Laksa Desprate Ala Pelajar Bujang
1. Sardin dalam tin, 1 tin [jika perlu, cuci dengan air asam untuk ilang bau]
2. Asam Keping [2-3 keping]
3. Cili Boh lumat [2 sudu teh]
4. Air paip
5. Serai [jika ada]
6. Garam
7. Gula
Cara-caranya :
Mula-mula isi air dalam periuk. Hidupkan api. Kemudian masukkan asam keping.
Kemudian masukkan cili boh. Kacaukan. Biar menggelegak selama 15 minit.
Masukkan sardin [pastikan sardin tadi lumat, samada dengan cari blander atau dilenyek-lenyekkan dengan sudu.
Masukkan serai [sedikit sudah memadai], itupun jika ada.
Masukkan gula dan garam. Nisbah gula:garam "1.5:1". Biarkan selama 5 minit.
Ada bau harum tak? Haaa...Dah siap pun !
Bahan-bahan tambahan yang kebiasaannya untuk laksa ini sekiranya ada anda pandai-pandailah tambah.
Tapi pastikan anda sudah merebus mee dahulu. Sebahagian negara lain boleh gantikan mee dengan makaroni. Baru boleh tuangkan mee pada kuah laksa ini.
Khas untuk pelajar-pelajar bujang terutama yang belajar di luar negara...macam saya! :P
haip! xleh makan sardin lah..nanti kena marah :D
perghhh.. sungguh kreatip korang ni..
haha..kreatip kn? :D
~ hoh 1st tym tgk org wat kuah laksa ltk serai.. x berpinar-pinar ke huu...:P..~
berpinar gak mata cik mia..@_@
laksa + serai... bulih test nih..
Post a Comment