Assalamualaikum | Welcome to My Blog | Sila Masukkan Address Blog Anda Dibawah Ini | Terima Kasih
Post

Pelajar Perubatan Malaysia Di Mesir Meninggal Dunia Akibat Keracunan Gas Pemanas Air


Iskandariah,17 Jan : Seorang pelajar akhawat,Nurul Iman binti Ab Alim  telah disahkan meninggal dunia kira-kira jam 10.15 pagi tadi.Arwah yang berasal dari Kelantan pada mulanya ditemui berada dalam keadaan tidak sedarkan diri pada jam 9.15 pagi di dalam bilik air oleh 2 orang ikhwah yang mendapat panggilan kecemasan daripada ahli rumah beliau.

Anak ke 2 daripada 10 adik-beradik ini dipercayai telah masuk ke bilik air pada jam 8.00 pagi. Selepas lebih satu jam tidak keluar,ahli rumah mengesyaki sesuatu berlaku kerana tiada sahutan apabila pintu bilik air diketuk,dan kemudiannya mereka menghubungi ikhwah yang berada berdekatan. Ikhwah yang tiba ditempat kejadian lantas membawa mangsa ke Hospital Salamah apabila melihat mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri, dan mereka mengesyaki kemungkinan mangsa mengalami  keracunan gas yang berpunca daripada kebocoran gas yang digunakan untuk memanaskan air selepas terbau gas semasa berada dalam bilik air tersebut.

Kira-kira jam 9.45 pagi,mereka tiba di Hospital Salamah dan membawa mangsa untuk dirawat di wad kecemasan.Pengarah MARA Timur Tengah Ustaz Isahak Othman serta pegawai tiba di hospital kira-kira 5 minit kemudian selepas dihubungi oleh ikhwah terbabit.Jam 10.15pagi,doktor yang merawat mangsa telah mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat keracunan gas (carbon monoxide poisoning).Atase Pendidikan(Khas) JPMK Iskandariah Ustazah Zakiah binti Zaidon  tiba bersama Pengerusi PERUBATAN Cawangan Iskandariah Abdul Rahim Suhaini kira-kira jam 11.15 pagi selepas mendapat makluman.Mereka kini sedang menguruskan proses untuk mengeluarkan jenazah daripada hospital.

Arwah merupakan pelajar tahun 3 jurusan perubatan yang kini sedang menghadapi peperiksaan akhir semester berbaki 7 kertas daripada 10 dimana kertas ke-4 akan diduduki pada esok hari. Sehingga saat berita ini ditulis jenazah masih berada di hospital dan menunggu urusan untuk dikeluarkan.

Semua warga PERUBATAN Iskandariah dijemput bersama-sama ke Asrama MARA selepas maghrib hari ini untuk melaksanakan solat jenazah buat arwah.

Al-fatihah untuk arwah,semoga rohnya ditempatkan bersama para solihin.

Makluman untuk semua pelajar tahun 3, berikutan kejadian yang berlaku, exam pathology esok (18/1/2011) akan ditangguhkan daripada pukul 9pagi ke 12tengahhari. 

Sebarang maklumat terkini akan dikemaskini dari semasa ke semasa – mediaPERUBATAN

http://synergistichatidoktormuda.blogspot.com/

singgah2 ^^

Related Posts with Thumbnails
Selamat Datang ke aljanggut.blogspot.com Dijemput kepada sahabat-sahabat untuk menghantar sebarang artikel ilmiah iaitu di aljanggut@yahoo.com, artikel tersebut akan dinilai sebelum dipaparkan di sini -Semoga dapat mengambil istifadah dan manfaat dari laman ini-

About Me

My photo
Selangor, Kelantan, Laut Merah, Germany
|.::Kuliyyah of Theology, Major In Belief & Philosophy::.|.::Kuliyyah of Arabic, International Islamic University Malaysia::.|

Chat Here

Visitors

Hye, anda tidak keseorangan di blog ini kerana sekarang Orang Sedang Menemani Anda!

Categories

About This Blog

Disclaimer

Please note that NONE of the files listed on this blog are stored on the site. We only serve to index contents available from other sites as a convenient and easy way for our visitors to find files that have been shared by their respective copyright owners.

As such, we DO NOT claim ownership rights of any documents and/or materials accessible or made available on this site, nor assume any responsibility for the contents on any externally-linked site or for any links on any externally-linked site. Use of this site is therefore solely at your own discretion.

If you believe that your copyrighted material may have been unintentionally infringed, please write to us directly for immediate removal.

::. aljanggut .::

Money Exchange