Guru Cabul Sejak Murid Umur 10 Tahun
Isss....teruk btl perangai manusia skrg. Budak umur 10 tahun pun nk rogol. Mmg mcm binatang je perangai....apalah dgn dunia skrg...nk kiamat dah kot.
PETALING JAYA 12 Jun - Seorang guru bakal berhadapan dengan hukuman penjara berjumlah 30 tahun seandainya Mahkamah Majistret di sini mendapati dirinya bersalah atas tiga tuduhan mencabul kehormatan anak muridnya yang berusia 10 tahun.
Mohd. Ruzaidi Bahari, 38, dari Seksyen U5 Shah Alam bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas ketiga-tiga pertuduhan ketika didakwa di hadapan Majistret Aishah Hijriah Mohd. Arshad hari ini.
Tertuduh didakwa menggunakan kekerasan jenayah dengan niat untuk mencabul mangsa antara pukul 2 dan 4 petang, 16 Mei 2006 di sebuah rumah di Jalan PJU 3/28D, Sunway Damansara di sini.
Dia juga didakwa mengulangi perbuatan tersebut 11 bulan kemudian, pada pukul 10.15 pagi, 3 April 2007 di perpustakaan sekolah tersebut ketika mangsa berusia 11 tahun.
Ketika umur mangsa mencecah 12 tahun kira-kira 13 bulan berikutnya, Mohd. Ruzaidi didakwa sekali lagi mengulanginya pada 10.15 pagi, 14 Mei 2008 di bilik muzik sekolah yang sama.
Dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau dengan mana-mana dua daripada hukuman berkenaan jika sabit kesalahan.
Aishah Hijriah membenarkan Mohd. Ruzaidi yang diwakili peguam Goh Kim Lian dibebaskan dengan ikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin.
Kes akan disebut semula pada 25 Ogos ini. - Utusan
p/s: Kes rogol makin mjadi2 mcm barah pula merebak. Entah apa silapnya. Nak salahkan perempuan seratus peratus pun tk adil. Yelah budak 10 thn yg tk seksi mn pun kena rogol. Aduh aduh...apa nk jd ye???? Apa pula tindakan kerajaan utk mbendung gejala ni ye????
Salam Ukhuwah,
Satu tindakan yang boleh menjejaskan kepercayaan masyarakat terhadap institusi pendidikan.
Seharusnya guru tersebut dalam menjangkau umur 40 tahun agar segera bertaubat dan dihukum denagan hukuman yang setimpal.
Post a Comment