Assalamualaikum | Welcome to My Blog | Sila Masukkan Address Blog Anda Dibawah Ini | Terima Kasih
Post

Cipta Kereta Daripada Keranda



Phil Bissett mencipta sebuah kereta daripada keranda.

Seorang bekas penggali kubur di Britain, Phil Bissett telah membina sebuah kereta satu tempat duduk berkelajuan 160 kilometer sejam (km/j) dengan menggunakan keranda sepanjang dua meter.

Bissett, 62, membeli keranda besi buatan tangan seberat 75 kilogram itu dengan harga £98 (RM470) melalui laman web lelongan eBay dan menamakan kenderaan ciptaannya Holy Smoke yang bermaksud kejutan.

“Ia mempunyai enjin berkapasiti 1300 cc dan kelajuannya pula mencecah 160 km/j,” katanya.

Menurut warga emas itu, beberapa bahagian lain kenderaan itu termasuk cesi diambil dari sebuah trak Volkswagen, kereta buggy dan sebuah kereta Ford lama.

Kereta unik milik Bissett boleh digunakan di jalan raya kerana dia telah membayar premium insurans dan mendaftarkan kenderaannya dengan pihak berkuasa.

“Kali pertama saya memandunya di jalan raya, seorang pemandu hampir terbabas ke dalam sebuah parit kerana terkejut manakala pemandu lain sibuk merakamkan gambar kereta saya,” katanya.

Bissett yang kini bekerja sebagai pelukis tatu menambah, dia mendapat idea membina kereta itu sewaktu melayari Internet dalam keadaan mabuk.

“Ia seperti kereta dalam filem seram kelakar, Adams Family dan ramai orang menganggapnya kelakar tetapi isteri saya pula bencikan kenderaan tersebut,” katanya.

thanks bro sbb kasi link kat wak

Related Posts with Thumbnails
Selamat Datang ke aljanggut.blogspot.com Dijemput kepada sahabat-sahabat untuk menghantar sebarang artikel ilmiah iaitu di aljanggut@yahoo.com, artikel tersebut akan dinilai sebelum dipaparkan di sini -Semoga dapat mengambil istifadah dan manfaat dari laman ini-

About Me

My photo
Selangor, Kelantan, Laut Merah, Germany
|.::Kuliyyah of Theology, Major In Belief & Philosophy::.|.::Kuliyyah of Arabic, International Islamic University Malaysia::.|

Chat Here

Visitors

Hye, anda tidak keseorangan di blog ini kerana sekarang Orang Sedang Menemani Anda!

Categories

About This Blog

Disclaimer

Please note that NONE of the files listed on this blog are stored on the site. We only serve to index contents available from other sites as a convenient and easy way for our visitors to find files that have been shared by their respective copyright owners.

As such, we DO NOT claim ownership rights of any documents and/or materials accessible or made available on this site, nor assume any responsibility for the contents on any externally-linked site or for any links on any externally-linked site. Use of this site is therefore solely at your own discretion.

If you believe that your copyrighted material may have been unintentionally infringed, please write to us directly for immediate removal.

::. aljanggut .::

Money Exchange