Assalamualaikum | Welcome to My Blog | Sila Masukkan Address Blog Anda Dibawah Ini | Terima Kasih

Archives

Post

Al-fatihah Buat Micheal Jackson


LOS ANGELES – Michael Jackson, the moonwalking former child star who became known the world over as the "King of Pop" before his life and career deteriorated in a freakish series of scandals, died Thursday, a person with knowledge of the situation told The Associated Press. He was 50. The person said Jackson died in a Los Angeles hospital. The person was not authorized to speak publicly and requested anonymity.

The circumstances of his death were not immediately clear. Jackson was not breathing when Los Angeles Fire Department paramedics responded to a call at his Los Angeles home about 12:30 p.m., Capt. Steve Ruda told the Los Angeles Times. The paramedics performed CPR and took him to UCLA Medical Center, Ruda told the newspaper.

Jackson's death brought a tragic end to a long, bizarre, sometimes farcical decline from his peak in the 1980s, when he was popular music's premier all-around performer, a uniter of black and white music who shattered the race barrier on MTV, dominated the charts and dazzled even more on stage.

He was perhaps the most exciting performer of his generation, known for his feverish, crotch-grabbing dance moves, his high-pitched voice punctuated with squeals and titters. His single sequined glove and tight, military-style jacket were trademarks second only to his ever-changing, surgically altered appearance. Over the years, his skin became lighter and his nose narrower.

Source : http://news.yahoo.com/s/ap/20090625/ap_o...el_jackson
READ MORE--->

.:::. Mehnah-Mu Penghapus Dosaku .:::.: June 2009
Post

Sekitar Pemergian Ammar Zulkifli

Sekitar Solat Jenazah Ammar di Cairo

Subhanallah, bertuah nta.Ramai yang datang mendoakan

Terus mendoakan

Tidak lepas peluang akhwat juga

Selamat tinggal dunia

Untuk dibawa pulang ke Malaysia

Kredit untuk Muhammad Abdullah

Nota 1 : Buat sahabat-sahabat, semoga tabah dengan ujian ini. Ayuh bangkit, sapu air matamu, kita sambung perjuangan beliau,kita gegarkan dunia dengan Islam.

Nota 2 : Wahai orang-orang beriman,cukuplah kematian itu peringatan bagi mu.

[UPDATE]- *Assalammualaikum anak-anak semua, Ini Ummu Ammar untuk latest information, jenazah Allahyarham telah dimasukan kedalam kenderaan jenazah dan dalam proses untuk mendapatkan surat kebenaran membawa jenazah dibalai polis KLIA. Doakan beliau selamat sampai seperti yg dirancangkan kebumikan selepas subuh. Sudah ramai sahabat yang telah hadir, cukup meriah. Makcik bangga dan bersyukur pada Illahi.*

[LATEST UPDATE]-*updated from msia:: 14 june 2009

Selesai proses pengkebumian lebih kurang jam 7 pagi ..sebaik sahaja kambus tanah,hujan renyai turun,langit tidak berawan kecuali dikatakn di atas kubur arwah..hujan rahmat..yg dtg dlm 500 org dan mungkin lbih..jenzah smpi penang 4.45 pagi dari klia

(subhanallah,Allah muliakn arwah semasa hidup dan sesudah tiada,kita doa dan terus doa)*

-*salam, arwah selamat dikebumikan selepas solat subuh, jam 645pg, semua yang hadir diberi peluang melihat wajah arwah buat kali terakhir, dianggar lebih 1000 orang datang untuk memberi penghormatan..*

Gambar Sekitar Majlis Pengebumian Akh Ammar

Sampai ke destinasi, selepas Subuh

Ramai sampaikan solat jenazah tidak cukup tempat...1 ribu dikhabarkan buat sang mujahid berumur 21 tahun

Jumpa di Syurga Akh Muhammad Ammar bin Zulkifli

Kredit buat TintaUtara
Tambahan Gambar

Melihat dari Jendela Akhirat


Tabah



Penuh dan padat

Dilihat untuk kali terakhir


Penuh dengan manusia


Ummu Ammar


Langit menangisi pemergian mu

Kredit buat lurv4Allah

*Ummu ammar berkata ‘ makcik bersyukur ammar meninggal ketika hendak membuat program untuk mengeratkan perhubungan sahabat2 gen 6 yang dikatakan semakin renggang.. amar mahu sahabat2 beliau kembali sedar dan bersatu semula.. ammar ambil medik tetapi kalau ammar tidak melakukan semua perjuangan dakwah apa yang ammar akan bawa ke kubur? Ammar tak boleh bawak medik ke kubur tetapi ammar membawa dakwah dan ammar mati syahid makcik yakin ammar meninggal ketika sedang berjuang fisabilillah ketika belajar..”

dan satu ayat lagi yang amat menyentuh hati kami apabila ummu ammar berkata “ALLAH mengambil ammar daripada makcik tetapi ALLAH menggantikan makcik dengan berpuluh-puluh lg anak yang akan meneruskan perjuangan ammar”
READ MORE--->

.:::. Mehnah-Mu Penghapus Dosaku .:::.: June 2009
Post

Tribute To Muhammad Ammar b Zulkifli



Lirik & Lagu: Aphique
Vokal: Copuk
Susunan & Suntingan Video: HafizAdam
Video Asal: Ikmal, HafizAdam
Gambar: Ahli Beit Ammar & Anas
Penerbit: Gen6 Mdcairo



Khabar Pemergian

Lagu: Aphique
Lirik: Aphique
Vokal: Copuk


Tersentakku dari lamunan
Mendengarkan satu perkhabaran
Sahabat yang amat ku sanjungi
Telah pergi untuk selamanya

Sebak rasa hatiku
Tak tertahan lagi kesedihan
Kucuba tabahkan diriku
Namun air mata jatuh berlinangan

Hadirmu disambut dengan senyuman
Pergimu kuiiringi tangisan
Kurelakan pemergianmu
Kerana Tuhan lebih menyayangi dirimu oh teman

Tak mungkin ku lupakan
Wajah riangmu penuh kemesraan
Kita terpaksa terpisah di dunia yang fana
Ku harap engkau kan tenang di sana

Kredit to jackster

READ MORE--->

.:::. Mehnah-Mu Penghapus Dosaku .:::.: June 2009
Post

Tribute For Ammar Zulkifli



"salam syed, boleh minta tlg susun kerusi dewan kat ARMA tak?" Ammar call meminta tolong. ada program PERUBATAN kat ARMA, so dia minta tolong org kat ARMA susunkan kerusi.

bila tugas muhd dah selesai, Ammar call smula.
"syukran syed" (budi bahasa Ammar sangat2 tinggi, betul, tak tipu !!!)

lebeh kurang la kata2 Ammar tu. AMMAR ZULKIFLI sangat2 famous dgn lemah lembut bahasanya. perkataan2 Ammar memang boleh buat orang sangat2 senang hati dengan die. jujurnya, diala antara kawan2 muhd yg paling MULIA gaya bahasanya.

Ammar sangat2 petah berbicara. setiap ayat yg die lontarkan bukan ayat2 kosong, memang ade benda baru yang boleh kita ambil pengajaran. mase Ammar sempat belajar kat Darul Quran satu sem, memamg tak pelik la Ammar jadi timbalan pengerusi student persijilan.


masa ni, Ammar tengah jadi MC untuk muhasabah sem 1 persijilan tahfiz DQ/IIUM

rakan-rakan sekerja IQ RaC 06/07


muhd [kawan rapatnya] rapat dengan Ammar Zulkifili mase die kat DQ. sbb ktorg keje same2 as a team. sampai kat Mesir, kami tinggal berlainan rumah, dan kami belajar dalam batch yang berlainan.

biasanya, muhd digembirakan dengan berite kawan2 nikah. tapi kali ini, kali PERTAMA muhd disedihkan dengan berita kawan; Ammar meninggal dunia

ALFATIHAH

"Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati.Dan sesungguhnya pada hari kiamat nanti segala pahalamu akan disempurnakan. Barangsiapa dijauhkan dari Neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga maka sesungguhnya dia telah mendapat kejayaan yang sebenarnya. Dan tiadalah kehidupan di dunia ini melainkan kesenangan yang memperdayakan" ( Aali Imran: 185 )


Sumber : muhammadabdullah
READ MORE--->

.:::. Mehnah-Mu Penghapus Dosaku .:::.: June 2009
Post

Benang Labah-Labah 5 Kali Lebih Kuat Daripada Keluli, 10 Kali Lebih Kuat Daripada Kevlar

Kajian Sains mengenai benang labah-labah dan dalilnya dalam AL-Quran. Satu ceramah tentang Islam & Sains di Uitm Alor Gajah, Melaka. Satu lagi dari Harun Yahya. Sama-sama kita ambil pengajaran dan iktibar.









READ MORE--->

.:::. Mehnah-Mu Penghapus Dosaku .:::.: June 2009
Post

1 Maut, 2 Cedera Parah Dalam Kemalangan Di Ain Sukhnah, Kaherah, Mesir

 Gambar hiasan

Kaherah, 11 Jun - 5 pelajar perubatan Kaherah terlibat dalam kemalangan sewaktu pulang dari Ain Sokhna selepas Maghrib malam semalam. Tujuan asal mereka ke sana untuk meninjau tempat sempena Rehlah Gen6 28 Jun ini.

Kenderaan yang dinaiki mereka diceritakan terbabas sewaktu cuba memotong sebuah lori akibat hilang kawalan lalu melanggar pembahagi jalan dan terbalik. 3 mangsa yang berada di bahagian belakang cedera parah.

Allahyarham Muhammad Ammar b Zulkifli, meninggal dunia di tempat kejadian manakala 2 lagi cedera parah. Mangsa-mangsa dibawa ke Hospital Suez Al-Am sebelum dihantar ke Hospital Kasr El Ainy kerana kekurangan kemudahan.

Abdul Rahman b Ramdzan dilaporkan telah sedarkan diri manakala Akram Abdul Kadir masih koma. Abdul Rahman patah lengan kanan, dan Akram didapati mempunyai darah beku di bahagian otak. Kedua-dua mereka dimasukkan ke bilik pembedahan jam 8 pagi tadi.

Jenazah Ammar tiba di Hospital Zahra' Abbasiah pagi tadi untuk diuruskan. Solat jenazah akan diadakan di Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah selepas Zohor nanti. Allahyarham akan dihantar pulang ke Malaysia esok pagi. Mereka yang mempunyai sebarang hutang piutang diharapkan dapat menuntut daripada waris Allahyarham dan dihalalkan segala salah dan silap.

2 lagi mangsa, Muhamad Fitri Tokiran dan Saif Jamaluddin hanya mengalami kecederaan ringan dan dibenarkan pulang. Saif masih ditahan di balai polis Suez untuk soal siasat dan akan dibenarkan pulang ke Kaherah tengah hari nanti.

Sedikit makluman terkini berkenaan kemalangan yang melibatkan pelajar-pelajar perubatan Universiti Kaherah. Kelima-lima pelajar ini ketika itu sedang dalam perjalanan pulang dari Ain Sokhna. Pelajar-pelajar yang terlibat :

1. Mohamad Saif Bin Jamaluddin (Tahun 2)
-dalam keadaan stabil

2. Abdul Rahman Bin Ramdzan (Tahun 3)
-masih kurang stabil

3. Muhammad Akram Bin Abd Kadir (Tahun 3)
-masih kurang stabil

4. Muhamad Fitri Bin Tokiran (Tahun 3)
-dalam keadaan stabil

5. Muhammad Ammar Bin Zulkifli (Tahun 3)
- telah pulang ke Rahmatullah

Kelima-lima pelajar tersebut telah dihantar terus ke bahagian kecemasan Hospital El-Arab Suez. Setelah itu, Jenazah Ammar akan diambil oleh pihak kedutaan, manakala baki keempat-empat pelajar sedang dipindahkan ke hospital Faransawi, Kasr El Ainy dan insyaAllah tiba di sini pagi ini.

Saya merayu kepada semua para pelajar PERUBATAN, di Kaherah mahupun di semua cawangan-cawangan yang lain, tidak kira di manapun anda berada, buatlah solat hajat dan doakanlah kesejahteraan kepada mereka khususnya kedua-dua pelajar yang masih tidak stabil.

Akhirnya, mari bersama kita sedekahkan Al-Fatihah buat sahabat kita, Ammar Zulkifli. Semoga Allah golongkan beliau bersama para syuhada' di atas jalanMu ya ALLAH!. Allah lebih menyayanginya dan telah mengakhiri ujiannya di dunia. Buat para sahabat, ambillah iktibar atas apa yang berlaku. Jika kita sedih, maka jadikanlah kesedihan ini jambatan lurus yang lebih dan lebih lagi merapatkan kita dengan Allah! Dan semoga kami juga mengakhiri ujian kehidupan ini dengan pengakhiran yang baik ya ALLAH!

Sumber : perubatan.org

READ MORE--->

.:::. Mehnah-Mu Penghapus Dosaku .:::.: June 2009
Post

Stadium Sultan Mizan, Kuala Terengganu Runtuh!

 

Stadium yang begitu gah di Terengganu ini akhirnya rebah menyembah bumi walaupun baru setahun dibina. Penulis terasa sangat-sangat bersyukur kerana Sukan MSSM yang berlangsung di stadium ini baru sahaja berlalu beberapa hari lepas.

Tidak dapat dibayangkan apa yang bakal berlaku sekiranya runtuhan tersebut berlaku ketika para pelajar masih berada di dalam stadium itu. Mungkin kalimah 'Innalillah...' yang selayaknya buat mereka.

Oleh itu, bersyukurlah. Bersyukurlah kerana masih diberi peluang. Bersyukurlah pada setiap detik kehidupan. Kita hanyalah insan yang lemah. Kenalilah hakikat bersyukur, anda pasti merasai kenikmatannya !
READ MORE--->

.:::. Mehnah-Mu Penghapus Dosaku .:::.: June 2009
Related Posts with Thumbnails
Selamat Datang ke aljanggut.blogspot.com Dijemput kepada sahabat-sahabat untuk menghantar sebarang artikel ilmiah iaitu di aljanggut@yahoo.com, artikel tersebut akan dinilai sebelum dipaparkan di sini -Semoga dapat mengambil istifadah dan manfaat dari laman ini-

About Me

My photo
Selangor, Kelantan, Laut Merah, Germany
|.::Kuliyyah of Theology, Major In Belief & Philosophy::.|.::Kuliyyah of Arabic, International Islamic University Malaysia::.|

Chat Here

Visitors

Hye, anda tidak keseorangan di blog ini kerana sekarang Orang Sedang Menemani Anda!

Categories

About This Blog

Disclaimer

Please note that NONE of the files listed on this blog are stored on the site. We only serve to index contents available from other sites as a convenient and easy way for our visitors to find files that have been shared by their respective copyright owners.

As such, we DO NOT claim ownership rights of any documents and/or materials accessible or made available on this site, nor assume any responsibility for the contents on any externally-linked site or for any links on any externally-linked site. Use of this site is therefore solely at your own discretion.

If you believe that your copyrighted material may have been unintentionally infringed, please write to us directly for immediate removal.

::. aljanggut .::

Money Exchange