Pembersih Yang Paling Ekstrem
Jika anda masih belum pernah dengar kisah Kak Julie ini, disini saya akan ceritakan sedikit. Nama panggilannya Kak Julie. Beliau paling obses tentang benda-benda yang bersih. Untuk pengetahuan, beliau mandi sahaja mengambil masa hampir 5 jam, beliau syampu rambut sebanyak 25 kali sehari! Selain obses mandi dan syampu, beliau juga mencuci tangan sebanyak 300 kali
sehari! Lihat sahaja tangannya, menggelupas.
Sebenar beliau mempunyai penyakit obses pada kebersihan, dikenali dengan nama 'Obsessive Compulsive Disorder'. Penyakit ini bermula kira-kira 20 tahun lalu semasa bekerja sebagai pembantu makmal yang
menguruskan contoh-contoh darah dari pesakit HIV. Jadi tidak hairanlah beliau selalu
membersihkan diri, takut-takut berjangkit.
Paling menyedihkan bil
elektrik dan bil air meningkat. Kemudian beliau dibuang kerje kerana selalu lambat berpunca dari mandi dan syampu yg mengambil masa yang terlalu lama. Kes ini telah sampai ke
mata-mata World Mental Health. Apa yang terjadi kepadanya mendapat perhatian
seluruh dunia apabila kisah beliau tersebar dari blog ke blog.
Sekarang beliau sedang mengikuti aktiviti-aktiviti kaunseling yang diadakan oleh World
Mental Health untuk mengawal keobsesannya dalam bab-bab kebersihan ini.