Assalamualaikum | Welcome to My Blog | Sila Masukkan Address Blog Anda Dibawah Ini | Terima Kasih

Archives

Post

Pelik! Tembikai Tidak Semestinya Bulat



Tembikai segi empat atau kiub mungkin kedengaran agak pelik bagi anda, tetapi tidak bagi penduduk Jepun. Petani di Jepun sudah biasa membesarkan tembikai dengan cara seperti ini! Kira-kira 20 tahun yang lalu, seorang petani di wilayah Kagawa, Jepun telah mencipta cara supaya tembikai berbentuk kiub mudah dimasukkan ke dalam peti sejuk. Tembikai kiub tidak begitu banyak dituai antara 800biji ke 1,000biji setiap musim. Harga kebisaanya terus meningkat kepada 12,000 yen atau bersamaan 450 ringgit!

Walau bagaimanapun, bentuk yang luar biasa membawa banyak perhatian dari seluruh dunia. Bukan sahaja di Eropah dan Hong Kong memaparkan tembikai ini di media, tetapi juga presiden sebuah negara Asia dan seorang pegawai kanan Syria telah membeli tembikai adalah mengejutkan! Hari ini, tembikai pelik dari Jepun telah menjadi terkenal di seluruh dunia.

Ianya banyak manfaat untuk hal-hal seperti pembungkusan dan penghantaran dan menjimatkan ruang di kedai-kedai runcit. Dari segi keburukan pula, agak susah menggigit kepingan sudut tembikai berbanding dengan kepingan yang melengkung. Tetapi apa sahaja alasan anda samaada berbentuk segi atau bulat, ternyata bentuk segi kelihatan cukup kemas.



Gambar di atas adalah bekas acuan tembikai empat segi. Sesiapa sahaja boleh membuat projek tembikai kiub sendiri. 


Tembikai Dadu?

Ada pula "tembikai piramid" dari Hokkaido. Oleh kerana kaedah penanaman agak sukar berbanding dengan salah satu padu, antara lima dan sepuluh tembikai piramid yang dihasilkan setiap tahun. Oleh yang demikian, ini adalah sebanyak 80,000 yen bersamaan lebih 3000 ringgit.




Bukan itu sahaja, bentuk tembikai  tidak terhenti pada bentuk geometri mudah. Berikut adalah tembikai manusia yang datang dari Fukuoka. Ia agak melucukan dan comel dan sesiapa yang melihatnya pasti membuatkan anda tersenyum. Pada asalnya ia dicipta sebagai hiasan dalaman dan tembikai bermuka ini kebanyakannya dibeli oleh restoran-restoran untuk diletakkan pada ruang terbuka dimana pelanggan mudah melihatnya.




READ MORE--->

.:::. Mehnah-Mu Penghapus Dosaku .:::.
Post

Jangan Selalu Tidur Lewat, Nak Tahu Kenapa?

 


Diterjemahkan dari artikel  "DON'T ALWAYS SLEEP LATE !",

Tidur yang nyenyak dan sempurna sangat penting. Jika kita tidak tidur dengan baik, racun dalam tubuh kita akan terkumpul dan ini akan mempengaruhi tahap kesihatan serta emosi kita.
Punca utama kerosakan hati adalah:

1.Tidur terlalu lewat dan bangun lambat adalah penyebab utama
2.Tidak buang air kecil di pagi hari.
3.Terlalu banyak makan.
4.Tidak mengambil sarapan.
5.Mengambil terlalu banyak ubat-ubatan.
6.Mengambil terlalu banyak bahan pengawet, aditif, pewarna makanan, dan perasa tiruan.

Mengambil terlalu banyak makanan berminyak. Jangan mengambil terlalu banyak makanan berminyak walaupun makanan yang menggunakan minyak goreng terbaik seperti minyak zaitun. Elakkan mengambil makanan berminyak ketika anda dalam keadaan letih, kecuali ketika badan sedang dalam keadaan betul-betul fit.

Mengambil terlalu banyak makanan juga boleh memberikan beban berlebihan kepada hati. Sayuran seeloknya harus dimakan mentah atau dimasak 3-5 bahagian sahaja. Sayuran yang dimasak harus dimakan dalam satu sajian dan tidak disimpan.

Kita harus mengamalkan gaya pemakanan yang sihat dalam kehidupan. Amalan pemakanan yang sihat sangat penting bagi memastika tubuh kita untuk menyerap dan menyingkirkan bahan kimia yang tidak diperlukan oleh tubuh.

Fahami bagaimana tubuh kita berfungsi:
Malam (9pm - 11pm): adalah masa untuk menyahkan/membuang toxic chemicals (de- toxification) yang tidak diperlukan dari sistem antibodi (lymph nodes). Dalam waktu ini kita seharusnya dalam keadaan tenang dan suasara yang relaks seperti mendengar musik. Jika seorang surirumah dalam ketika ini masih menjalankan aktiviti hariannya seperti mencuci pinggan atau mengawasi anak-anak membuat kerja rumah, ini akan memberikan kesan negatif pada kesihatannya.

Malam di (11pm-1am): Proses de-toxification dalam hati, dan secara idealnya harus dilakukan dalam keadaan tidur nyenyak.

Tengah malam (1am - 3am): proses de-toxification di bahagian hempedu, idealnya juga dilakukan dalam keadaan tidur nyenyak.

Tengah malam (3am - 5am): proses de-toxification di bahagian paru-paru. Oleh kerana itulah kebiasaannya bagi yang sedang mengalammi batuk, ketika ini anda akan mengalami batuk yang sangat kuat. Memandangkan proses de-toxification telah sampai ke saluran pernafasan, kita tidak perlu mengambil ubat batuk ketika ini kerana ianya akan memnganggu proses pembuangan toksin tersebut.

Awal pagi (5am - 7am): proses de-toxification di bahagian usus besar, anda harus mengosongkan usus.

Pagi (7am - 9am): Penyerapan gizi pada usus kecil, kita harus sarapan pada masa ini. Kepada mereka yang sedang saki, sarapan harus lebih awal iaitu sebelum pukul 6:30 pagi. Makan pagi sebelum 7:30am sangat berguna bagi mereka yang ingin kekal cergas. Mereka yang tidak sarapan, mereka harus mengubah kebiasaan mereka. Namun jika anda terlewat mengambil sarapan sehingga pukul 9am-10am sekalipun, itu masih lebih bagus daripada tidak bersarapan sama sekali. Tidur lewat dan bangun terlalu lambat akan mengganggu proses membuang bahan kimia yang tidak diperlukan dalam tubuh.

Tengah malam sampai 4am juga adalah waktu untuk sumsum tulang menghasilkan darah.

Oleh kerana itu, dapatkan tidur yang sempurna dan jangan tidur terlalu lewat.

Sumber : http://myaqeeda.blogspot.com 
READ MORE--->

.:::. Mehnah-Mu Penghapus Dosaku .:::.
Post

Niat Puasa Bulan Ramadhan




Lafaz Niat Puasa Ramadhan
Ada yang dah lupa ke lafaz niat puasa? Mentang-mentang puasa sebulan setahun. Kita tidak wajib dan tidak juga sunat berniat dalam bahasa Arab, memadai dalam bahasa Melayu atau apa-apa bahasa yang kita fahami. Tetapi baik dan berpahala jika diamalkan dalam bahasa Arab dengan niat kita cinta kepada bahasa Arab sebagai bahasa Nabi Muhammad s.a.w. dan bahasa Al-Quran. 

Lafaz Niat Ringkas

نَوَيْتُ صَوْمَ رَمَضَانَ لِلَّهِ تَعَالَى

Niatnya: Sahaja aku puasa Ramadhan kerana Allah Taala.

Lafaz Niat Lengkap

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى

Niatnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

Sebenarnya, bangun untuk bersahur sudah dikira sebagai niat puasa.

Lafaz Niat Untuk Sebulan

نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى

Niatnya: Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.
  • Digalakkan berniat puasa untuk sebulan dengan sekali niat pada malam pertama Ramadhan bagi mengelakkan daripada tidak sah puasa kerana terlupa berniat pada malamnya, kita mengikut Imam Malik yang membolehkan berniat untuk sebulan sekali gus.
  • Namun begitu, jika puasa Ramadhan kita terputus oleh sesuatu sebab, seperti haidh, sakit atau lain-lain, maka niat puasa sebulan itu tidak lagi memadai untuk hari-hari puasa yang seterusnya, tetapi, hendaklah diperbaharui niat apabila tidak ada lagi perkara yang menghalang daripada puasa berturut-turut tersebut. Maksudnya, dengan memperbaharui niat sekali lagi bagi semua hari-hari puasa Ramadhan yang berbaki, iaitu niatnya:
“Sahaja aku berpuasa esok dan sehingga akhir Ramadhan ini kerana Allah Ta’ala”.
READ MORE--->

.:::. Mehnah-Mu Penghapus Dosaku .:::.
Related Posts with Thumbnails
Selamat Datang ke aljanggut.blogspot.com Dijemput kepada sahabat-sahabat untuk menghantar sebarang artikel ilmiah iaitu di aljanggut@yahoo.com, artikel tersebut akan dinilai sebelum dipaparkan di sini -Semoga dapat mengambil istifadah dan manfaat dari laman ini-

About Me

My photo
Selangor, Kelantan, Laut Merah, Germany
|.::Kuliyyah of Theology, Major In Belief & Philosophy::.|.::Kuliyyah of Arabic, International Islamic University Malaysia::.|

Chat Here

Visitors

Hye, anda tidak keseorangan di blog ini kerana sekarang Orang Sedang Menemani Anda!

Categories

About This Blog

Disclaimer

Please note that NONE of the files listed on this blog are stored on the site. We only serve to index contents available from other sites as a convenient and easy way for our visitors to find files that have been shared by their respective copyright owners.

As such, we DO NOT claim ownership rights of any documents and/or materials accessible or made available on this site, nor assume any responsibility for the contents on any externally-linked site or for any links on any externally-linked site. Use of this site is therefore solely at your own discretion.

If you believe that your copyrighted material may have been unintentionally infringed, please write to us directly for immediate removal.

::. aljanggut .::

Money Exchange