Assalamualaikum | Welcome to My Blog | Sila Masukkan Address Blog Anda Dibawah Ini | Terima Kasih

Archives

Post

Budak Berusia 18 Bulan Merokok 40 Batang Sehari




JAKARTA - Polis melancarkan siasatan terhadap ibu bapa seorang kanak-kanak berumur dua tahun yang dilihat merokok dalam klip video di laman perkongsian video YouTube, kata seorang pegawai Indonesia semalam setelah klip video berkenaan mendapat perhatian di seluruh dunia.

Klip video itu menunjukkan seorang kanak-kanak berbadan gempal bernama, Ardi Rizal, ketawa sambil menghisap sebatang rokok ketika berbual dengan beberapa orang dewasa di sekelilingnya di sebuah kampung di Indonesia.


"Kita akan menyiasat ibu bapa kanak-kanak berkenaan," kata pegawai Kementerian Perlindungan Kanak-Kanak dan Wanita, Heru Kasidi.


Ardi dilaporkan menghisap sekurang-kurangnya 40 batang rokok sehari semasa berusia 18 bulan !!!

* Bayangkan kawan-kawan sekalian, beginikah yang kita mahukan untuk anak-anak kita, generasi kita akan datang? Renung-renungkan...
READ MORE--->

.:::. Mehnah-Mu Penghapus Dosaku .:::.: May 2010
Post

Wanita Cantik Selalu Curang


Salam kawan-kawan semua. Berita hangat ni. Betulkah wanita cantik selalu curang? Tak mustahil bukan? Zaman kepesatan teknologi sekarang ini pelbagai jenis masalah timbul. Apa pendapat kawan-kawan?
READ MORE--->

.:::. Mehnah-Mu Penghapus Dosaku .:::.: May 2010
Post

Apa Nak Jadi Dengan Anak Dara Sekarang, Nak Pergi Kangkang Pun Ajak Orang

“Saya nak pergi kangkang. Kamu nak ikut?”

Ini mungkin ayat yang sangat pelik dan luar biasa yang keluar dari mulut seorang gadis ayu, sopan dan bertudung litup apabila mengeluarkan perkataan yang mungkin agak kurang enak didengar dek telinga. Dan mungkin ayat ini yang akan terkeluar dari mulut ku;

“Hah? kamu nak pergi apa????”

Dengan slumber pula dia menjawab,

“Itu… Nak pergi kangkang kat tepi jalan sana tu haaaa~”


sambil menuding jari ke arah bangunan ditepi jalan yang berhampiran. Ya Allah! Apa sudah jadi? Betul lah sekarang ini dunia memang sudah hampir kiamat! Apa sudah hilang akal kah gadis ayu dihadapanku ini hingga boleh berkata seperti itu? Sudah sakit mental kah gadis ini? Dengan serta-mertanya aku menepuk kepala yang tidak dihinggapi nyamuk, lalu berkata…

“Astarghfirullah’ alazim! Apa yang kamu nak buat nih? Sejak bila kamu terpesong? Aper dah tak tahu malukah kamu? Ya Allah… kesianlah dekat mak ayah kamu tu… dari kecil mereka ajar kamu jadi anak yang sopan. Dah besar panjang macam nih, nak buat benda tak senonoh pula?” Jerkah ku.

Puas hati! Orang yang sudah tidak sedarkan diri perlu diingatkan. Agar tidak menjadi fitnah dikemudian hari. Tapi, lain pula jadinya. Dengan muka hairan dan tidak puas hati, si gadis ayu menjawab; “

Eh! Apa yang kamu merepek nih? Bila pula saya kata, saya nak buat benda tak senonoh?”

Aduh, bertambah ‘panas’ hatiku! Beria-ria aku marah dan cuba hendak mengingatkan dia, dikatanya aku merepek pula!

“Apa pula saya yang merepek? Kamu tu yang merepek! Yang kamu nak pergi mengangkang kat tepi jalan tu buat apa?”

“Kah~kah~kah~” Kata-kata ku dijawab dengan deraian tawa dari gadis ayu tersebut. Ketawanya kelihatan hampir pecah perut.

“Sah lah… memang dah tak waras agaknya gadis didepan aku nih. Kesian~ muda-muda lagi, sudah sakit mental…” kata hati kecil ku.

Selepas ketawanya reda, si gadis terus menarik diriku ketepi jalan, lalu menuding jari ke arah sebuah kedai. Terkesima aku melihat kedai tersebut…
kangkang
“Hah, inilah Kang Kang nya… Kamu fikir saya nak buat apa???”

Jerkah gadis tersebut kepada ku pula. Dengan perasaan yang sangat bengang bercampur geli hati, aku pun menjawab…

“Alah! Cakaplah nak pergi KEDAI KASUT !! Ini, nak pergi KANGKANG … nak pergi KANGKANG … Haishhh!!!~”

p/s: Kedai Kasut Kang Kang ini adalah kedai kasut yang popular di Bukit Gambir, Muar. Ianya bukan saja popular kerana potongan harga kasut yang sering ditawarkan. Malah ianya lebih popular kerana nama kedainya yang agak lawak bila disebut… huhu~
READ MORE--->

.:::. Mehnah-Mu Penghapus Dosaku .:::.: May 2010
Post

Buah Gomak



Bahan-bahan:

Untuk tepung kacang hijau:

  1. 500 gram kacang hijau

Untuk inti:

  1. 1 biji kelapa parut
  2. 1 keping gula melaka (hancurkan)
  3. 200 gram gula merah
  4. ½ cawan air

Untuk doh:

  1. 1 bungkus tepung pulut
  2. 2 cawan tepung kacang hijau
  3. Air secukupnya

Cara :


Untuk tepung kacang hijau:

  1. Kacang hijau dibuang kulit, dibasuh dan ditoskan.
  2. Goreng tanpa minyak sehingga kemerahan.
  3. Sejukkan dan mesin sehingga halus. Kemudian diayak.

Untuk inti:

  1. Didihkan air, masukkan gula merah dan gula melaka. Kacau hingga gula larut.
  2. Masukkan kelapa parut, kacau rata. Tutup api dan ketepikan.

Untuk buat buah gomak:

  1. Bancuh tepung pulut dengan air sedikit demi sedikit sehingga sebati. Masak sebentar di atas api.
  2. Ambil sejemput tepung pulut tadi dan leperkan. Letakkan inti ditengah-tengahnya. Tutup dan leperkan semula. Buat sehingga habis.
  3. Sementara itu panaskan air kukusan
  4. Kukus adunan tadi sehingga masak. Angkat dan salut dengan tepung kacang hijau.
Sedia untuk dihidangkan.
READ MORE--->

.:::. Mehnah-Mu Penghapus Dosaku .:::.: May 2010
Post

Cucur Durian



Bahan-bahan:


  1. ½ kg tepung gandum
  2. 3 ulas durian
  3. 1 ½ cawan air suam
  4. 4 sudu gula
  5. ½ sudu teh garam
  6. 2 sudu makan kelapa parut
  7. ½-1kg minyak masak (untuk menggoreng)
Cara :
  1. Kacau isi durian bersama air suam.
  2. Masukkan garam dan gula.
  3. Setelah hancur, masukkan tepung gandum dan kelapa parut sedikit demi sedikit. Kacau dengan lembut supaya cucur tidak menjadi keras.
  4. Panaskan minyak di dalam kuali.
  5. Goreng adunan tadi dengan menggunakan sudu satu persatu. Masak hingga warna keemasan dengan api yang sederhana kecil dan angkat.
Sedia untuk dihidangkan.
READ MORE--->

.:::. Mehnah-Mu Penghapus Dosaku .:::.: May 2010
Post

Cek Mek Molek


Salam kawan-kawan. Tadi saya terjumpa artikel dari blog Cik Mia Liana. Kuih Cek Mek Molek berasal dari negeri Kelantan. Resepi yang sangat ringkas. Memang sedap!. Cubalah :)

Bahan-bahan:
  1. 600 gram keledek (direbus dan dilecek)
  2. 2 cawan tepung gandum
  3. Gula (untuk inti)
  4. Garam secukup rasa
  5. ½-1kg minyak masak (untuk menggoreng)

Cara :
  1. Campurkan keledek dengan tepung gandum dan garam. Uli hingga jadi doh yang lembut.
  2. Ambil 2 sudu makan dan leperkannya. Masukkan gula sebagai inti dan tutup dan gulungnya kembali. Lakukan sehingga selesai.
  3. Panaskan minyak di dalam kuali.
  4. Goreng hingga kekuning-kuningan dan angkat.

Sedia untuk dihidangkan.
Tq Cik Mia Liana :)
READ MORE--->

.:::. Mehnah-Mu Penghapus Dosaku .:::.: May 2010
Post

Bekas Pemimpin Al-Arqam [Ashaari Muhammad] Meninggal Dunia


KUALA LUMPUR, 13 Mei — Ashaari Muhammad, pengasas pergerakan Al-Arqam, pertubuhan yang diharamkan 16 tahun yang lalu, meninggal dunia di Pusat Rawatan Pakar Ipoh, petang ini.
Allahyarham Ashaari, 72, (gambar) yang mengidap jangkitan paru-paru meninggal dunia kira-kira 2.10 petang tadi.
Jenazah Allahyarham dibawa ke Kampung Pilin, Rembau di Negeri Sembilan untuk dikebumikan.
Ashaari yang juga Pengerusi Syarikat Global Ikhwan Sdn Bhd berada di Ipoh dalam siri lawatan ke rangkaian perniagaan syarikat berkenaan.
Seorang kakitangan syarikat berkenaan, Marzuki Hussein, 57, berkata, Ashaari berada di Ipoh selepas melawat Thailand dan Kedah dan dikejarkan ke hospital Isnin lepas selepas mengadu sakit dada.
Jurucakap hospital berkenaan sementara itu berkata, Ashaari meninggal dunia pada 2.10 petang tadi.
“Ini siri lawatan biasanya ke rangkaian perniagaan Global Ikhwan,” kata Marzuki kepada pemberita selepas jenazah Allahyarham Ashaari disembahyangkan di sebuah banglo milik syarikat itu di sini.
Marzuki yang dipetik Bernama berkata, rumah berkenaan adalah rumah tamu syarikat berkenaan.

Rombongan yang membawa jenazah Allahyarham ke Rembau berlepas dari rumah berkenaan kira-kira 5.30 petang tadi.
Kira-kira 200 pengikut Allahyarham turut berada di rumah berkenaan.
Al-Arqam yang diasaskan oleh Ashaari pada 1968 telah diharamkan oleh kerajaan pada 1994 atas alasan ajarannya didapati menyeleweng.
Ekoran pengharaman pertubuhan itu, Ashaari ditahan bersama beberapa pemimpin kanan kumpulan itu mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Kemudian beliau dikenakan tahanan rumah di Rawang dan Labuan tetapi dibebaskan pada 25 Okt 2004.
Kerajaan telah mengharamkan Al-Arqam berdasarkan fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan pada 5 Ogos 1994.
Fatwa Majlis Kebangsaan memutuskan bahawa ajaran dan fahaman kumpulan Al-Arqam bertentangan dengan akidah dan syariah Islam sekali gus mengakibatkan syirik.
Mesra dikenali sebagai “Abuya” beliau pernah berkahwin lima kali dan mempunyai 34 anak.
Selepas berpisah dengan isteri pertama pada 1985, Abuya berkahwin satu lagi pada tahun 1987 di umur 49 tahun.
Al-Arqam yang diasaskan oleh Ashaari juga dikenali sebagai Jamaah Aurad Muhammadiah dan telah mengembangkan pengaruhnya di kalangan pelbagai lapisan masyarakat Islam di seluruh negara.
Laporan-laporan terdahulu menyebut ajaran-ajaran Al-Arqam mendapat sambutan sebilangan masyarakat yang dikelirukan dan menganggapnya sebagai sebuah badan dakwah unggul.
Kumpulan ini menyebarkan kegiatan dakwah Islam melalui bidang pendidikan, penerangan, penerbitan, perusahaan, perniagaan, perubatan, dan pertanian.
Pengakuan Ashaari tentang penglibatan dalam penyebaran agama Islam dan kegiatan-kegiatan lain pada 1994 dibuat secara langsung menerusi televisyen.
Bermula dengan 10 hingga 12 orang ahli pada 1968, keanggotaannya kemudian bertambah kepada sekitar 5,000 hingga 6,000 orang, malah ada laporan yang menyebut ia pernah mencecah 10,000 orang.
Namun menurut Bahagian Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri pada tahun 1994, Al-Arqam pernah menerima 6,000 pengikut fanatik dan 15,000 orang yang bersimpati.
Aktiviti Darul Al-Arqam bermula pada 1971-72 di Kampung Datuk Keramat di sini tetapi operasinya berpindah ke Sungai Pencala dua tahun kemudian.
Bagaimanapun perkembangan pergerakan itu menjadi perhatian apabila Jabatan Kemajuan Islam Malaysia mengesan adanya penyelewengan akidah dalam organisasi itu.
Tindakan ke atas Al-Arqam dikatakan bermula apabila kerajaan mengharamkan buku Aurad Muhammadiyah Pegangan Darul Arqam pada 1986.
Walaupun pergerakan itu sudah tidak wujud tetapi kegiatan ekonominya berkembang dengan kewujudan Kumpulan Rufaqa.
READ MORE--->

.:::. Mehnah-Mu Penghapus Dosaku .:::.: May 2010
Post

Si Ikan Keli

Hari ini nak bercakap fasal ikan keli. Ya, pengenalan kepada ikan keli, si misai panjang. Oho! Tak boleh blah! Haha.



Ni ikan keli ka ikan josh weyh?!?!?!


Ikan Keli adalah ikan air tawar yang banyak terdapat di negara-negara ASEAN, khususnya di Malaysia. Di sesetengah tempat khususnya di Selangor, ikan keli disebut sebagai "ikan semilang". Bagi orang Perak, ikan semilang hanya hidup di laut. Ikan keli boleh didapati di kebanyakan sawah padi, contohnya di Pahang, di Paya Pahang Tua, Mambang, Ganchong dan Paloh Hinai, Pekan. Ia juga banyak terdapat di Tasik Chini, Paya Bungor atau Bera. Keli juga menghuni di kuala anak sungai kecil seperti Sungai Lepar di Paloh Hinai hingga ke Jerantut dan Kuala Lipis, selain di Sungai Bera dan Sungai Serting.

Antara jenis-jenis ikan keli yang boleh didapati adalah:-

  1. Ikan Keli Kayu
  2. Ikan Keli Bunga
  3. Ikan Keli Eksotika
  4. Ikan Keli Limbat
  5. Ikan Keli Mata Kati
  6. Ikan Keli Rusia
  7. Ikan Keli Afrika
  8. Ikan Keli Jeram
  9. Ikan Keli Hutan

(sumber dipetik dari http://ms.wikipedia.org/wiki/Ikan_Keli)
READ MORE--->

.:::. Mehnah-Mu Penghapus Dosaku .:::.: May 2010
Post

Lontaran Hebat

Balingan dan spinning yang sangat tektikal. Sangat teruja. anda bagaimana?

READ MORE--->

.:::. Mehnah-Mu Penghapus Dosaku .:::.: May 2010
Post

Kaki Yang Berjalan


kaki ini tanpa alas
berjalan, men-cakna langkah erti
dalam ortodoks lingkaran makna
bak beting pasir yang dipalu ombak
disebelah terpukul, sebelah lainnya terdampar
tanpa kata, tanpa suara, tanpa bicara...

kaki ini berkaki ayam
meraba tingkang di bumi takwil
mencari cari dimana suluh cahaya
dalam serkup kezulmatan darulfana
telusnya sekadar samar samar
berlari tatkala ternampak jalannya

kaki ini masih kaki ini
terpuruk dalam lumpur, terhenti, berhenti, menghenti...
siapa yang melihat, siapa yang menghulur....
siapa yang tahu, siapa yang mahu...
siapa melempar nista, siapa pula yang berdoa...

kaki ini sekadar kaki
setiap tapak, setiap lukap, setiap jejak...
mencalit cerca pada rentang putih sepanjang denai
mengharap kotor dicuci, berabu dijentik...
kerna kaki sekadar kaki
jika tiada beralas...
 
Dikirim Oleh : Alip
E-mail Pengirim : alip29[at]yahoo[dot]com[dot]my
Dikirim Pada: Selasa, 13 April 2010 11:51:44
Diterbitkan Pada: 28 April 2010

READ MORE--->

.:::. Mehnah-Mu Penghapus Dosaku .:::.: May 2010
Post

Pesona Tahajjud



Dengan curahan air malam hari
Mencari susur galur ketenangan
Melata ke seluruh tubuh
Membalut diri dengan kain suci
Bersembunyi di sebalik kegelapan

Selesa pada keadaanku
Tenang menarik nafas
Kalimah Allah jadi jalan
Minta maghrifah minta keredhaan
Syukur itu jawaban

Perjalanan panjang lewat malam itu
Hadir niat menyusul qiam
Rukuk, iktidal, sujud,iftirasy semua kulalui
Berakhir gerak dengan tasyahud
Taslim dan muhasabah tak pernah ditinggal

Dialog manusia dengan tuhan
Tiada perantara tidak tertekan
Terhapus dosa jadi harapan
Amalan dunia bekalan akhirat
Moga Tahajud jadi jalan
Amiin.....

 
Dikirim Oleh : Yusrizam Ibrahim
E-mail Pengirim : yus_anakemelayu@yahoo.com
Dikirim Pada: Thursday, 22 April 2010 13:00:56
Diterbitkan Pada: 29 April 2010

READ MORE--->

.:::. Mehnah-Mu Penghapus Dosaku .:::.: May 2010
Post

Hari Ini VS Semalam


SEMALAM.........
[semalam] aku berhenti berharap
[semalam] aku gagahkan semangat
[semalam] aku tekadkan azam
[semalam] aku bangkit dari kisah duka
[semalam] aku teriakkan ke hatiku
"cinta itu karut"
[semalam] aku tanamkan dalam2 kehatiku
"cinta sejati hanya wujud untuk Allah"
[semalam] aku khabarkan kepada semua
"tak mungkin aku kn jatuh cinta lagi"

semakin hampir aku kepada 'esok'
hati mula bertanyakan akalku
mampukah aku 'semalam' itu bertahan?
aku diam..padaku,diam beerti aku kuat..

tapi...HARI INI....

[hari ini] hatiku tak seperti semalam
[hari ini] hatiku tak sekeras semalam
ternyata semalam pergi meninggalkan aku
ternyata hari ini tak serupa semalam
[hari ini] meleburkan azam semalam
[hari ini ]melenyapkan tekad semalam

dan saat ini..HARI INI..
akal mempersoalkan hatiku
"kemana semua prinsip peganganmu?kemana keangkuhanmu?"
aku tunduk..
aku diam..
[hari ini] diam aku bukan diam yg kusangka kuat
[hari in]i diamku kerna aku kalah
kerna ternyata

[HARI INI] aku jatuh cinta lagi
 
Dikirim Oleh : Cik Dayot
E-mail Pengirim : nruld_nur[at]yahoo[dot]com
Dikirim Pada: Friday, 16 April 2010 14:00:25
Diterbitkan Pada: 29 April 2010
READ MORE--->

.:::. Mehnah-Mu Penghapus Dosaku .:::.: May 2010
Post

Hari Ibu Yang Tidak Bermakna

"Dia (anak) menerkam saya hingga saya terjatuh. Bagai dirasuk syaitan, dia naik atas belakang saya, pegang rambut dan menghantuk muka saya ke lantai berulang kali" - Besah

KUALA LUMPUR: Ketika kebanyakan ibu ceria diraikan anak dan keluarga masing-masing sempena sambutan Hari Ibu hari ini, ada ibu yang merintih serta meratapi nasib malang mereka selepas dianiayai zuriat sendiri.

Di Kelantan pula, Zawiah, 56, masih dihantui peristiwa dua tahun lalu apabila tangannya menerima 15 jahitan selepas dikelar anaknya manakala Besah, 63, hampir pengsan apabila kepalanya dihantukkan ke lantai simen oleh anaknya yang ketagih dadah, kira-kira dua tahun lalu. Ikuti kisah mereka selanjutnya:

KES 1:

“BERKALI-KALI saya dibawa berjumpa bomoh yang menuduh saya membela hantu raya hingga menjadi punca keluarga anak saya kerap sakit. Bermacam-macam rawatan mengarut terpaksa saya terima, termasuk diberi makan benda pelik hingga muntah.

“Selain selalu dimarahi dan dimaki, anak sulung saya yang terlalu percayakan bomoh mengurung saya di bilik bahagian dapur dan selepas enam bulan dikurung dia menghantar saya ke pusat jagaan orang tua,” kata Aminah kepada Metro Ahad.

Mengimbas lanjut latar belakang hidupnya, Aminah berkata, pada mulanya dia tinggal seorang diri di rumahnya di Ipoh, Perak selepas kematian suami lebih tiga tahun lalu. Bagaimanapun, anak sulungnya mengajaknya tinggal bersama mereka di Selangor.

Katanya, selepas dua tahun duduk bersama anaknya yang berkeluarga dan mempunyai empat anak, dia kerap sakit dan tidak larat bergerak serta perlukan bantuan untuk ke mana-mana.

“Saya selalu pening dan sengal di badan sampai tidak larat bangun. Pelbagai ubat saya makan tapi tak berkesan. Akhirnya menantu menghantar saya mendapatkan khidmat rawatan tradisional ketika anak saya ke luar negara.

“Tindakan itu menambah derita saya apabila bomoh menuduh saya membela hantu raya. Saya mengucap panjang dan menafikan tuduhan itu, tetapi apakan daya kerana menantu lebih percaya cakap bomoh,” katanya.

Berikutan itu Aminah dikurung di dalam bilik dengan alasan khuatir hantu yang dibela mengganggu cucunya hinggalah anak lelakinya pulang dari luar negara.

“Waktu anak saya balik, saya ingat dapatlah mengadu nasib kepadanya tetapi lain pula terjadi. Dia lebih percaya cakap isterinya dan terus mengurung saya di dalam sebuah bilik di dapur. Saya hanya diberi makan sekali pada waktu pagi dan sekali lagi pada malam,” katanya.

Aminah berkata, selama dikurung kira-kira enam bulan, dia berulang kali dibawa berjumpa bomoh dan setiap kali ‘dirawat’ dia semakin terseksa kerana diberi makan benda pelik hingga muntah.

“Bila saya terangkan secara baik kepada anak yang saya tidak pernah membela hantu, saya dimarahi dan dimaki kerana dikatakan cuba menipu dan memberi alasan tidak mahu dipisahkan dengan hantu yang dibela.

“Sudahlah dikurung, saya dibiarkan saja dalam bilik dan tidak dibenarkan bergaul dengan cucu sekalipun. Saya hanya dilayan oleh pembantu rumah,” katanya.

Kemuncak penganiayaan terhadap Aminah, satu hari anak lelakinya menghantarnya ke sebuah pusat jagaan orang tua selepas berbohong dengan berkata ingin membawanya berubat di tempat lain.

Aminah berkata, walaupun kecewa dengan sikap ketiga-tiga anaknya, dia masih tetap menerima mereka jika insaf dan sedar perbuatan mereka.

“Hanya Allah tahu perasaan saya, tetapi saya selalu berdoa semoga mereka diberi petunjuk oleh Allah dan saya sedia memaafkan mereka,” katanya yang tinggal di pusat jagaan itu sejak lebih setahun lalu.

KES 2:

SETIAP kali tiba tarikh sambutan Hari Ibu, Zawiah terkenang sejarah hitam dua tahun lalu apabila menerima 15 jahitan di lengan akibat dikelar dengan pisau oleh anak lelakinya.

Suaminya yang hanya mahu dikenali sebagai Amin turut dipukul dengan kayu besbol ketika cuba menyelamatkan nyawa isterinya.

Mengimbau detik cemas kejadian itu, Zawiah berkata, ia berlaku ketika dia dan suami baru selesai menjamah sarapan pagi di rumah.

Katanya, ketika sibuk mengemas pinggan di dapur, anak lelaki sulungnya berusia 27 tahun dikenali sebagai Zul serta cucu tunggal mereka berusia sembilan tahun tiba di rumah untuk bersarapan.

“Itu menjadi kebiasaan mereka selepas Zul bercerai dengan isterinya. Sebelum itu, apabila bekas menantu bercerita mengenai sikap Zul dan pembabitannya dalam penagihan dadah, saya tidak percaya kerana dia anak yang baik.

“Namun tanggapan saya berubah selepas menjumpai beberapa biji pil dan ‘buku lima’ dalam poket seluar Zul ketika mahu membasuh pakaiannya kira-kira sebulan sebelum kejadian. Apapun, saya dan suami tidak berani bertanya perkara itu berikutan dia baru bercerai.

“Namun, sikap berdiam diri kami membawa padah apabila Zul tiba-tiba ‘mengamuk’ tengah hari itu selepas dipercayai berada dalam pengaruh dadah jenis pil kuda,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kubang Kerian, Kelantan.

Menurutnya, Zul menyerangnya secara tiba-tiba dengan sebilah pisau tanpa diketahui punca sebenar.

“Saya menahan serangannya, menyebabkan lengan saya luka teruk akibat dikelar,” katanya yang kini menjaga anak Zul selepas anaknya dipenjarakan di atas kesalahan itu.

Lebih mengecewakan Zawiah, pada malam (kejadian) itu dia dan suami sepatutnya dibawa keluar oleh seorang lagi anaknya untuk makan di sebuah restoran di bandar ini sempena sambutan Hari Ibu.

“Namun segala-galanya berubah sekelip mata apabila kami berdua terlantar seminggu di hospital akibat kejadian itu.

“Sempena Hari Ibu, saya berdoa ke hadrat Ilahi semoga Zul insaf sebaik dibebaskan dan sebagai ibu, saya sentiasa memaafkannya walaupun parut di lengan masih berbekas,” katanya.

KES 3:

“BIAR kau mampus cepat, orang tua!” Itu antara kata-kata anak lelaki tunggalnya yang menghantui fikiran Besah, 63, walaupun peristiwa itu berlaku lebih setahun lalu.

Bagi Besah, kejadian kepalanya dihantukkan ke lantai dapur oleh anak sehingga lebam dan bengkak seluruh muka tidak akan dilupai hingga ke akhir hayat.

“Semuanya akibat dadah. Sejak kecil, saya dan suami menjaganya seperti menatang minyak yang penuh. Malang akibat terlalu sayang, saya tidak menyekat pergerakannya, menyebabkan dia menjadi liar dan ingin kemewahan sedangkan kami keluarga miskin,” katanya.

Besah berkata, dia menyedari anaknya terjebak dengan dadah ketika bakal menduduki peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) selepas perangainya berubah daripada pendiam kepada seorang yang mudah naik angin.

Katanya, walaupun tahu anaknya menagih dadah, dia dan suami tidak melaporkannya kepada polis kerana tidak mahu anaknya merengkok dalam penjara, selain enggan mengaibkan nama keluarga.

“Kami pernah hantar dia tinggal bersama bapa saudaranya di Rantau Panjang, namun hanya bertahan seminggu apabila dia pulang ‘mengejut’ ke rumah.

“Sejak hari itu perangainya semakin menjadi-jadi dan paling mengejutkan, dia sanggup menjual seekor lembu milik ayahnya kepada seorang penduduk kampung dengan harga RM300 semata-mata untuk membeli dadah,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kota Bharu, Kelantan.

Paling kritikal, Besah akhirnya menjadi mangsa ‘dera’ anaknya. Ketika kejadian, dia seorang diri di dapur manakala suami, anak sulung serta dua lagi anaknya keluar bekerja dan bersekolah.

“Dia tiba-tiba muncul dan meminta wang RM100 dengan alasan hendak membeli pakaian. Saya tahu tujuan sebenarnya nak beli dadah, jadi saya membebel dan merayunya berhenti menagih dadah.

“Tanpa disangka dia menerkam saya hingga saya terjatuh. Bagai dirasuk syaitan, dia naik atas belakang saya, pegang rambut saya dan menghantuk muka saya ke lantai berulang kali.

“Saya menjerit kesakitan dan merayu supaya dia berhenti tapi dia tak peduli, malah muka saya terus dihantuk ke lantai hingga hidung berdarah. Syukur, ketika itu suami pulang dan menyelamatkan saya,” katanya.

Besah berkata, anaknya melarikan diri dan hanya pulang ke rumah seminggu selepas kejadian. Kini dia bekerja sebagai buruh binaan di Kuala Lumpur selepas gagal dalam SPM dan hanya pulang sekali ke kampung, Aidilfitri tahun lalu.

KES 4:

“SAYA dibuang macam sampah di perhentian bas,” kata seorang ibu yang hanya mahu dikenali sebagai Halimah, 87, menceritakan punca dia kini menumpang kasih di sebuah pusat jagaan orang tua.

Ibu malang itu berkata, biarpun hanya anak angkat, dia menjaganya dengan penuh kasih sayang sejak masih bayi, justeru tidak terlintas di fikirannya anak perempuannya tergamak berbuat demikian.

“Bila dia tinggalkan saya, saya menjerit memanggil namanya tapi dia tak hiraukan, sebaliknya memecut laju kenderaannya,” katanya.

Halimah berkata, lebih menghairankannya, anak perempuannya berusia 40-an itu berkahwin dengan imam dan tentu suaminya turut mengajarnya ilmu agama.

“Sebab itu saya tidak tahu di mana silapnya sehingga anak saya sanggup membuang saya seperti sampah walaupun tangan ini yang membesar dan menjaganya,” katanya.

Halimah berkata, selain seorang anak angkat perempuan, dia turut mempunyai tiga anak kandung lelaki tapi ketiga-tiga anaknya juga tidak ambil berat mengenai dirinya.

“Sebab itu saya tinggal dengan anak angkat saya tapi akhirnya dia juga membuang saya,” katanya.

Selepas ditinggalkan di perhentian bas, Halimah terpaksa ‘menginap’ empat bulan di hospital kerana tiada siapa tampil untuk menjaganya dan akhirnya dia dihantar ke rumah orang tua.

Ketika ditanya adakah dia akan memaafkan anaknya, Hanijah berkata, dia sudi menerima semula mereka biarpun selepas apa mereka lakukan terhadapnya kerana baginya, mereka itulah hartanya di dunia dan akhirat.

Sumber : http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Mangsaderaanak/myMA/myArticle

* sejahat mana pon anak perlakukan pada ibunya..si ibu tetap nak maafkan anaknya..mulia sungguh hati ibu ni..tapi si anak xpenah nak kenal yang mana intan dan yang mana kaca..xsedar dek untung..bertaubatlah wahai anak2 sekalian...
READ MORE--->

.:::. Mehnah-Mu Penghapus Dosaku .:::.: May 2010
Related Posts with Thumbnails
Selamat Datang ke aljanggut.blogspot.com Dijemput kepada sahabat-sahabat untuk menghantar sebarang artikel ilmiah iaitu di aljanggut@yahoo.com, artikel tersebut akan dinilai sebelum dipaparkan di sini -Semoga dapat mengambil istifadah dan manfaat dari laman ini-

About Me

My photo
Selangor, Kelantan, Laut Merah, Germany
|.::Kuliyyah of Theology, Major In Belief & Philosophy::.|.::Kuliyyah of Arabic, International Islamic University Malaysia::.|

Chat Here

Visitors

Hye, anda tidak keseorangan di blog ini kerana sekarang Orang Sedang Menemani Anda!

Categories

About This Blog

Disclaimer

Please note that NONE of the files listed on this blog are stored on the site. We only serve to index contents available from other sites as a convenient and easy way for our visitors to find files that have been shared by their respective copyright owners.

As such, we DO NOT claim ownership rights of any documents and/or materials accessible or made available on this site, nor assume any responsibility for the contents on any externally-linked site or for any links on any externally-linked site. Use of this site is therefore solely at your own discretion.

If you believe that your copyrighted material may have been unintentionally infringed, please write to us directly for immediate removal.

::. aljanggut .::

Money Exchange