Assalamualaikum | Welcome to My Blog | Sila Masukkan Address Blog Anda Dibawah Ini | Terima Kasih
Post

Berhati-hati Dengan Facebook



Satu artikel yang sangat baik saya jumpa ketika blogwalking. Sangat baik untuk peringatan kita bersama.

Rangkaian sosial yang paling popular pada masa kini, Facebook. Ada juga yang suka main deactivate akaun Facebook. kalau taknak Facebook jangan Deactivate je. DELETE je terus.

tapi kadang-kadang tu aku terfikir jugak. kenapa kita bukak Facebook. bagi aku dulu bila aku bukak Facebook apa yang dibuat adalah baca status-status orang. pastu komen. tengok gambar pastu komen.


tak rasa ke kita buang masa. buang masa dengan perkara yang diciptakan oleh kita sendiri. cuba bayangkan kalau kawan anda tak update status. kawan anda tak upload gambar. takde lagi komen-mengomen.


jadi kembali kepada kenapa anda buat akaun Facebook. ada setengah tu cakap nak contact kawan lama. betul ke? kawan 3,4 ratus. tapi yang asyik dok komen-mengomen adalah kawan yang dok jumpa hari². macam mane tu?


kepada yang tengah gila facebook tu nasihat aku jaga keselamatan diri anda di Facebook jangan jadikan diri anda mangsa kepada orang yang tidak bertanggungjawab.


semakin anda dedahkan diri anda dalam Facebook semakin bahaya anda. mari kita lihat contoh ini.


katakan anda ni (perempuan) memang hot abis. sebab inginkan attention semua gambar dalam album gambar anda gambar seksi mengamcam abis. silapnya anda, gambar anda boleh dilihat oleh semua orang (yelah nak kan attention takkan nak setkan privasi gambar ke 'friend only' kan?).


status Facebook anda adalah diari anda. semua tercatat di profile anda.


semua tercatat di profile Facebook. dimana anda sekolah, bekerja, minat apa. no telefon, alamat semua complete.


sampai la satu masa ini. status anda berbunyi…

bosan, sunyi, takde sape² kat rumah. mak ngan ayah g umrah tinggal aku ngan abang aku je. abang pulak tak habis² lepak rumah member dia. tinggal aku sorang kat umah ni... kesorangan lagi aku malam ini :((

ke esokkkannya Headlines berita

Ibu Bapa Tiada di Rumah, Gadis Sunti dirogol dan dibunuh

jangan buka peluang kepada penjenayah untuk mendekati anda. semuanya kerana Facebook. bagi anda keseronokan berFacebook. tetapi bagi 'mereka'… PELUANG 

Salam, ha ha, facebook, antara lalai dan luah, kawan dan kecewa, dedah dan dosa, masa dan main, lagi? (berjuang utk kekal tidak ada Facebook! Yeah!!!)

Related Posts with Thumbnails
Selamat Datang ke aljanggut.blogspot.com Dijemput kepada sahabat-sahabat untuk menghantar sebarang artikel ilmiah iaitu di aljanggut@yahoo.com, artikel tersebut akan dinilai sebelum dipaparkan di sini -Semoga dapat mengambil istifadah dan manfaat dari laman ini-

About Me

My photo
Selangor, Kelantan, Laut Merah, Germany
|.::Kuliyyah of Theology, Major In Belief & Philosophy::.|.::Kuliyyah of Arabic, International Islamic University Malaysia::.|

Chat Here

Visitors

Hye, anda tidak keseorangan di blog ini kerana sekarang Orang Sedang Menemani Anda!

Categories

About This Blog

Disclaimer

Please note that NONE of the files listed on this blog are stored on the site. We only serve to index contents available from other sites as a convenient and easy way for our visitors to find files that have been shared by their respective copyright owners.

As such, we DO NOT claim ownership rights of any documents and/or materials accessible or made available on this site, nor assume any responsibility for the contents on any externally-linked site or for any links on any externally-linked site. Use of this site is therefore solely at your own discretion.

If you believe that your copyrighted material may have been unintentionally infringed, please write to us directly for immediate removal.

::. aljanggut .::

Money Exchange