Jodoh : Jangan Mencari Terlalu Sempurna
Begitulah juga...
Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...Setelah ia mulai MENYAYANGIMU, hendaklah kamu MENJAGA hatinya...Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja...Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu...
Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh...cukuplah sekadar keperluanmu...Apabila sekali ia retak...tentu sukar untuk kamu menambahnya semula...Akhirnya ia dibuang...
Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi...
Begitulah juga...
Jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya...Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa...Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya...akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.
Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA, boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya...
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi...yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah cuba mencari makanan yang lain?
Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.
Begitulah juga...
Jika kamu telah bertemu dengan seorang insan...Yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU...MENGASIHIMU...Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.
Terlalu mengejar kesempurnaan.Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain...Kamu juga yang akan MENYESAL...
Renungkan bersama.
Serius! Saya suka entry ni! Sangat menusuk kalbu.. dan saya seperti apa kesalahan saya..
Salam, wah pak janggut! macam nasihat seorang yang berpengalaman la. bagus2. aku suka, aku suka...
terima ksh...
stlh bc entry ni..rs sedey..puts asa sy ilang...
setuju dengan tajuk,
kita bukan lah sempurna sangat untuk mendapatkan yang lebih sempurna...
mhon share post ni...mnarik sgt
Post a Comment