Assalamualaikum | Welcome to My Blog | Sila Masukkan Address Blog Anda Dibawah Ini | Terima Kasih

Archives

Post

Cipta Kereta Daripada Keranda



Phil Bissett mencipta sebuah kereta daripada keranda.

Seorang bekas penggali kubur di Britain, Phil Bissett telah membina sebuah kereta satu tempat duduk berkelajuan 160 kilometer sejam (km/j) dengan menggunakan keranda sepanjang dua meter.

Bissett, 62, membeli keranda besi buatan tangan seberat 75 kilogram itu dengan harga £98 (RM470) melalui laman web lelongan eBay dan menamakan kenderaan ciptaannya Holy Smoke yang bermaksud kejutan.

“Ia mempunyai enjin berkapasiti 1300 cc dan kelajuannya pula mencecah 160 km/j,” katanya.

Menurut warga emas itu, beberapa bahagian lain kenderaan itu termasuk cesi diambil dari sebuah trak Volkswagen, kereta buggy dan sebuah kereta Ford lama.

Kereta unik milik Bissett boleh digunakan di jalan raya kerana dia telah membayar premium insurans dan mendaftarkan kenderaannya dengan pihak berkuasa.

“Kali pertama saya memandunya di jalan raya, seorang pemandu hampir terbabas ke dalam sebuah parit kerana terkejut manakala pemandu lain sibuk merakamkan gambar kereta saya,” katanya.

Bissett yang kini bekerja sebagai pelukis tatu menambah, dia mendapat idea membina kereta itu sewaktu melayari Internet dalam keadaan mabuk.

“Ia seperti kereta dalam filem seram kelakar, Adams Family dan ramai orang menganggapnya kelakar tetapi isteri saya pula bencikan kenderaan tersebut,” katanya.
READ MORE--->

.:::. Mehnah-Mu Penghapus Dosaku .:::.: June 2010
Post

Sejarah Fotografi : Hassan Ibn Hassan – Father of Optic, Pengasas Bidang Fotografi


Mungkin anda tidak pernah pun terfikir, dari mana asalnya penemuan ilmu fotografi yang serba mudah ini? Mungkin kepada anda, fotografi sekadar memetik pemicu kamera saja.

Sebenarnya, Ilmu fotografi bermula dari penemuan pengetahuan tentang ciri-ciri optik dan cahaya oleh saintis islam Iraq yang dikenali sebagai Abū ʿAlī al-Ḥasan ibn al-Ḥasan ibn al-Haytham . Ilmu-ilmu tentang optik ini telah dibukukan dalam tujuh jilid dan dikenali sebagai Book of Optics (Arabic: Kitāb al-Manāẓir; Latin: De Aspectibus or Opticae Thesaurus: Alhazeni Arabis).


Anda boleh merujuk sedikit info asas di wikipedia untuk membaca sendiri penemuan ibn Al Haytham ini. Penemuan beliau telah digolongkan setaraf dengan buku Philosophiae Naturalis Principia Mathematica oleh Sir Isaac Newton sebagai salah satu buku yang paling berpengaruh dalam sejarah fizik, membawa kepada revolusi optik dan persepsi visual.


Sekiranya anda membaca buku-buku fotografi yang datangnya dari jurulatih-jurulatih fotografi yang datang dari amerika syarikat dan sebagainya, anda akan dapati mereka akan merujuk kepada pemikiran dan pemahaman Aristotle tentang fizik optik berbanding merujuk kepada Ibn Al Haytham. Dan seterusnya merujuk kepada penemuan saintis perancis. Malah dalam buku sains fizik dan optik barat sendiri, mereka selalu mengenepikan Al haytham dan sumbangan beliau sebagai usaha untuk mengenepikan sumbangan saintis Islam dalam dunia ilmu.


Salah satu penemuan penting Ibn al-Haytham, beliau telah membuktikan cahaya bergerak dalam satu garis lurus, dan beliau telah bereksperimentasi dengan lensa, cermin, serakan dan pantulan. Anda akan dapat membaca huraian tentang konsep yang telah difikirkan sejak 1 millenia ini, dalam hampir kesemua buku fotografi asas, malah dalam buku-buku yang banyak membincangkan tentang teori dan applikasi cahaya dalam fotografi seperti Light Science & Magic, An introduction to Photographic Lighting.


Sekarang anda telah tahu, orang islamlah yang pertama sekali telah memecah kebuntuan dan mempelopori asas kepada ilmu fotografi ini. Sehingga kini, fotografi masih lagi tentang keupayaan kita mengamati dan menggunakan cahaya. Asas kepada fotografi masih sama seperti 1 millenia dahulu.
READ MORE--->

.:::. Mehnah-Mu Penghapus Dosaku .:::.: June 2010
Post

Reaksi Si Telur

Kemalangan
[Image: creative+and+funny+eggs+painting+1.jpg]
 
Kemusnahan
[Image: creative+and+funny+eggs+painting+3.jpg]
 
Kedegilan
[Image: creative+and+funny+eggs+painting+4.jpg] 
 
Hasad Dengki
[Image: creative+and+funny+eggs+painting+5.jpg]
 
Kasih Sayang
[Image: creative+and+funny+eggs+painting+17.jpg]
 
Kesedihan
[Image: creative+and+funny+eggs+painting+15.jpg]

Peperangan
[Image: creative+and+funny+eggs+painting+13.jpg] 
 
Ketidakadilan
[Image: creative+and+funny+eggs+painting+12.jpg] 
 
Suka Duka
[Image: creative+and+funny+eggs+painting+10.jpg]
READ MORE--->

.:::. Mehnah-Mu Penghapus Dosaku .:::.: June 2010
Post

Kaspersky Blacklist Cracker [2010]

[Image: downloadjm.png]


Installation Guide:
1. Disable Self-Defense from Kaspersky Settings.
2. Exit Kaspersky.
3. Open “Kaspersky Blacklist Crack.exe” and follow  instructions.
4. Activate using the appropriate key for your version

[Image: rlaql3.jpg]

Description

* This crack prevents Kaspersky from blocking keys, even after updates.
* It works with all products of Kaspersky 2010, 2009 and 7, and Kaspersky Pure.
* It works with all languages, and all versions of Windows 32bit and 64bit
READ MORE--->

.:::. Mehnah-Mu Penghapus Dosaku .:::.: June 2010
Post

Sejarah Solat 5 Waktu


Nabi Muhammad SAW merupakan nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT untuk membimbing manusia ke arah jalan kebenaran. Tidak seperti umat nabi-nabi yang lain, umat nabi Muhammad telah diperintahkan untuk mengerjakan solat 5 waktu setiap hari. Ini merupakan kelebihan dan anugerah Allah SWT terhadap umat nabi Muhammad dimana solat tersebut akan memberikan perlindungan ketika di hari pembalasan kelak. Berikut diterangkan asal-usul bagaimana setiap solat mula dikerjakan.

Subuh:

Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s. iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.

Rakaat pertama: Tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam.

Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.


Zohor:

Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s.. Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat.

Rakaat pertama: Tanda bersyukur bagi penebusan.

Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.

Rakaat ketiga: Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah SWT.

Rakaat keempat: Tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.


Asar:

Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s. tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada 4 kegelapan iaitu:

Rakaat pertama: Kelam dengan kesalahan.

Rakaat kedua: Kelam dengan air laut.

Rakaat ketiga: Kelam dengan malam.

Rakaat keempat: Kelam dengan perut ikan Nun.

 

Maghrib:

Manusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s. iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukur Nabi Isa, lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu:

Rakaat pertama: Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.

Rakaat kedua: Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.

Rakaat ketiga: Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah SWT semata-mata, tiada dua atau tiganya.


Isyak:

Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s.. Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.

Rakaat pertama: Tanda dukacita terhadap isterinya.

Rakaat kedua: Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.

Rakaat ketiga: Tanda dukacita terhadap Firaun.

Rakaat keempat: Tanda dukacita terhadap anak Firaun

READ MORE--->

.:::. Mehnah-Mu Penghapus Dosaku .:::.: June 2010
Post

Hiroshima 64 Tahun Kemudian

Hiroshima, Nagasaki

1945







We all know that Hiroshima and Nagasaki

were destroyed in August 1945 after explosion
of atomic bombs.
However we know little about the progress
made by the people of that land during the
past 62 years.

Here are some photos...
THE COLORFUL CITY

Now








READ MORE--->

.:::. Mehnah-Mu Penghapus Dosaku .:::.: June 2010
Post

Baby Landak

[Image: hedgehog-babies01.jpg]

[Image: hedgehog-babies02.jpg]

[Image: hedgehog-babies08.jpg]

[Image: hedgehog-babies09.jpg]

[Image: hedgehog-babies10.jpg]

[Image: hedgehog-babies11.jpg]

[Image: hedgehog-babies15.jpg]

[Image: hedgehog-babies16.jpg]

[Image: hedgehog-babies19.jpg]

[Image: hedgehog-babies22.jpg]

[Image: hedgehog-babies42.jpg]
READ MORE--->

.:::. Mehnah-Mu Penghapus Dosaku .:::.: June 2010
Post

Siang Dan Malam Dalam Waktu Yang Sama

Pernahkah anda melihat siang dan malam pada masa yang sama?? Foto ini benar-benar indah. Pastikan untuk membaca teks di bawah ini untuk memiliki pemahaman yang lebih baik dari apa yang sedang anda lihat. Hal ini juga bersejarah kerana ini adalah misi terakhir untuk columbia.
 
 
Foto di atas diambil oleh crew Columbia saat misi terakhir, pada hari mendung. Gambar ini dari Eropah dan Afrika ketika matahari terbenam. Setengah dari gambar tersebut sudah menjadi malam.Titik-titik terang yang anda lihat dalam kawasan gelap adalah lampu-lampu bandar '.

Bahagian atas Afrika adalah Gurun Sahara. Perhatikan bahawa cahaya itu sudah berada di Belanda, Paris, dan Barcelona, dan keadaan sama masih siang hari di Dublin, London, Lisbon dan Madrid.

Matahari masih bersinar di Selat Gibraltar. Laut Mediterranean sudah dalam kegelapan.

Di tengah-tengah Lautan Atlantik anda boleh melihat Kepulauan Azores. Di bawah mereka ke kanan adalah Kepulauan Madeira, sedikit di bawah ini adalah Kepulauan Canary dan selanjutnya Selatan, berhampiran dengan titik terjauh barat Afrika, adalah Cape Verde Islands.

Perhatikan bahawa Sahara sangat besar dan dapat dilihat dengan jelas, baik pada siang hari dan waktu malam. Ke kiri, di atas adalah Greenland, benar-benar beku.
READ MORE--->

.:::. Mehnah-Mu Penghapus Dosaku .:::.: June 2010
Post

Al-Farabi : Tokoh Falsafah Islam Terkenal


Umat Islam mengenali dan memahami falsafah selepas mereka mulai memahami isikandungan buku-buku karya Aristotle dan beberapa huraian yang diungkap dan ditakwilkan oleh ahli-ahli falsafah Yunani yang lain. Hasil ketekunan yang berterusan, akhirnya umat Islam silam mampu menguasai bidang ilmu tersebut. Dengan penguasaan itu, mereka berusaha mengembangkannya dengan membuat penyelidikan-penyelidikan selanjutnya disamping menulis buku-buku dan juga risalah-risalah yang boleh dimanafaatkan bersama oleh mereka yang berminat dengan bidang falsafah.

Dalam era kegemilangan ilmu itu, muncul seorang tokoh ilmuwan Islam yang disegani ramai. Beliau ialah Abu Nasr Muhammah ibn Muhammad ibn Tarkhan ibn Ulzagh al-Farabi, berketurunan Farsi dan lebih tersohor dengan panggilan al-Farabi sahaja.

Al-Farabi dilahirkan di wilayah Wasij berhampiran sungai Saihun di Turmekistan pada tahun 260Hijrah(874M). Dia mendapat pendidikan awalnya di Farab dan Bukhara. Al-Farabi merupakan anak seorang askar yang miskin. Semasa usia beliau masih kecil, bapanya membawanya berpindah ke Baghdad dan menetap di sana selama 40 tahun. Perpindahan ke destinasi baru ini memberi peluang keemasan kepada al-Farabi untuk mempelajari dan menguasai bahasa Arab.

Semasa Baghdad dilanda krisis politik dan kemelut dalaman yang teruk, al-Farabi mengambil keputusan berpindah ke Damsyk. Tidak berapa lama berada di Damsyk, sekali lagi beliau berpindah ke Halab dan bekerja di istana Saif al-Daulah dengan menerima gaji hanya sebanyak 4 dirham sehari. Sedangkan pada masa itu penyair tersohor Arab, al-Mutanabbi diberi ganjaran sebanyak 1,000 dinar untuk setiap qasidah (lagu) yang dapat disiapkannya.

Al-Farabi hidup dalam kemiskinan sejak dari awal kelahirannya hinggalah beliau meninggal dunia pada tahun 339Hijrah lantaran sifatnya sendiri yang tidak pernah bersungguh-sungguh berusaha mencari rezeki. Tokoh ilmuwan ini mampu menguasai banyak bahasa termasuklah bahasa Yunani. Selain itu, akalnya juga cergas dalam menguasai beberapa cabang ilmu.

Apa yang lebih menarik, al-Farabi adalah seorang pemuzik yang handal dan menulis tentang muzik dalam bukunya Kitab al-Musiqa. Beliau mampu menyebabkan orang menangis dan juga ketawa hanya dengan lagu-lagu ciptaannya. Malah menurut Umar al-Furukh dalam bukunya Tarikh al-Fikr al-Arabi, al-Farabi ialah orang yang mencipta satu alat muzik yang dikenali sebagai gambus disamping mampu bermain beberapa jenis alat muzik lain.

Al-Farabi amat mendalami dalam bidang perubatan tetapi beliau tidak pernah menjadi bidang tersebut sebagai karier utamanya. Al-Farabi sentiasa muncul berpakaian seperti ahli sufi dan bersikap zuhud meskipun beliau tidak pernah dikenali sebagai ahli sufi. Beliau hanya dikenali sebagai seorang ahli falsafah agung yang paling memahami falsafah Aristotle.

Al-Farabi juga merupakan orang yang pertama menulis dan menterjemah tentang ilmu logical Yunani secara teratur dalam bahasa Arab. Beliau membahagikan ilmu logical kepada dua bahagian, iaitu bahagian idea dan bahagian bukti. tokoh ini juga menulis tentang sosiologi. Kebolehan serta kemampuan beliau ini meletakkan dirinya berada pada tempat yang cukup tinggi . Malah beliau juga digelar sebagai guru kedua selepas Aristotle.

Antara hasil karya al-Farabi yang sentiasa dijadikan rujukan ahli-ahli akademik ialah Risalah fi al-`aql (Tentang akal manusia), Ihsa` al-`Ulum (Tentang ilmu-ilmu pada zaman Yunani), Kitab al-Jam` (Tentang falsafah-falsafah Plato dan Aristotle) dan juga kitab al-Madinah al-Fadhilah (Tentang falsafah politik).

Bagi al-Farabi, jantung lebih utama daripada otak dalam kehidupan manusia. Ini kerana baginya, jantung adalah sumber kehangatan tubuh sedangkan otak hanyalah penyelaras kehangatan berkenaan mengikut keperluan setiap anggota. Bagi beliau keadilan wujud dalam setiap pertarungan antara manusia. Pertarungan merupakan gejala-gejala semulajadi dan sifat semulajadi itulah keadilan sebenarnya.

Berkaitan dengan politik, beliau menyarankan agar sebuah Negara kebajikan yang diketuai oleh ahli falsafah ditubuhkan. Jika individu seperti itu tidak ada, maka seorang wakil sementara boleh dilantik. Tokoh ini meletakkan status ilmu mengatasi segala-galanya. Lantaran keikhlasannya menerokai segala cabang ilmu yang bermanafaat untuk dikuasai, al-Farabi telah disenaraikan dalam katogari orang-orang berilmu tinggi yang berwibawa dalam pelbagai bidang.


-gambus, sejenis alat muzik yg cukup unik-


Kumpulan Burdah Ensemble, satu kumpulan qasidah yang saya mula minati [sampai add facebook]. Alat muzik yg digunakan ada bermacam-macam dan sungguh unik, mengeluarkan bunyi kena dengan jiwa kita sebagai Muslim. Antara alat muzik yg digunakan ialah gambus. Kebanyakan lagunya berunsur selawat dan qasidah yang cukup menusuk qalbu [cthnya lagu Al Madaad, available in Youtube]. Bertambah rindu kita kepada Rasulullah SAW.-

Kesimpulan - Islam itu Indah, mari berselawat, mari berhibur dengan hiburan Islam.
READ MORE--->

.:::. Mehnah-Mu Penghapus Dosaku .:::.: June 2010
Post

Solat Boleh Rawat Mati Pucuk


KUALA LUMPUR: Hasil kajian tiga pensyarah Jabatan Kejuruteraan BioPerubatan Universiti Malaya (UM) mendapati solat yang diamalkan secara teratur boleh merawat masalah penyakit mati pucuk dan beberapa penyakit lain.

Prof Madya Dr Fatimah Ibrahim berkata kajian terhadap 10 pesakit mati pucuk yang mengamalkan solat sebagai terapi dan mengikut postur yang sempurna selama sebulan, membuahkan hasil apabila mereka berjaya mencapai ereksi seperti lelaki normal.

“Lelaki yang normal sepatutnya akan mendapat ereksi sekurang-kurangnya tiga kali sewaktu tidur dan perubahan isipadunya mestilah melebihi 200 peratus. Jika kurang daripada jumlah itu dia dianggap mati pucuk,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Turut hadir pada sidang akhbar sempena Persidangan Antarabangsa Kejuruteraan Biomedical itu adalah dua lagi penyelidik iaitu Prof Wan Abu Bakar Wan Abas dan Ng Siew Cheok serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Pemangku Naib Canselor Prof Mohd Amin Jalaludin.

Dr Fatimah berkata selain solat lima waktu, pesakit juga diminta bersolat sunat selama setengah jam, sekurang-kurangnya tiga kali seminggu dan selepas itu mereka dibekalkan peralatan yang dapat mengukur isipadu ereksi. Alat itu dipasang sebelum tidur.
READ MORE--->

.:::. Mehnah-Mu Penghapus Dosaku .:::.: June 2010
Post

Empat Kelompok Sifat Yang Wajib Bagi ALLAH Taala: Nafsiah, Salbiah, Ma’ani dan Ma’nawiyah


Assalaamualaikum dan salam hormat.

Hendaklah kita ingati semula bahawa dua puluh sifat yang wajib bagi ALLAH Taala yang disebut oleh al-Quran sebagai sifat dasar yang wajib diketahui. ALLAH Taala Maha Sempurna. Maka atas kesempurnaan ini, sifat yang thabit wajib bagiNya adalah tiada habisnya. Kerana jika habis, jadilah terbatas. Dan apabila terbatas adalah lemah, maka mustahil dengan sifat Ketuhanan.

Kemudian hendaklah kita ketahui pula dua puluh sifat ini terbahagi ia kepada empat kelompok berdasarkan hakikatnya. Empat kelompok itu iaitu sifat Nafsiah, sifat Salbiah, sifat Ma’ani dan sifat Ma’nawiyah.

Kelompok Sifat Yang Empat

Yang tergulung di dalam sifat Nafsiah ialah satu sifat sahaja iaitu sifat Wujud.

Yang tergulung dalam sifat Salbiah lima sifat iaitu Qidam, Baqa, Mukhalafatuhulilhawadith, Qiamuhu binafsih dan Wahdaniah.

Yang tergulung dalam sifat Ma’ani tujuh sifat iaitu Qudrah, Iradah, Ilmu, Hayah, Sama’, Basar dan Kalam.

Yang tergulung dalam sifat Ma’nawiyah tujuh sifat pula iaitu Kaunuhu Qadiran, Kaunuhu Muridan, Kaunuhu Aliman, Kaunuhu Hayyan, Kaunuhu Sami’an, Kaunuhu Basiran dan Kaunuhu Mutakalliman.

Hakikat kelompok sifat yang empat

Adapun hakikat sifat Nafsiah iaitu hal yang wajib bagi Zat ALLAH Taala itu selama wujud ZatNya itu tidak dikeranakan oleh sesuatu kerana atau selama Ia wujud tidak disebabkan oleh suatu sebab. Dan bukanlah wujud Zat itu kerana sesuatu sebab seperti hendak mengujudkan alam. Kerana ujud Zat ALLAH Taala itu dengan sendirinya tanpa permulaan dan pengakhiran.

Sabda Nabi Muhammad Sallallahu alaihi wasallam bermaksud “Dan adalah ALLAH itu Esa dan tiada menyertaiNya sesuatu yang lain”.

Adapun hakikat sifat Salbiah iaitu sifat yang menafikan segala sifat yang tiada patut bagi Zat ALLah Taala. Iaitu sifat Qidam menafikan ada permulaan bagi Zat ALLah Taala, Baqa menafikan

Ada pengakhiran bagi Zat ALLah Taala, Mukhalafatuhu lilhawadith menafikan bersamaan ALLah Taala dengan sesuatu, Qiamuhu binafsih menafikan Zat ALLah Taala memerlukan sesuatu dan Wahdaniah menafikan ALLah Taala itu berbilang ujud.

Adapun hakikat sifat Ma’ani sifat yang ujudiah iaitu sifat yang nyata pada dzihin dan nyata pada kharij. Erti nyata pada dzihin itu ialah nyata pada mata hati ujudnya sifat Ma’ani itu pada Zat ALLah Taala dan ertinya nyata pada kharij itu ialah nyata bekasnya. Ertinya nyata bekasnya ialah nyata kaitannya dengan alam yang baharu. Ertinya nyata kaitannya pada alam yang baharu pula ialah Qudrah itu takluk menjadikan alam yang baharu, Iradah itu takluk pada menentukan kejadian alam yang baharu, Ilmu itu takluk ia pada yang ujud samada ZatNya sendiri dan alam yang baharu, Hayah itu takluk pada pengesahan sifat yang enam, Sama’ takluk kepada sesuatu yang wajib yang mustahil dan yang harus, dan Basar juga takluk kepada segala yang wajib yang mustahil dan yang harus juga.

Inilah perbezaan sifat Ma’ani dengan sifat Salbiah.

Adapun hakikat sifat Ma’nawiyah iaitu sifat yang melazimi kepada sifat Ma’ani. Ertinya apabila ada Ma’ani maka adalah ma’nawiyah. Dengan bahasa mudah zaman ini, sifat Ma’nawiyah adalah kesinambungan sifat Ma’ani.

Maka apabila Zat ALLah Taala bersifat Qudrah yakni Berkuasa maka pastilah Zat ALLah Taala Kaunuhu Qadiran yakni berkeadaan Zat yang Berkuasa, apabila Zat ALLah Taala bersifat Iradah yakni Menentukan pastilah Zat ALLah Taala itu Kaunuhu Qadiran yakni Keadaan Zat yang Menentukan, apabila Zat ALLah Taala berIlmu yakni Mengetahui pastilah Kaunuhu Aliman yakni keadaan Zat yang Mengetahui, apabila Zat ALLah Taala Hayah yakni hidup pastilah Kaunuhu Hayyan yakni keadaan Zat yang Hidup, apabila Zat ALLah Taala Sama’ yakni Mendengar pastilah Kaunuhu Sami’an yakni Zat yang berkeadaan Mendengar, apabila Zat ALLah Taala bersifat Basar yakni Melihat pastilah Kaunuhu Basiran yakni Zat yang bekeadaan Melihat dan apabila Zat ALLah Taala itu bersifat Kalam yakni Berkata-kata maka pastilah Ia Kaunuhu Mutakalliman yakni Zat yang Berkeadaan Berkata-kata.

Keadaan kelompok sifat yang empat

Seperti yang telah dijalaskan dahulu pada awal-awal bab Tauhid ini, sifat adalah Kelakuan Zat yang ujudnya bergantung kepada ujud Zat. Ertinya sifat ini tidak akan ujud bersendirian dalam maksud tidak ada sifat yang ujud secara sosok. Sosok adalah Zat dan sifat adalah perilaku sosok. Dan bahasa yang paling sesuai kepada sosok ALLah Taala ialah Zat, kerana apabila kita berkata sosok akan memberi waham kepada sosok manusia dan ia tidak tepat.

Adapun sifat Nafsiah iaitu ehwal. Sifat Nafsiah adalah sifat yang menunjukkan ujudnya Zat. Apabila ujud Zat maka Nafsiahlah Ia yakni Zat itu halnya ujud.

Adapun sifat Salbiah iaitu ma’duman. Sifat Salbiah adalah sifat yang ujud pada dzihin yang nyata pada mata hati akan ujudnya sebagai perilaku Zat tetapi tiada bekas ia kepada takluk sesuatu. Ertinya tiadalah sifat Salbiah itu takluk kepada yang lain seperti mencipta dan sebagainya.

Adapun sifat Ma’ani itu maujudat. Sifat Ma’ani itu nyata bekas takluknya kepada yang lain samada yang wajib, atau yang harus (alam baharu) atau yang mustahil. Maka dengan nyata bekas takluknya makajadilah hukum sifat ini sifat yang berdiri kepada Zat dengan nyata.

Adapun sifat Ma’nawiyah itu I’tibariah. Sifat Ma’nawiyah adalah sifat yang melazimi sifat Ma’ani. Ertinya apabila ada sifat Ma’ani maka adalah sifat Ma’nawiyah. Sifat Ma’nawiyah ini hanya nyata apabila telah ada bekas takluk sifat Ma’ani. Maka jadilah hukum sifat ini I’tibar bagi sifat Ma’ani.

Ketahuilah bahawa sangatlah sukar untuk memberikan kalimat-kalimat yang sesuai bagi apa yang penulis perkatakan. Kerana pada kitab Tauhid zaman dahulu ia menggunakan bahasa lama. Ehwal, Maujudat, Ma’duman dan Iktibariah disebut dalam kitab Tauhid sebagai “bangsa” Zat dan Nafsiah, Salbiah, Ma’ani dan Ma’nawiyah disebut sebagai hakikat.

Namun apa yang penulis tuliskan hanyalah memberikan penjelasan menurut bahasa moden yang sekira-kira boleh difahami umum. Lainlah jika menghadap di depan tok guru seperti yang penulis alami.

Dan penulis sangat lemah dalam memberikan kefahaman dengan bahasa seperti itu. Dan tidak mustahil akan memberikan kefahaman yang berbeza, dan akibatnya penulis akan menerima kecaman seperti dahulu dalam bab sifat wajib, mustahil dan harus.

Namun penulis berserah kepada ALLah Taala yang Dia sendiri bersifat dengan segala sifat Kesempurnaan. Dan penulis memohon kemaafan jika kalimat-kalimat penulis di atas menyukarkan kefahaman.

Wassalam.

Sumber : shahil
READ MORE--->

.:::. Mehnah-Mu Penghapus Dosaku .:::.: June 2010
Post

Tutorial IDM Installation Crack Full Installation

First Skali Download IDM :

Kemudian Run IDM.exe. Akan jadi seperti ini :


Dah siap Install just click next and next, open crack folder.
 
                                                                    
Kebanyakan IDM full akan tersiap sedia licence key untuk registry. Seperti ini :


Selepas click, automatic keluar popup windows dan anda click yes.



Kemudian Copy Crack IDM.exe dalam folder crack tadi.


Selepas copy crack IDM, tutup aplikasi IDM di taskbar buat sementara. Ini bertujuan untuk kita mengubah system IDM.


Selepas closekan IDM di taskbar windows tadi, click start windows, seperti ini:


Kemudian akan keluar popup seperti ini adan click find target untuk pergi ke IDM folder, dan anda pastekan crack yang anda copy tadi.


Seterusnya akan jadi seperti ini. Anda click pada button yes untuk replacekan yang original dengan crack yang anda copy tadi.


Terakhir sekali anda sudah berjaya Install IDM full version.


Tahniah! Anda telah berjaya ^_^


Perhatian : Jika penggunaan untuk patch perlu buka patch kemudian tekan patch. Done. Sebelum itu close dahulu IDM di taskbar.

Tak pasti boleh digunakan untuk IDM jenis portable atau tidak. Sebenarnya patch ini untuk IDM yang perlu install terlebih dahulu. Cuba jaya, mana tahu menjadi.

http://www.mediafire.com/?z2odntxomn1
Ambil file ini dan letak dalam folder IDM [di program file]. Kemudian click file tersebut.

Note: Patch ini boleh digunakan untuk semua versi IDM 5.15, 5.16, 5.17 dan seterusnya.

Lagi senang pakai IDM yang ini, portable juga. Extract dan terus gunakan. Tak perlu buka sana sini.

http://www.mediafire.com/?tztozktyunr
READ MORE--->

.:::. Mehnah-Mu Penghapus Dosaku .:::.: June 2010
Related Posts with Thumbnails
Selamat Datang ke aljanggut.blogspot.com Dijemput kepada sahabat-sahabat untuk menghantar sebarang artikel ilmiah iaitu di aljanggut@yahoo.com, artikel tersebut akan dinilai sebelum dipaparkan di sini -Semoga dapat mengambil istifadah dan manfaat dari laman ini-

About Me

My photo
Selangor, Kelantan, Laut Merah, Germany
|.::Kuliyyah of Theology, Major In Belief & Philosophy::.|.::Kuliyyah of Arabic, International Islamic University Malaysia::.|

Chat Here

Visitors

Hye, anda tidak keseorangan di blog ini kerana sekarang Orang Sedang Menemani Anda!

Categories

About This Blog

Disclaimer

Please note that NONE of the files listed on this blog are stored on the site. We only serve to index contents available from other sites as a convenient and easy way for our visitors to find files that have been shared by their respective copyright owners.

As such, we DO NOT claim ownership rights of any documents and/or materials accessible or made available on this site, nor assume any responsibility for the contents on any externally-linked site or for any links on any externally-linked site. Use of this site is therefore solely at your own discretion.

If you believe that your copyrighted material may have been unintentionally infringed, please write to us directly for immediate removal.

::. aljanggut .::

Money Exchange