Assalamualaikum | Welcome to My Blog | Sila Masukkan Address Blog Anda Dibawah Ini | Terima Kasih

Archives

Post

Rabiul Awal

Masjid Haiga Sophia di Sepanyol yang telah ditukar menjadi muzium.

Pengertian
 
Bulan Rabiulawal bermaksud bulan dimana bermulanya musim bunga bagi tanaman. Mengikut kebiasaannya di Tanah Arab, sewaktu bulan Rabiulawal pokok buah-buahan mula berbunga dan seterusnya berbuah.

Maka nama bulan ini diambil sempena musim berbunga tanaman mereka. Dan setelah kedatangan Islam, Rasulullah saw telah mengekalkan nama Rabiulawal ini sehinggalah sekarang. 

Peristiwa-Peristiwa Penting Bulan Rabiul Awal 

Ada banyak peristiwa penting yang telah dicatatkan oleh sejarah jatuh bangunnya tamadun Islam di dalam bulan Rabiulawal ini dan diantaranya ialah; 

1. Kelahiran junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Mengikut sumber-sumber mengatakan bahawa nabi lahir pada 12 Rabiul Awwal tahun gajah bersamaan 23 April 571M. Ini adalah sumber yang masyhur dan menjadi amalan umat Islam di Malaysia mengadakan sambutan Maulidurrasul pada 12 Rabiul Awwal di setiap tahun sehinggalah sekarang. Walau bagaimanapun ada sumber yang lain mengatakan bahawa nabi lahir pada 9 Rabiul Awwal tahun Gajah. Perbezaan pendapat ini akan disentuh lebih lanjut di bahagian Maulidur Rasul. 

2. Perlantikan Nabi menjadi Rasul. Dibulan Rabiulawal inilah Nabi saw diangkat menjadi Rasul. Ketika ini Nabi saw berumur 40 tahun. Maka dengan ini bermulah dakwah baginda secara rasmi di Makkah al-Mukarramah. 

3. Hijrah Tarikh hijrah adalah tarikh tibanya Rasulullah di Madinah al-Munawwarah pada ketika itu di sebut Yatsrib. Rasulullah sampai di Quba' pada hari Isnin 8 Rabiulawal dan Baginda sampai di Kota Madinah pada hari Jumaat 12 Rabiulawal dan Baginda menunaikan solat Jumaat yang pertama. 

4. Peperangan Banyak peperangan yang telah terjadi pada zaman Rasulullah saw diantara tentera Islam dan tentera kuffar. Diantara peperangan yang berlaku di bulan Rabiulawal ialah peperangan Safwan (Badar pertama), Bawat, Zi Amar (Ghatfan), Bani An-Nadhir, Daumatul Jandal dan peperangan Bani Lahyan. 

5. Wafatnya junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Rasulullah telah wafat pada hari Isnin 12 Rabiulawal 11H bersamaan 7 Jun 632M. Baginda wafat di rumah isterinya Aisyah ra dan dikebumikan di Madinah al-Munawwarah. 

6. Abu Bakar ra. menjadi khalifah Pada hari Rasulullah wafat, para sahabat tidak mahu menangguh urusan pentadbiran kerajaan dan segera membai'ah saidina Abu Bakar ra di Dewan Bani Sa'idah. Ini adalah kerana urusan pentadbiran negara tidak boleh terhenti walau seketika dan ia adalah nadi sesebuah kerajaan. Sebahagian sahabat pula menguruskan pengkebumian jenazah Rasulullah saw yang diketuai oleh Saidina Ali ra Ahli Bait Rasulullah saw. 

7. Pembukaan Iraq Tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid Ibni Walid ra telah memasuki Iraq dan bermulalah pemerintahan Islam di bumi Iraq di zaman saidina Abu Bakar r.a. 

8. Pembukaan Baitul Muqaddis Salahuddin al-Ayubi telah memimpin tentera Islam menewaskan tentera Salib dan seterusnya membuka pintu bagi pembukaan Baitul Muqaddis pada tahun 583 H. 

9. Kejatuhan Empayar kerajaan Islam Sepanyol Kubu terakhir tentera Islam di Andalusia telah ditumbangkan oleh tentera Sepanyol yang dipimpin oleh Ferdinando dan Isabella pada tahun 897H. Bermulalah kemusnahan tempat-tempat bersejarah warisan umat Islam, masjid-masjid ditukar menjadi gereja dan muzium dan tiada lagi suara azan di negara tersebut.
    READ MORE--->

    .:::. Mehnah-Mu Penghapus Dosaku .:::.
    Post

    Pilihan dan Yang Terpilih


    Hidup ini adalah pilihan. Hidup ini terlalu singkat sehingga mahu tidak mahu kita harus membuat pilihan. Hanya ada dua sikap dalam membuat pilihan, yang pertama adalah sikap mantap dan yang lainnya adalah sikap ragu-ragu. Mantap bererti solidnya isi hati dengan amal perbuatan, bersatunya nurani dan amal. Ragu-ragu bererti mengambang, tidak bertemunya kemahuan hati dengan amal. Bila mantap mendatangkan kekukuhan diri layaknya karang yang tetap tegar diterpa ombak keras, maka ragu-ragu mendatangkan keterumbang-ambingan layaknya kerang-kerang kecil yang hanya digerakkan arus, kadang merapat ke daratan, kadang hanyut ke tengah lautan.

    Mengambil pilihan bererti mengambil yang sedikit dari yang banyak tersedia. Jika ia mengambil yang sudah banyak tersedia, maka tidaklah ia dikatakan memilih, tapi ia hanya mengikut. Maka sebenarnya mereka yang membuat pilihan adalah mereka yang terpilih, iaitu yang sedikit di antara yang banyak. Sedangkan mereka yang hanya mengambil apa yang banyak tersedia adalah mereka yang menjadi pengikut, meramaikan yang banyak.

    Kerana hidup itu adalah pilihan, ALLAH sudah menakar kadar mereka yang berjumlah sedikit untuk mempengaruhi mereka yang ramai. Hanya gula sesenduk untuk memaniskan minuman segelas, hanya satu semburan wangian untuk mengharumkan ruangan sekamar. Yang membuat sedikit dapat mempengaruhi yang banyak adalah kadar atau konsentrasi ke-istiqamah-an mereka. Mereka yang bergabung dengan keramaian tetap akan larut dalam keramaian walaupun begitu inginnya mereka bergabung dengan yang berjumlah sedikit. Kuatnya kemahuan mereka akan diuji dan dengan sendirinya mereka terpilih. Mereka yang semula bergabung dalam jumlah yang sedikit lambat laun pun ikut dalam keramaian, sehingga tidak lagi menjadi sekelompok yang mempengaruhi, melainkan telah menjadi kelompok yang terpengaruh. Kuatnya kemahuan mereka juga akan diuji dan dengan sendirinya mereka dipilih.

    Persoalan ini hanya masalah langkah apa yang dipilih dan dijalani setelah pengetahuan itu sampai kepada seseorang. Ketika seseorang itu telah sampai pengetahuan kepadanya bahawa jalan yang patut ditempuh adalah jalan yang tidak ramai orang lalui, maka selanjutnya adalah sesuaikah apa yang ia ketahui dengan kemana ia melangkah.

    Ketika ramai orang membangunkan istana dengan kekayaannya maka mereka yang terpilih adalah mereka yang tidak meninggikan atap selain dari cukupnya ruang udara di atas kepalanya dan tidak meluaskan ruangan selain dari hitungan sehingga jangkauan tangan dan kakinya, dan mengalihkan kekayaannya untuk infaq di jalan ALLAH. Walaupun untuk itu mereka tidak tercatat dalam deretan orang terkaya kerana mengumpulkan harta. Wajar saja, makhluk memahami kaya sebagai banyaknya perbendaharaan yang berhasil ditahan, sedangkan Sang Pencipta Makhluk, Yang Maha Kaya, memberi erti kaya sebagai banyaknya perbendaharaan yang berhasil lepas dari tahanan nafsu sang makhluk dan sebagai titipan yang dikembalikan kepada Sang Pemilik dengan dibelanjakan sesuai pesan-Nya.

    Ketika ramai orang berlumba-lumba menjadi idola untuk menyaingi Dia Yang Tidak Punya Sekutu, maka mereka yang terpilih adalah mereka yang menyedari bahawa tidak ada bezanya idola dan taghut. Mereka menyedari bahawa pengikut idola adalah pengikut taghut, dan menjadi idola adalah menjadi taghut. Al-Quran sendiri menghendaki Umat Islam menjadikan Rasulullah S.A.W sebagai teladan, bukan idola. Sungguh berzeda makna keduanya. Bila yang pertama menuntut integriti, maka yang kedua hanya ikut dalam batas yang ia suka.

    Ketika ramai orang mengejar segulung ijazah untuk dikekalkan sebagai gelaran pelengkap namanya, maka mereka yang terpilih adalah mereka yang merasa tidak puas punya gelaran lain selain dari “Abdullah” [hamba ALLAH] dan senantiasa cemas apakah segulung ijazah mereka akan menjadi bahagian lembaran-lembaran kitab yang diberikan dari sebelah kanan, atau dari sebelah kiri di hari kiamat nanti, yang diukur dari seberapa banyak lembaran manfaat yang diterbitkan dari tiap lembar ilmu yang dipelajarinya.

    Ketika ramai orang bangga disebut ahli politik kerana keprihatinan mereka memikirkan masalah masyarakat, maka mereka yang terpilih adalah mereka yang memilih tetap santun dan menterjemahkan nurani mereka dalam tiap aksi mereka ketika bergerak dalam arena yang mendatangkan keberuntungan besar atas kebaikan kecil yang ditanam dan mendatangkan kecelakaan besar atas kelalaian kecil yang diabaikan.

    Ketika ramai orang mendaki untuk ketinggian diri dan kejayaan pribadi, maka mereka yang terpilih adalah mereka yang bersabar mengulurkan tangan membantu saudara-saudaranya untuk bersama-sama mendaki puncak sehingga sama-sama dari puncak yang tinggi melihat indahnya pemandangan perjuangan. Tingginya mereka adalah rendahnya mereka di hadapan Yang Maha Tinggi, dan rendahnya mereka adalah tingginya mereka di hadapan keramaian yang melarutkan diri dalam ketidakpedulian.

    Ketika ramai orang menutup catatan idealisme yang pernah ditulisnya untuk kemudian membuka catatan pragmatisme yang ditulis orang lain, tetapi seolah-olah ia kemudian ikut menulisnya, maka mereka yang terpilih adalah mereka yang tidak pernah merasa rugi memperjuangkan idealisme walau mati sebelum idealisme itu tumbuh, mengakar, dan berbuah di masyarakatnya. Bagi mereka mati itu kepastian, hanya memilih bagaimana cara mati itu.

    Ketika ramai orang mengabarkan kejayaan dirinya dan merasa senang jika kata sukses itu dipantulkan kembali pada dirinya dari khalayak ramai, maka mereka yang terpilih adalah mereka yang memahami sukses sebagaimana Al-Quran mendefinisikan sukses. Bagi mereka, tidak pantas seorang muslim mengabarkan dirinya sukses sebelum ia menginjakkan kakinya di syurga!
    READ MORE--->

    .:::. Mehnah-Mu Penghapus Dosaku .:::.
    Post

    Qardawi Serukan Negara Arab dan Muslim Bersatu Selamatkan Jerusalem


    Ketua Perwalian Al-Quds International Institution Dr. Yusuf al-Qardawi menyampaikan pesanan penting pada seluruh pemimpin negara Arab dan pemimpin negara-negara Muslim untuk bersama-sama memikul tanggungjawab atas nasib Jerusalem, wilayah Palestin yang kini diduduki Israel.

    Qardawi menyampaikan pesannya itu, menyusul rencana Israel untuk memperluas pemukiman Yahudi di Jerusalem dengan menghancurkan lebih dari 88 rumah dan gedung milik warga Palestin. Akibat kebijakan Israel itu, sekitar 1.500 warga Palestin di kawasan Bustan yang terletak di sebelah selatan kompleks Masjid Al-Aqsa, terancam kehilangan tempat tinggal mereka.

    Qardawi mengatakan, penggusuran dan pengusiran warga Palestin di Timur Jerusalem, merupakan aksi Israel yang paling berbahaya sejak rejim Zionis menduduki kota itu pada tahun 1967. Israel, kata Qardawi, ingin mengosongkan Jerusalem Timur dari warga Palestin dan akan menggantinya dengan para imigran Yahudi sehingga Israel bisa memiliki kota yang pemukimnya murni hanya orang-orang Yahudi.

    Qardawi mengingatkan para pemimpin Arab dan negeri-negeri Muslim bahawa supaya Israel untuk melakukan yudaisasi kota Jerusalem sudah pada titik kritis dan tidak ada satu pihak pun yang akan mampu menghentikan tindakan Israel itu kecuali para pemimpin Arab dan negeri-negeri Muslim mahu memikul tanggung jawab bersama dan bersatu untuk menyelamatkan Yerusalem lewat jalur politik, diplomatik dan perangkat hukum yang ada.

    Gaza Akan Diserang Lagi

    Sementara itu kantor berita Palestina Ma'an melaporkan bahawa Israel sedang menyiapkan serangan barunya yang lebih besar ke Jalur Gaza, setelah menggelar operasi "Cast Lead" bulan Januari kemarin, yang menyebabkan lebih dari 1.300 warga Gaza syahid dan 5.500 orang lainnya luka-luka.

    "Militer Israel sedang menyiapkan serangan besar yang bisa dilakukan kapan saja," demikian laporan Ma'an. Sejak menyatakan mundur dari Gaza setelah menggelar operasi "Cast Lead" yang brutal, Israel masih melakukan serangan udara secara sporadis ke wilayah Israel dengan alasan membalas tembakan roket para pejuang Palestina di Gaza. Israel juga masih memberlakukan blokade dan melarang bantuan kemanusiaan masuk ke Gaza.
    READ MORE--->

    .:::. Mehnah-Mu Penghapus Dosaku .:::.
    Related Posts with Thumbnails
    Selamat Datang ke aljanggut.blogspot.com Dijemput kepada sahabat-sahabat untuk menghantar sebarang artikel ilmiah iaitu di aljanggut@yahoo.com, artikel tersebut akan dinilai sebelum dipaparkan di sini -Semoga dapat mengambil istifadah dan manfaat dari laman ini-

    About Me

    My photo
    Selangor, Kelantan, Laut Merah, Germany
    |.::Kuliyyah of Theology, Major In Belief & Philosophy::.|.::Kuliyyah of Arabic, International Islamic University Malaysia::.|

    Chat Here

    Visitors

    Hye, anda tidak keseorangan di blog ini kerana sekarang Orang Sedang Menemani Anda!

    Categories

    About This Blog

    Disclaimer

    Please note that NONE of the files listed on this blog are stored on the site. We only serve to index contents available from other sites as a convenient and easy way for our visitors to find files that have been shared by their respective copyright owners.

    As such, we DO NOT claim ownership rights of any documents and/or materials accessible or made available on this site, nor assume any responsibility for the contents on any externally-linked site or for any links on any externally-linked site. Use of this site is therefore solely at your own discretion.

    If you believe that your copyrighted material may have been unintentionally infringed, please write to us directly for immediate removal.

    ::. aljanggut .::

    Money Exchange