam kategori pembohongan dalam jualan. Nabi SAW bersabda :- 
 
Ertinya : Sesungguhnya peniaga-peniaga adalah mereka yang jahat-jahat, sahabat bertanya : Wahai Rasulullah SAW, bukankah Allah telah menghalalkan jual beli, Nabi menjawab : Bahkan, tetapi peniaga (yang fujjar atau jahat ) ini mereka kerap bersumpah (tentang kehebatan barangan yang dijual) dan mereka berdosa kerananya, mereka juga bila bercakap ( ketika promosi ) mereka akan sentiasa berbohong. (Riwayat Al-Hakim, sohih isnadnya menurut syarat Al-Bukhari & Muslim ; Al-Baihaqi)
 
Demikian juga halnya dengan majoriti penjual kayu ini di ketika mereka berkempen, ada yang akan mendakwa kononnya ia adalah kayu yang sama dengan tongkat Nabi Musa a.s serta boleh menghadang Jin dan Syaitan. Semuanya tidak berasas di dalam Islam. Bagi saya, kayu ini sebenarnya lebih banyak membawa keseronokan kepada Jin dan Syaitan kerana lebih mudah merosakkan aiqdah umat Islam dengan kewujudannya.

Selain itu, sebahagian pihak penjual menaikkan harga kayu ini hanya kerana kehebatan ghaib kayu ini. Jika harganya berdasarkan kualiti dan kecantikannya sebenar sahaja, tentu ia dibenarkan oleh Shariah. Bagaimanapun jika ia dinaikkan kerana kuasa ghaib dan khasiat yang tidak boleh dibuktikan oleh kajian sains, ia tidak dibenarkan oleh Shariah kerana gharar.

Kayu atau orang yang bermasalah?
Ada yang bertanya serta memberikan pandangan kepada saya bahawa yang salah adalah kepercayaan itu dan bukannya kayu itu pada fizikalnya. Benar, saya bersetuju dari satu sudut bahawa kayu itu sendiri sudah hukumnya adalah neutral, demikian juga hukum bagi kubur. Bagaimanapun yang menjadi masalah adalah pemuja kubur, sudah tentu kubur dan jenazah yang dikuburkan itu tidak salah, tetapi yang salah adalah pemuja. Demikian juga halnya kayu kokka. Dalam Islam, jika sesuatu yang neutral itu menjadi sebab utama kepada syirik, ia turut akan diharamkan sebagai sadd az-zara'i (menutup ruang kemungkinan berlaku syirik). 
 
Justeru, hukum memakai dan membeli kayu ini dengan tujuan hiasan semata-mata, tanpa sebarang kepercayaan ghaib tentang kehebatannya adalah harus. Bagaimanapun, amat wajar dijauhi juga, kerana apabila sudah diwarwarkan tentang keajaibannya, walaupun seseorang memakainya hanya untuk kecantikan dan hiasan, berita keajaiban itu akan bermain di sempadan syirik dan Syaitan dengan mudah boleh melintaskan perasaan keajaiban itu ketika seseorang memakainya. 
 
Islam menolak semua jenis tindakan yang bermain di sempadan syirik seperti menyimpan patung di dalam rumah, membina kubur dan dalam kawasan masjid dan banyak lagi (Al-Halal Wal Haram Fil Islam, Al-Qaradawi)

Kempen
ANTARA DAKWAAN PENJUAL KOKKA adalah :-


  • Sekiranya anak-anak demam, hendaklah diberi minum dengan air suam. Insya-Allah suhu badan menurun.

  • Dapat menghalau jin dan syaitan serta terelak daripada dirasuk dengan menggosok atau disapu pada dahi.

  • Jika disapu pada orang yang dirasuk akan meraung kepanasan dia. (Sapu sedikit sudah cukup).

  • Orang tidak akan mengkhianati atau menyusahkan kita, jika kita memakai minyak ini. Insya-Allah.

  • Jika minyak ini sentiasa melekat di badan kita, Insya-Allah orang akan menyayangi kita.
Bayangkan begitu karut dakwaan penjual kayu kokka ini, sehingga minyak kayu kokka dianggap boleh menjadi minyak pengasih. Sedangkan hukum minyak pengasih adalah syirik dalam islam sebagai disebut oleh nabi SAW ( Al-Halal Wal Haram Fil Islam, Al-Qaradhawi ).

Tangkal atau Tamimah yang digantung pada badan atau pada binatang atau dalam rumah terkadang dibuat dari tulang, taring binatang buas, tulisan tertentu dan lain-lain. Terkadang tamimah dibuat dari ayat Al-Quran. Para ulama' berbeza pendapat tentang tamimah dari Al-Quran. Pandangan yang lebih kuat juga melarang berbuat demikian sebab Nabi Muhammad s.a.w. melarang tamimah secara umum termasuk dari ayat Al-Quran.

Abdullah Bin Mas'ud berkata : Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda :

Ertinya : Sesungguhnya jampi yang mengandungi syirik, tangkal dan pengasih adalah syirik.( Riwayat Ahmad dan Abu Daud - Menurut Syeikh Albani : Hasan )

Daripada ‘Uqbah Bin ‘Aamir (marfu') :

Ertinya : Barangsiapa yang menggantung tangkal maka sesungguhnya syirik-lah dia.
 
Antara bentuk tangkal cara baru umat Islam di Malaysia ketika ini adalah seperti meletakkan pisau atau gunting di bawah tilam bayi kononnya agar tidak diganggu, memakai cincin dan rantai atau tasbih kayu kokka dengan kepercayaan bahawa ia dapat mendatangkan kebaikan dan menjauhkan keburukan, meminum air za'faran tertentu dengan yakin ia membawa kebaikan. Semua ini adalah bentuk tangkal dan boleh membawa kepada syirik. Moga Alah menyelamatkan kita dari syirik dan khurafat

Sekian,
Zaharuddin Abd Rahman
READ MORE--->

.:::. Mehnah-Mu Penghapus Dosaku .:::.: April 2009
Post

Cemburu


Apakah cemburu memberi kesan yang negatif kepada psikologi dan menjejaskan tingkahlaku seseorang serta memberi kesan yang buruk terhadap kehidupan seharian sehingga menjejaskan hubungan sosial?

Apakah cemburu kekejaman psikologi kepada isteri/perempuan yang berpoligami?

Cemburu bukanlah suatu hal yang perlu menjadi kewajipan/syarat bagi menjalankan poligami. Cemburu juga boleh berlaku dalam perkahwinan monogami, bukan dalam poligami sahaja.

Kata orang, cemburu itu tanda sayang tetapi Dari sudut psikologi, cemburu adalah perasaan sakit hati, marah, tidak percaya, dan kurang yakin seseorang terhadap pasangan yang dicintai. Selalunya, perasaan ini timbul lantaran sikap suami atau isteri yang gemar membayangkan pasangannya mempunyai hubungan istimewa dengan seseorang di luar pengetahuannya.*

Pensyarah Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, Prof Suradi Salim, berkata masalah cemburu di kalangan suami isteri sebenarnya berkait rapat dengan tindakan seseorang dari sudut dalaman dan luaran*.

Panduan elak pasangan cemburu

1. Memberi sepenuh kasih sayang dan perhatian supaya suami tidak syak wasangka.

2. Mewujudkan komunikasi dua hala yang berkesan antara kedua belah pihak.

3. Jika hubungan jarak jauh, sering kali berhubung menggunakan telefon, sistem pesanan ringkas (sms), atau e-mel untuk mengeratkan kasih sayang

4. Bercerita apa saja yang berlaku sama ada di tempat kerja atau dengan rakan.

5. Elak melakukan perkara yang membawa kepada cemburu pasangan.

6. Kenalkan rakan pejabat dan kenalan rapat anda kepada pasangan.*

*Rujukan: http://tintalughahwi2.blogspot.com/2007/08/kata-orang-cemburu-itu-tandanya-sayang.html

Penulis masih dalam proses pembacaan dan penelitian berkenaan dengan topik ini. Melihat sejauh mana cemburu mempengaruhi poligami dan cemburu memberi kesan yang buruk dalam rutin sosial harian.

Sumber : jalilahinsanterindah
READ MORE--->

.:::. Mehnah-Mu Penghapus Dosaku .:::.: April 2009
Post

Poligami : Siapa Yang Salah?


Agak tertarik dengan pertanyaan salah seorang pembaca, adakah persoalan kenapa suami orang menjadi pilihan timbul di zaman Rasulullah saw?

Tentulah tidak timbul permasalahan ini di zaman rasulullah saw kerana mereka benar-benar berpoligami kerana ingin membantu perempuan-perempuan/janda-janda yang kematian suami yang syahid di medan perang. Pada zaman sekarang lain pula jadinya.

Menurut Haji Dusuki b Haji Ahmad dalam buku Poligami Dalam Islam, syarat yang penting untuk membolehkan poligami ada dua iaitu keadilan di antara para isteri dan berkuasa menanggung nafkah.

Yang menjadi kekacauan dalam keluarga poligami sekarang ini adalah disebabkan suami yang tidak mampu untuk berlaku adil dan ada juga yang tidak mampu untuk memberi nafkah sehingga menyebabkan berlaku pengabaian kepada anak-anak.

Anak-anak pula yang menjadi mangsa keadaan. Kalau dahulu, ayah selaku pemimpin keluarga yang berani berjuang dan syahid dengan kekuatan bermujahadah, jadi tidak hairanlah dia mampu membina keluarga yang mantap mental dan fizikal pada anak-anak dengan semaian ilmu, iman, taqwa dan akhlak yang mulia.

Zaman sekarang masih ada keluarga sedemikian, kalau kata 10 keluarga poligami, ada satu keluarga yang sedemikian. Di sana ada indahnya poligami.

Poligami tidak semudah disangka. Mungkin ia jadi mudah apabila masing-masing faham akan peranan dan tanggungjawab masing-masing. Tapi malangnya hanya mampu berkata, "abang kan ikut sunnah..". Bagi isteri yang faham benar suaminya persis apa, jadi bagi isteri yang baik tentulah akan menolak dengan baik dan lakukan sedikit perbincangan walaupun pada akhirnya membenarkan tetapi berbeza pula dengan isteri yang dikatakan sebagai perampas. Ini adalah disebabkan kerana mereka yang tidak bersyukur dengan kebenaran yang diberi oleh isteri pertama. Bukan menjalin hubungan dengan keluarga isteri pertama malah guna perkhidmatan bomoh pula. Bukan sahaja suami sahaja diambil tetapi terpaksa merasa tempias cemburu yang melampau dari pihak sebelah sana dengan menanggung kesengsaraan psikologi yang akhirnya membawa kepada kesakitan biologi.

Isteri pertama atau kedua sama sahaja. Ada yang pertama baik tetapi yang kedua pula bermasalah dan begitulah sebaliknya. Pokok pangkalnya kembali kepada individu itu sendiri. Dalam hal ini, suami memainkan peranan penting. Benarlah, memang ada isteri yang diluar kawalan, suami pula menjadi mangsa keadaan. Bagi mengelakkan terjadi perkara-perkara yang tidak diingini berlaku dan timbulnya pelbagai masalah, seharusnya emosi diletakkan di tepi dan dibuang jauh-jauh.

Seharusnya masing-masing suami dan isteri-isteri lebih rasional dan bijak mengatur dan berbincang dengan baik. Janganlah sebagai alasan hendak tukar angin baru sebab yang lama sudah tidak cantik dan tidak pandai melayan serta pelbagai lagi alasan yang tidak munasabah dan tidak masuk akal dikemukakan. Tetapi carilah dan dalamilah ilmu bagi membantu perempuan yang benar-benar harus dipoligami.

Banyak perempuan hari ini tidak boleh menerima poligami adalah disebabkan kesilapan lelaki. Benar, isteri yang kedua,ketiga dan keempat juga perempuan. Kalau marah pada lelaki, marahlah juga pada perempuan-perempuan yang bersedia dimadu yang juga kaum sejenis dengan isteri pertama. Perempuan-perempuan seharusnya bersiap-sedia dengan ilmu di dada dan ketahanan mental dan fizikal bagi menempuh alam perkahwinan.

Monogami atau poligami kedua-duanya telah termaktub peraturannya dalam Islam. Kedua-duanya dibenarkan dalam Islam. Namun harus difahami yang menjadi keutamaan adalah monogami tetapi poligami dibenarkan dalam hal-hal tertentu bukanlah digalakkan kepada semua lelaki. Walau bagaimanapun jika lelaki itu layak untuk berpoligami dan alasan mengapa ingin berpoligami itu benar dan sesuai dengan yang sepatutnya iaitu ingin membantu perempuan tersebut, tiada salahnya.

Dalam hal ini, isteri-isteri harus lebih meletakkan rasional di hadapan bukan jadikan poligami sebagai beban.

Sumber :
jadilahinsanterindah
READ MORE--->

.:::. Mehnah-Mu Penghapus Dosaku .:::.: April 2009
Post

Mengapa Nak Poligami?


Agaknya kenapalah ada orang perempuan yang teringin dan sanggup bermadu? Persoalan juga lelaki, apakah keinginan sebenar lelaki untuk berpoligami?

Benar, lelaki ada hak. Tetapi apakah hak itu yang menjadi landasan berpijak untuk mencari dan berkahwin lagi?

Ada beberapa kes, lelaki ingin menikah lagi hanyalah dengan alasan isteri pertamanya tidak cantik, tidak seksi dan mengancam, tidak menggoda dan manja, tidak pandai melayan suami dan sebagainya.
Banyak alasan yang tidak munasabah yang diketengahkan bagi permohonan poligami. Menurut temanku yang merupakan salah seorang peguam syar’i menyatakan banyak sebab dan alasan yang tidak masuk akal dikemukakan oleh pihak lelaki yang ingin berkahwin lagi.

Dalam al-quran ada termaktub ayat tentang poligami malah ada hadis yang menerangkan cara poligami yang betul. Islam adalah agama yang rasional dan bersesuaian pada seluruh keadaan sepanjang zaman. Islam menyediakan pakej untuk umatnya demi menjaga kemaslahatan dan mengelakkan kemudharatan.

Tentu ada maksud dan hikmah tersendiri dari ketetapan poligami ini.

Sumber : jadilahinsanterindah
READ MORE--->

.:::. Mehnah-Mu Penghapus Dosaku .:::.: April 2009
Post

Mengapa Suami Orang Menjadi Pilihan?


Kenapa ada perempuan suka pada suami orang (terutama yang bakal/sudah bergelar isteri kedua/ketiga/keempat?
 
Itulah yang menjadi isu dan pertanyaan salah seorang adik-adikku yang merupakan penghuni kolej kediaman ini. Bukanlah hendak menghukum dan mengata sesiapa, tetapi hanya ingin menyelami hati dan perasaan seorang perempuan yang berkahwin dengan seorang lelaki yang sudah memegang ’jawatan’ dan tanggungjawab sebagai seorang suami dan bapa malah mungkin sahaja umur mereka sudah sebaya dengan ayah mereka sendiri!
 
Bukanlah umur yang menjadi permasalahan, tetapi ingin dilihat dari segi alasan mengahwini mereka. Ada juga teman serumahku memberi pandangan dari sudut pemahaman seorang perempuan. Nanti kalau ada teman-teman yang lawan jenis (lelaki) ingin memberi pandangan, sangat dialu-alukan. Akan ku cari waktu juga untuk menanyakan pada kenalan-kenalanku.
 
Kata temanku, kebiasaannya yang pernah terjadi dan lihat di depan mata, lelaki yang sudah berusia juga mempunyai isteri dan anak ini, kadang-kadang mereka tidak mempunyai sebarang masalah atau sememangnya rumahtangga yang sudah retak bakal runtuh dan pecah sahaja, bukanlah datang dari sisi lelaki sahaja yang salah, tetapi perempuan juga sangat memainkan peranan kerana banyak lelaki yang tidak memandang paras rupa tetapi banyak pandai melayan lelaki-lelaki itu seperti melayan sebagai orang yang disayangi dengan bercakap-cakap dengan nada menggoda, malah lelaki yang sudah berkahwin ini lebih mudah digoda berbanding yang bujang! Benarkah fakta ini?
 
Hanya kerana layanan?! Kalau kerana sebab perempuan, jadi para feminisme tidak boleh menyalahkan lelaki 100% dalam hal poligami dan pelbagai hal-hal lain yang dilihat sebagai penganiayaan terhadap perempuan. Mungkin dalam hal poligami, penganiayaan dilihat dari sisi isteri pertama iaitu seorang perempuan, tetapi yang menjadi madunya, yang kedua, ketiga dan keempat adalah kaum sejenis iaitu perempuan.
 
Apakah kurang layanan dari isteri di rumah? Atau lelaki memang ingin mencari angin baru dengan orang baru?
 
Bekas kekasih rupanya..? apakah kerana sayang yang bersisa menjadi tagihan poligami? Apakah dia pernah bertakhta di hati diterima untuk berkongsi hidup suka dan duka setelah diri masih belum berpunya? Apakah dia benar-benar ingin membuktikan cintanya padamu dengan mengahwinimu sedang isteri menanggung perit terpaksa berkongsi kasih dek kerana perkahwinan atas dasar pilihan keluarga? Apa perasaan disaat melihat suami akad nikah untuk bersatu dengan bekas kekasih atau bersatu cinta dengan bakal isteri kedua, ketiga dan keempat? Apa tiada secalit luka di sudut hati? Benarkah tidak kisah dengan ber’title’ isteri kedua, ketiga dan keempat? Perlukah kita berkahwin dengan seseorang yang pernah kita sayang sedang dia telah menikah dan punya anak?
Suami dan isteri seperti mempunyai ego sendiri yang tidak mahu mengalah. Apabila bercerita tentang hak, lelaki dengan bangga mendabik dada. Tetapi bila berbincang tentang kemampuan dan keadilan, secara zahir boleh ditonjolkan melalui kelayakan dan kekuatan ekonomi yang dimilikinya. Manakala adil pula, tiada siapa pun boleh mengetahui sejauh mana ia boleh berlaku adil.


Sumber : jadilahinsanterindah
READ MORE--->

.:::. Mehnah-Mu Penghapus Dosaku .:::.: April 2009
Post

Salahkah Menjadi Melayu?


Salahkah dilahirkan sebagai bangsa Melayu? Apa yang dibanggakan dengan menjadi bangsa Cina, orang berkulit putih, berkulit hitam, arab, bangladesh, kemboja dan sebagainya? Apakah hina dilahirkan, hidup, cara berfikir, bertingkah-laku, cara bekerja dan sebagainya atas nama Melayu? Jijik sangatkah bergelar Melayu?

Orang selalu membahaskan tentang topik ini. Apakah menjadi hal yang aneh di dalam masyarakat apabila kita berbicara tentang Melayu? Sudah biasa dengar dikalangan masyarakat baik Melayu, Cina, India dan sebagainya bercerita tentang Melayu. Kebiasaannya, melayu sering dikatakan dengan malas, selalu buang masa, cara berfikir yang tidak kreatif dan kritis, malu (biasanya pelajar-pelajar di dalam kelas malu untuk bertanya dan memberi pandangan, sangat berbeza dengan cara pelajar luar negara yang sering lebih menonjol berbanding pelajar Melayu dalam berkongsi pendapat dan persoalan), sering berbual kosong, tidak menepati masa (sehinggakan sering menjadi buah mulut orang, seperti ’biasalah janji melayu’), suka cakap belakang, lambat/lembab

Adakah melayu sahaja yang bersikap sedemikian? Adakah benar fakta itu? Malu sangatkah kalau menjadi orang Melayu?

Menurut titah raja nazrin sewaktu mengulas sesi ’bedah buku’ the malays, hanyalah dongengan yang mengatakan melayu pemalas, berdendam, dll.

Banggalah menjadi hamba Allah, memakmurkan bumi. Banggalah menjadi melayu, yang terkenal dengan sopan santun juga lemah lembut menjadikan kita suatu bangsa ketimuran yang unik. Banggalah menjadi rakyat malaysia, seorang Islam juga melayu, yang mempunyai pelbagai keistimewaan di malaysia yang melayu adalah tuan rumah!
 

Sumber : jadilahinsanterindah
READ MORE--->

.:::. Mehnah-Mu Penghapus Dosaku .:::.: April 2009
Post

Makna Disebalik PEPSI



Tahu tak apa makna PEPSI?
Dan kenapa ia tak dijual di Israel?
PEPSI maksudnya PAY EVERY POUND SAVE ISRAEL.
So, siapa yang sokong Yahudi laknatullah, belilah pepsi & coca cola.
Satu lagi, kenapa PEPSI dan COCA COLA tak dijual di Israel? sebab dalam minuman tu ada satu bahan yang membuatkan peminumnya boleh jadi mandul.
Mandul secara perlahan-lahan. SO, nak beli PEPSI dan COCA COLA tak?
Selain mandul minuman ini juga boleh menyebabkan kencing manis.

Sumber : Mr.G
READ MORE--->

.:::. Mehnah-Mu Penghapus Dosaku .:::.: April 2009
Post

Srikandi PKR Dicabul Dalam Bilik Gerakan BN

Lebih kurang jam 4:30 petang tadi, berlaku satu kejadian yang tidak diingini kepada Petugas Pilihanraya Pakatan Rakyat dari Srikandi PKR Malaysia. kejadian berlaku ketika kumpulan Srikandi PKR sedang menjalankan kerja-kerja mengedarkan risalah kempen pilihanraya di kawasan Simpang.

Kejadian tersebut berlaku ketika 6 orang Petugas Pilihanraya (Srikandi PKR) melalui sebuah Bilik Gerakan Pilihanraya UMNO/BN. mangsa menceritakan bahawa ketika mereka melalui kawasan kaki lima Bilik Gerakan UMNO/BN, beberapa petugas UMNO/BN seramai hampir 10 orang yang berada di kawasan tersebut telah bertindak mengepung salah seorang dari mereka kemudian telah mengheret mangsa kedalam bilik gerakan UMNO/BN.

Sebelum itu kumpulan pertama seramai 3 orang yang berada dihadapan mereka telah diganggu dan kumpulan tersebut telah cuba merampas risalah yang mereka bawa dan berlaku adegan tarik-menarik tetapi kumpulan tersebut berjaya meloloskan diri.

Walau bagaimanapun, dalam kekecohan tersebut, kumpulan pertama tadi tidak sedar bahawa rakan mereka yang berada dibelakang telah dikepung dan diheret masuk kedalam Bilik Gerakan tersebut dan mereka hanya menyedari kejadian setelah seorang pekedai berbangsa cina memaklumkan kepada mereka kemudian.

Setelah dimaklumkan, mereka berpatah balik tetapi tidak dapat berbuat apa-apa kerana jumlah petugas UMNO/BN yang ramai. kebetulan ketika kejadian berlaku, bapa mangsa berada berhampiran tempat kejadian dan bapa mangsa kemudian bergegas menyelamatkan anaknya selepas berlaku sedikit kekecohan.

Mengikut mangsa, kumpulan seramai hampir 10 orang tersebut dalam lingkungan umur 40 tahun keatas ketika kejadian telah cuba menanggalkan seluar mangsa tetapi mangsa bernasib baik kerana memakai seluar jeans yang agak ketat dan memaki talipinggang.

Kumpulan tersebut juga dalam kekecohan telah mencabul mangsa beramai-ramai.

Satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Simpang pada jam 5:00 petang tadi.

Sumber :
perisikrakyat
READ MORE--->

.:::. Mehnah-Mu Penghapus Dosaku .:::.: April 2009
Post

Lebih 200 Masjid Sekitar Mekah Salah Kiblat


RIYADH - Umat Islam yang menunaikan ibadah solat di lebih 200 masjid sekitar Mekah sebenarnya menghadap arah kiblat yang salah sejak berdekad-dekad lamanya, lapor sebuah akhbar semalam.
 
Menurut akhbar Al-Hayat, masjid-masjid berkenaan tidak dibina mengikut arah kiblat yang betul berpandukan arah Kaabah. Perbezaan tersebut hanya disedari setelah pemeriksaan dilakukan terhadap beberapa buah masjid lama yang dibina lebih 50 tahun lalu. 

Al-Hayat bagaimanapun melaporkan, Timbalan Setiausaha Kementerian Hal Eh awal Islam, Tawfik al-Sudairy, cuba menutup isu berkenaan. "Tidak ada masalah besar tetapi pembetulan telah dibuat pada sejumlah masjid tua. Terima kasih kepada teknologi moden. Keadaan itu tidak menjejaskan solat," kata Tawfik. 

Para penduduk Mekah dan pakar mencadangkan masjid-masjid terbabit memasang arah kiblat yang betul atau membetulkan kedudukan sejadah ke arah kiblat. Satu cadangan lain mengesyorkan sistem laser dipasang pada menara Masjidil Haram agar semua masjid dan jemaah dapat menentukan arah Kaabah yang betul.

Sumber : kosmo.com.my
READ MORE--->

.:::. Mehnah-Mu Penghapus Dosaku .:::.: April 2009
Post

Kepentingan Menyintai Ahlu Bait dan Batas Kecintaan Terhadapnya


Jawapan diberikan oleh Dr Ali Jum'ah (Mufti Republik Arab Mesir)

Soalan :

Sejauh manakah pentingnya sikap cinta kepada ahlul bait (keluarga) Nabi sallaLLahu 'alaihi wasallam? Apakah batas-batas kecintaan itu? Apakah batas-batas pemisah di antara cinta dengan sikap ekstrem (keterlampauan) yang tercela?

Jawapan

Allah Subahanahu Wa Ta'ala telah berfirman :

"Katakanlah " Aku tidak meminta kepadamu sesuatu upah pun atas seruanku kecuali kasih sayang di dalam kekeluargaan." (Surah Asy Syura : 23)

Terdapat riwayat sahih dari Sa'id bin Jubair radiyaLlahu 'anhu bahawa dia berkata tentang makna ayat ini,

"Tidaklah suatu kampung (sub kabilah) dari Quraisy kecuali ada hubungan kekeluargaan dengan Baginda sallaLlahu 'alaihi wasallam.. "Baginda sallaLLahu 'alaihi wasallam bersabda, "..hendaklah kalian menyambung tali kekeluargaan di antara diriku dengan kalian." (Riwayat Bukhari, Sahih Bukhari, vol 4 halaman 1286)

Jelas ini merupakan perintah serta wasiat mengenai memperbaiki hubungan dengan keturunan Baginda SallaLlahu 'alaihi wasallam . Dalam ayat tersebut Allah subahanahu wa ta'ala memerintahkan Baginda untuk menyampaikan kepada umatnya.

Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam telah memerintahkan kepada kita untuk mencintai keluarganya dan menjadikan mereka tauladan dalam kehidupan. Dalam banyak hadith yang mulia, RasuluLLah sallaLLahu 'alaihi wasallam mewasiatkan kepada kita untuk mencintai keturunan Nabi sallaLLahu 'alaihi wasallam (selawat dan salam sejahtera untuk mereka semuanya). Kami kemukakan hadith yang di antaranya adalah berdasarkan kepada sabda Nabi sallaLlahu 'alaihi wasallam :

"Amma ba'du, Perhatikan! Wahai manusia, sesungguhnya aku hanyalah manusia (seperti kalian) yang sudah hampir didatangi oleh utusan Tuhanku, lalu aku menyambut. Dan, aku tinggalkan pada kalian dua hal yang besar; Kitab ALlah subahanahu wa ta'ala (al Quran) di dalamnya terdapat petunjuk dan cahaya. Maka berpedomanlah dengan Kitab ALlah subahanahu wa ta'ala dan berpegang teguhlah dengannya."

Nabi sallaLLahu 'alaihi wasallam menggalakkan kepada kita untuk berpedoman dengan Kitab ALlah subahanahu wa ta'ala dan menyukainya.

Kemudian Baginda bersabda,

"Dan semua keluargaku; aku mengingatkan kalian kepada ALlah subahanahu wa ta'ala pada (hak) keluargaku. Aku mengingatkan kalian kepada ALlah subahanahu wa ta'ala pada (hak) keluargaku. Aku mengingatkan kalian kepada ALlah subahanahu wa ta'ala pada (hak) keluargaku." Lalu Saidina Husain radiyaLlahu 'anhu bertanya, "Siapakah keluarga Baginda sallaLLahu 'alaihi wasallam wahai Zaid? Bukankah isteri-isteri Baginda sallaLlahu 'alaihi wasallam termasuk keluarga?" Dia (Zaid radiyaLLahu 'anhu) menjawab, "Isteri-isteri Baginda sallaLlahu 'alaihi wasallam termasuk keluarga Nabi sallaLLahu 'alaihi wasallam. Akan tetapi, keluarga Baginda sallaLLahu 'alaihi wasallam adalah orang-orang yang haram menerima sedekah." Saidina Husain radiyaLlahu 'anhu bertanya kembali, "Siapa mereka?" Dia menjawab, "Keluarga Saidina Ali radiyaLlahu 'anhu, keluarga Saidina 'Uqail radiyaLLahu 'anhu, keluarga Saidina Ja'far radiyaLLahu 'anhu, dan keluarga Saidina Abbas radiyaLlahu 'anhu" . Saidina Husain radiyaLLahu 'anhu bertanya, "Semua mereka ini haram menerima sedekah?" Dia (Zaid radiyaLLahu 'anhu) pun menjawab, "Benar."

(Hadith riwayat Ahmad, Musnad Ahmad, vol 4 hlmn 366; dan Muslim, Sohih Muslim, vol 4, hlmn 1873).

Demikian pula sabda Nabi sallaLLahu 'alaihi wasallam :

"Wahai manusia, aku tinggalkan pada kalian perkara yang apabila kalian berpegang dengannya, pasti kalian tidak akan tersesat : Kitab ALlah subahanahu wa ta'ala dan keturunanku (ahlulbait) " (Hadith riwayat Ahmad, Musnad Ahmad vol 3, hlm 26 dan Tirmidzi, Sunan Tirmidzi vol 5, hlm 662)

Jadi, kita hendaklah mencintai ALLah subahanahu wa ta'ala dengan sebanyak-banyak dan sedalam-dalamnya. Untuk mendapatkan cinta yang mendalam terhadap ALLah subahanahu wa ta'ala kita haruslah mencintai RasuluLLah sallaLLahu 'alaihi wasallam yang merupakan jendela kebaikan sebagai rahmat ALlah subahanahu wa ta'ala bagi seluruh semesta. Dengan cinta kepada RasuluLLah sallaLLahu 'alaihi wasallam, kita mencintai keluarganya yang mulia yang telah Nabi sallaLLahu 'alaihi wasallam wasiatkan kepada kita. Sangat besar keutamaan dan banyaknya kebaikan mereka (keturunan Nabi sallaLLahu 'alaihi wasallam).

Oleh itu, kedudukan cinta terhadap keluarga RasuluLlah sallaLLahu 'alaihi wasallam adalah di hati yang paling dalam bagi setiap Muslim. Itu merupakan tanda cinta kepada RasuluLLah sallaLLahu 'alaihi wasallam.

Maka dengan cinta kepada Baginda sallaLLahu 'alaihi wasallam, saya mencintai mereka. Sebagaimana cinta kepada Nabi sallaLLahu 'alaihi wasallam adalah tanda cinta kepada ALlah subahanahu wa ta'ala. Maka dengan cinta kepada ALLah subahanahu wa ta'ala, saya mencintai kebaikan. Seluruhnya berada dalam satu arah; sebagai media-media yang membawa kita sampai kepada tujuan. Kemudian ALlah subahanahu wa ta'ala memberikan kefahaman kepada kita akan maksud-Nya.

Sedangkan sikap ekstrim (rasa cinta berlebihan atau yang keterlampauan) itu tidak terdapat dalam cinta, tetapi itu ada di dalam keyakinan. Oleh itu, selama seorang Muslim bersih aqidahnya, maka tidak ada kekeliruan baginya di dalam cinta kepada RasuluLlah sallaLlahu 'alaihi wasallam dan keluarganya.

Kita wajib meyakini tidak ada Tuhan selain ALLah subahanahu wa ta'ala, junjungan besar kita Nabi Muhammad sallaLlahu 'alaihi wasallam adalah pesuruh ALlah subahanahu wa ta'ala, dan para Nabi itu ma'sum (terpelihara). Sedangkan manusia selain Nabi sallaLlahu 'alaihi wasallam seperti para ahlulbait keturunan yang suci dan Sahabat radiyaLlahu 'anhu yang mulia tidak ma'sum. Mereka itu mahfuz (dipelihara) dengan pemeliharaan ALlah subahanahu wa ta'ala terhadap orang-orang yang soleh.

Sumber : Prof Dr Ali Jum’ah, Penjelasan Terhadap Masalah-masalah KhilafiahAl Bayan – Al Qawin li Tashbih Ba’dhi al Mafahim, .2008, Penerbitan Dar Hakamah, Selangor
READ MORE--->

.:::. Mehnah-Mu Penghapus Dosaku .:::.: April 2009
Post

Hukum Lelaki Memakai Emas Putih dan Platinum


1. Adakah dibenarkan seseorang lelaki memakai emas putih seperti yang terdapat di pasaran sekarang?
2. Seseorang telah memberitahu saya bahawa emas putih tidak dikenakan zakat, jadi ianya dibenarkan bagi seseorang lelaki memakainya. Adakah ianya benar?

Sekian Terima Kasih.

Jawapan.

Hukum lelaki memakai emas amat jelas hukumnya, iaitu haram berdasarakn begitu banyak dalil-dalil hadith, antaranya :-

Ali bin Abu Talib r.a. berkata:
"Rasulullah s.a.w. mengambil sutera, ia letakkan di sebelah kanannya, dan ia mengambil emas kemudian diletakkan di sebelah kirinya, lantas ia berkata: Kedua ini haram buat orang laki-laki dari umatku."
(Riwayat Ahmad, Abu Daud, Nasa'i, Ibnu Hibban dan Ibnu Majah)

Tetapi Ibnu Majah menambah:
"halal buat orang-orang perempuan."
Nabi s.a.w. juga pernah melihat seorang laki-laki memakai cincin emas di tangannya, kemudian oleh Nabi dicabutnya cincin itu dan dibuang ke tanah.

Kemudian beliau bersabda:
"Salah seorang diantara kamu ini sengaja mengambil bara api kemudian ia letakkan di tangannya. Setelah Rasulullah pergi, kepada si laki-laki tersebut dikatakan: 'Ambillah cincinmu itu dan manfaatkanlah.' Maka jawabnya: 'Tidak! Demi Allah, saya tidak mengambil cincin yang telah dibuang oleh Rasulullah.'"
(Riwayat Muslim)

Dan seperti cincin, menurut apa yang kita saksikan di kalangan orang-orang kaya, yaitu mereka memakai pena emas, jam emas, gelang emas, bekas penghidup rokok emas, gigi emas dan seterusnya adalah haram hukumnya.

Bagaimanapun, bagaimana pula hukum emas putih? Adakah hukumnya sama seperti emas biasa yang berwarna kuning?

Untuk menjawab soalan ini, kita perlu memahami apakah itu emas secara umum.

Emas adalah unsur kimia dalam tabel periodik yang memiliki simbol Au (bahasa Latin: 'aurum') dan nomor atom 79. Sebuah logam transisi (trivalen dan univalen) yang lembek, mengkilap, kuning, berat, "malleable", dan "ductile". Emas tidak bereaksi dengan zat kimia lainnya tapi terserang oleh klorin, fluorin dan aqua regia. Logam ini banyak terdapat di nugget emas atau serbuk di bebatuan dan di deposit alluvial dan salah satu logam coinage. Kode ISOnya adalah XAU. Emas melebur dalam bentuk cair pada suhu sekitar 1000 derajat celcius.

Inilah namanya emas. Sekarang, jika terbukti emas putih adalah dari jenis yang sama logamnya maka hukumnya adalah sama dengan emas kuning. Jikalau kita melihat takrif emas putih di bawah :-

White Golds: What are they?

What are 'white golds'? Are they a special form of gold? Do they contain gold? These are typical questions often asked of us. Well, they are not a special form of gold (which is why you cannot get 24 carat white gold). Actually, they are true carat golds, just like yellow or red carat gold jewellery. They are gold alloys that look white rather than yellow. The white colour is achieved by careful choice of the alloying metals, which bleach the deep yellow of pure gold.

Juga disebut bahawa :-

"White gold is an alloy of gold and at least one white metal, such as silver or palladium. Like yellow gold, white gold is measured in Karats."
Berdasarkan keterangan dari sumber-sumber yang berwibawa ini, saya kira adalah jelas bahawa emas putih adalah jenis logam yang sama dengan emas kuning cuma ia terdapat campuran logam berwarna putih samada dari perak atau palladium. Justeru, hukumnya adalah sama iaitu HARAM buat orang lelaki dan halal bagi kaum wanita memakainya.

Adapun Platinum, ia adalah jenis logam yang berlainan,

Dalam takrifannya Platinum adalah :
"Platina adalah suatu unsur kimia dalam tabel periodik yang memiliki lambang Pt dan nomor atom 78. Sebuah logam transisi yang berat, "malleable", "ductile", berharga, berwarna putih-keabuan. Platinum tahan karat dan terdapa dalam beberapa bijih nikel dan copper. Platinum digunakan dalam perhiasan, peralatan laboratorium, gigi, dan peralatan kontrol emisi mobil."
Jelas dari penjelasan ini, bahwa emas putih bukanlah platinum sebagaimana yang didakwa beberapa pihak sehingga membawa kepada fatwa halal orang lelaki memakai emas putih kerana ia adalah platinum.

Kesimpulannya : Halal bagi lelaki memakai platinum dan haram baginya untuk memakai emas putih. Bagaimanapun yang terpilih tetap perak bagi orang lelaki, kerana ia adalah sunnah Nabi SAW jua.

Sumber :
Jabatan Agama Islam Selangor
READ MORE--->

.:::. Mehnah-Mu Penghapus Dosaku .:::.: April 2009
Related Posts with Thumbnails
Selamat Datang ke aljanggut.blogspot.com Dijemput kepada sahabat-sahabat untuk menghantar sebarang artikel ilmiah iaitu di aljanggut@yahoo.com, artikel tersebut akan dinilai sebelum dipaparkan di sini -Semoga dapat mengambil istifadah dan manfaat dari laman ini-

About Me

My photo
Selangor, Kelantan, Laut Merah, Germany
|.::Kuliyyah of Theology, Major In Belief & Philosophy::.|.::Kuliyyah of Arabic, International Islamic University Malaysia::.|

Chat Here

Visitors

Hye, anda tidak keseorangan di blog ini kerana sekarang Orang Sedang Menemani Anda!

Categories

About This Blog

Disclaimer

Please note that NONE of the files listed on this blog are stored on the site. We only serve to index contents available from other sites as a convenient and easy way for our visitors to find files that have been shared by their respective copyright owners.

As such, we DO NOT claim ownership rights of any documents and/or materials accessible or made available on this site, nor assume any responsibility for the contents on any externally-linked site or for any links on any externally-linked site. Use of this site is therefore solely at your own discretion.

If you believe that your copyrighted material may have been unintentionally infringed, please write to us directly for immediate removal.

::. aljanggut .::

Money Exchange