Adab Takziah Orang Meninggal Dunia
Ketika seseorang pergi takziah ke rumah orang yang meninggal dunia hendaklah mengucapkan takziah kepada ahli keluarganya dengan ikut merasakan kepiluan yang sedang mereka alami. Setelah itu berilah nasihat kepada ahli keluarga agar menerima ketentuan Allah SWT itu dengan sabar.
Kemudian hindarilah daripada mengerjakan perbuatan yang biasanya dilakukan ketika gembira seperti dengan minum air kopi atau air lain, mengisap rokok dan sebagainya. Begitu juga hindarlah dari berbicara perkara yang lebih condong kepada keduniaan, kerana sebaiknya ketika takziah orang meninggal dunia itu dengan mengambil iktibar dan pengajaran bahawa setiap kita akan meninggalkan dunia yang fana ini menuju ke alam yang kekal abadi.
Allah SWT berfirman maksudnya: "Berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar, iaitu mereka yang apabila terkena musibah berkata (sesungguhnya kita adalah kepunyaan Allah dan kepadanya kita akan kembali). Mereka itu mendapat keberkatan sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka dan mereka itulah orang-orang yang mengikuti petunjuk". (Al Baqarah ayat 156-157)
Post a Comment