Assalamualaikum | Welcome to My Blog | Sila Masukkan Address Blog Anda Dibawah Ini | Terima Kasih
Post

Al-Azhar Minta Musnahkan MAKAM LU'LUAH



Translated by beritaislamglobal.blogspot.com from Al-Arabiya - English here

DUBAI [Farraj Ismail]
Sekumpulan ulama al-Azhar menyambut baik keputusan Sheikh Ahmed Mohammed al-Tayyeb [gambar] untuk membatalkan pertemuan dengan naib presiden dan menteri pelancongan Iran, Hamid Baghai [gambar].


Sheikh Ahmed Mohammed al-Tayyeb


Hamid Baghai 

Al-Azhar, pusat Sunni Islam sedunia itu, juga menyeru supaya dihalang pertemuan dengan pegawai-pegawai Iran melainkan Republik Islam itu mengambil langkah memusnahkan makam Abi Lulu’a al-Majusi, pembunuh khalifah kedua [sahabat Nabi] Omar bin al-Khatab.

Golongan Islam Sunni percaya bahawa empat khalifah pertama selepas Nabi Muhammad telah mengambil alih sebagai pemimpin Islam dengan dengan cara yang sah, bersalahan dengan golongan Syiah yang percaya bahawa hanya Saidina Ali merupakan pengganti yang sah untuk memimpin umat Islam.

Baghai [Menteri Pelancongan IRAN] melawat tempat lain

Dalam tahun 2007 Ayatollah Mohammed Ali Taskhiri menghantar surat kepada Kesatuan Ulama Islam Antarabangsa memaklumkan bahawa pihak berkuasa Iran telah menutup makam tersebut.

Rifaa al-Tahtawi, jurucakap al-Azhar berkata bahawa al-Tayyeb mengajar pada setiap Selasa dan ingin mengekalkan jadualnya, sementara pihak delegasi Iran pula lewat memohon mengadakan pertemuan dengan al-Tayyeb sekalipun berada selama empat hari di Mesir untuk menandatangani kerjasama laluan udara, menghubungkan Kaherah dan Tehran buat kali pertama selepas hubungan dingin selama 30 tahun.

Al-Tahtawi juga memberitahu yang Baghai telah melawat beberapa buah masjid yang dianggap penting oleh Muslim Syiah termasuk masjid al-Sayyeda Zainab [anak perempuan Nabi], al-Sayyeda Nafisa [Cicit perempuan Nabi dari Hussain], dan Imam Hussain [cucu Nabi].





Ketua kumpuan ulama tersebut, Dr. Mohammed al-Biri berkata bahawa tidak banyak yang ditawarkan oleh Iran bagi menutup jurang antara kedua fahaman tersebut, dan beliau menyeru Iran supaya menghapuskan sesuatu yang boleh menimbulkan kemarahan Muslim Sunni.

Pembunuh Omar

Makam Abu Lulu’a yang terdapat di bandar Kashan, hanya merupakan simbolik kerana jasadnya yang sebenar dikebumikan di Madinah, Arab Saudi.



Barisan Tindakan Islam, salah satu cabang Ikhwanul Muslimin di Jordan telah menghantar surat kepada Pemimpin tertinggi Iran Ayatollah Khamenei supaya memusnahkan makam tersebut bagi mengurangkan ketegangan hubungan antara Sunni-Shiah.

Setiausahanya Hamza Mansour juga telah menegaskan tentang fatwanya dalam satu surat kepada Khamenei melarang penghinaan dan cercaan ke atas para sahabat Nabi.

Mansour juga mengulas tentang Yasir al-Habib, warga kuwait, yang mana kewarganegaraannya telah dilucutkan selepas membuat kenyataan memperkecilkan al-Sayyeda Aysha, [Isteri Nabi Mohammed] dan beberapa sahabat yang lain.

Beliau berkata bahawa komen al-Habib itu tiada bezanya dengan fitnah ke atas umat Islam yang dibuat di Eropah dan Tel-Aviv, begitu juga dengan apa yang dihadapi oleh umat Islam di Palestin, Lubnan dan Afghanistan.

Dia juga meminta supaya orang Sunni dibenarkan membina masjid di Tehran, sama seperti Muslim Syiah lain yang boleh membina masjid mereka sendiri.

Mohammed Salim al-Awa, setiausaha Kesatuan Ulama Muslim Antarabangsa memberitahu Al Arabiya bahawa pihaknya telah dimaklumkan bahawa "makam tersebut adalah milik seorang sufi di Iran, yang tidak menerima ramai pelawat, dan pihak berkuasa Iran telah menutupnya."
[Translated from Arabic by Dina al-Shibeeb]

Related Posts with Thumbnails
Selamat Datang ke aljanggut.blogspot.com Dijemput kepada sahabat-sahabat untuk menghantar sebarang artikel ilmiah iaitu di aljanggut@yahoo.com, artikel tersebut akan dinilai sebelum dipaparkan di sini -Semoga dapat mengambil istifadah dan manfaat dari laman ini-

About Me

My photo
Selangor, Kelantan, Laut Merah, Germany
|.::Kuliyyah of Theology, Major In Belief & Philosophy::.|.::Kuliyyah of Arabic, International Islamic University Malaysia::.|

Chat Here

Visitors

Hye, anda tidak keseorangan di blog ini kerana sekarang Orang Sedang Menemani Anda!

Categories

About This Blog

Disclaimer

Please note that NONE of the files listed on this blog are stored on the site. We only serve to index contents available from other sites as a convenient and easy way for our visitors to find files that have been shared by their respective copyright owners.

As such, we DO NOT claim ownership rights of any documents and/or materials accessible or made available on this site, nor assume any responsibility for the contents on any externally-linked site or for any links on any externally-linked site. Use of this site is therefore solely at your own discretion.

If you believe that your copyrighted material may have been unintentionally infringed, please write to us directly for immediate removal.

::. aljanggut .::

Money Exchange