Assalamualaikum | Welcome to My Blog | Sila Masukkan Address Blog Anda Dibawah Ini | Terima Kasih

Archives

Post

Nik Abdul Aziz Nik Mat Antara Tiga Terbunuh Dalam Nahas Jalan Raya

KUANTAN: Seorang pekerja kilang bernama Nik Abdul Aziz Nik Mat serta kakak dan anak saudaranya terbunuh selepas kereta yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori penghantaran cepat di Kilometer 15, Jalan Bentong-Raub, dekat Lurah Bilut, hari ini.

Nik Abdul Aziz, 27, dari Bandar Baru Bangi, Selangor, kakaknya, Nik Hasmah, 29, dan anak Nik Hasmah, Mohd Adib Daniel Amizan, 5, meninggal dunia di tempat kejadian dalam nahas pada jam 2.20 pagi tadi.

Yang cedera parah ialah seorang lagi kakak Nik Abdul Aziz, Nik Nab Nik Mat, 45, dan anaknya, Adibah Mohd Fikri, 12, murid Sekolah Rendah Jalan Cochrane, Kuala Lumpur yang dikejarkan ke Hospital Bentong untuk rawatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Rosli Abdul Rahman berkata, kesemua mereka sedang dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur selepas pulang bercuti di Kampung Tempinis, Besut, Terengganu sempena cuti persekolahan sekarang.

"Setibanya di lokasi kejadian, sebuah lori penghantaran ekspres yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu terbabas ke laluan bertentangan dipercayai akibat permukaan jalan licin kerana hujan lebat sebelum bertembung dengan kereta mangsa," katanya.

Ketiga-tiga mangsa yang terbunuh itu mengalami kecederaan parah di kepala dan badan.

Kelindan lori terbabit berumur 60 tahun turut mengalami kecederaan parah manakala pemandunya hanya mengalami cedera ringan, kata Rosli.

Katanya pemandu lori terbabit kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong untuk siasatan lanjut.

Orang ramai yang menyaksikan kemalangan itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Cif Inspektor Nor Bulian Zakaria di talian 09-2222222, bagi membantu siasatan. - Bernama

Sumber : http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Mutakhir/20090826180525/Article/index_html
READ MORE--->

.:::. Mehnah-Mu Penghapus Dosaku .:::.: August 2009
Post

Selamat Berpuasa

Perkataan Yang Cantik Ialah
"ALLAH"

Lagu Yang Merdu Ialah 
"AZAN"

Novel Yang Menarik Ialah 
"AL-QURAN"

Senaman Yang Baik Ialah 
"SOLAT"

Diet Yang Mujarab Ialah 
"PUASA"



Selamat berpuasa buat semua umat Islam di Malaysia.
READ MORE--->

.:::. Mehnah-Mu Penghapus Dosaku .:::.: August 2009
Post

Guru Cabul Sejak Murid Umur 10 Tahun


Isss....teruk btl perangai manusia skrg. Budak umur 10 tahun pun nk rogol. Mmg mcm binatang je perangai....apalah dgn dunia skrg...nk kiamat dah kot.

PETALING JAYA 12 Jun - Seorang guru bakal berhadapan dengan hukuman penjara berjumlah 30 tahun seandainya Mahkamah Majistret di sini mendapati dirinya bersalah atas tiga tuduhan mencabul kehormatan anak muridnya yang berusia 10 tahun.

Mohd. Ruzaidi Bahari, 38, dari Seksyen U5 Shah Alam bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas ketiga-tiga pertuduhan ketika didakwa di hadapan Majistret Aishah Hijriah Mohd. Arshad hari ini.

Tertuduh didakwa menggunakan kekerasan jenayah dengan niat untuk mencabul mangsa antara pukul 2 dan 4 petang, 16 Mei 2006 di sebuah rumah di Jalan PJU 3/28D, Sunway Damansara di sini.

Dia juga didakwa mengulangi perbuatan tersebut 11 bulan kemudian, pada pukul 10.15 pagi, 3 April 2007 di perpustakaan sekolah tersebut ketika mangsa berusia 11 tahun.

Ketika umur mangsa mencecah 12 tahun kira-kira 13 bulan berikutnya, Mohd. Ruzaidi didakwa sekali lagi mengulanginya pada 10.15 pagi, 14 Mei 2008 di bilik muzik sekolah yang sama.

Dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau dengan mana-mana dua daripada hukuman berkenaan jika sabit kesalahan.

Aishah Hijriah membenarkan Mohd. Ruzaidi yang diwakili peguam Goh Kim Lian dibebaskan dengan ikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin.

Kes akan disebut semula pada 25 Ogos ini. - Utusan

p/s: Kes rogol makin mjadi2 mcm barah pula merebak. Entah apa silapnya. Nak salahkan perempuan seratus peratus pun tk adil. Yelah budak 10 thn yg tk seksi mn pun kena rogol. Aduh aduh...apa nk jd ye???? Apa pula tindakan kerajaan utk mbendung gejala ni ye????
READ MORE--->

.:::. Mehnah-Mu Penghapus Dosaku .:::.: August 2009
Post

Air Mata Keinsafan


Kenapakah begitu susah untuk aku mengubah diri ini
agar menjadi insan berguna pada mata Ilahi?
Kenapa begitu sukar diri ini
untuk menerima segala kebenaran yang diajarkan padaku?

Begitu hitamkah hati ku ini?
Begitu menggunungkah dosa diri ini?
Layakkah aku untuk meminta ampunanMu ya Allah?
Masih adakah ruang untuk hidayahMu
bertapak dalam ruangan hati hitam ini ya Allah?

Kenapa begitu susah diri ini
untuk mengalirkan air mata apabila disebut nama yang Maha Esa…?
Kenapa begitu berat air mata ini
untuk mengalir mendengar nama Rasulullah s.a.w?
kenapa begitu jauh diri ini
jika dibanding dengan para pejuang Islam yg lain?

Aku jua muslim yang sama-sama
ingin melihat kebangkitan Islam
Aku jua muslim yang sama-sama
melawan arus jahiliyah
Tapi diri ini tetap ku rasakan masih
sungguh jauh untuk menghampiri gerbang syurga-Mu ya Allah
Tapi aku tidak sanggup dengan siksaan api neraka-Mu

Ya Allah...
Hinanya diri ku ini ya Allah
Kotornya diri ku ini ya Allah
Jijiknya diri ku ini ya Allah
Berilah hidayah padaku ya Allah

Janganlah Kau tinggalkan aku walau sesaat
Pimpinlah aku dalam setiap detik perbuatanku
Aku tidak sanggup jika
Kau berpaling dari memandang diri ini
Tidak sanggup ya Allah

Segala-galanya aku berserah pada Mu
Aku tidak dapat membayangkan diriku
tanpa pimpinan-Mu ya Allah
Aku tidak sanggup menjadi
sehina-hina manusia pada pandangan-Mu
Astaghfirullahalazim
Ampunilah aku dalam setiap kejahilan dan kelekaanku
Hanya pada Engkau
aku bergantung dan mengharap segala-galanya

Air mata membasahi pipi
Adakah ini air mata keinsafan?
Ini adalah air mata kehinaan yang melanda diri ini
Diri ini sedih dengan apa yg telah hambaMu ini lakukan
Aku ingin meminta sesuatu dari Mu..
Tapi aku sungguh malu padaMu ya Allah..

Aku teringat perjuangan Hassan Al-Banna
Aku sangat mengagumi perjuangan beliau
Aku mengagumi perjuangan Syed Qutub
Tapi ya Allah...aku malu ya Allah untuk menyatakannya
Masih layakkah diri ini menyebut
nama Hassan Al-Banna? Nama syed Qutub?
Masih tersisakah pejuang sepertinya untuk diri ini
Malunya aku ya Allah dengan permintaan ini
Aku tidak layak memikirkan tentangnya

Wanita seperti manakah
yang Kau pilihkan untuk mereka?
Wanita yang bagaimanakah
yang telah Kau pilih untuk melahirkan mereka?
Semestinya seperti Zainab Al-Ghazali
dan mereka yang seangkatan dengan beliau
Aku ingin sekiranya boleh mendampingi orang-orang sekaliber mereka
Seorang yang hidupnya semata-mata untuk Allah

Mereka tak tergoda rayuan harta dan benda apalagi wanita
Aku ingin sekiranya boleh
menjadi seorang ibu bagi mujahid-mujahid seperti Hassan Al-Banna
Masih tersisakah mujahid seperti Al-Banna untukku ya Allah?
Layakkah diri ini untuk menjadi peniup semangatnya?
Aku sungguh malu menyatakannya ya Allah...
Sungguh hina diri ini…sungguh kotor diri ini
Sungguh lemah diri ini untuk mujahid seperti mereka

Air mata ini jika dialirkan hingga titisan terakhir
namun ia masih tidak mencukupi untuk
menyatakan rasa bersalah
dengan dosa-dosa diri ini yang menggunung tinggi

Ya Allah...
Pimpinlah daku
Janganlah Kau tinggalkan aku walau sesaat cuma
Aku tidak sanggup dibiarkan dlm lumpur dosa2 hina
Ampunilah aku ya Allah...
Astaghfirullahalazim...
Astaghfirullahalazim...
Astaghfirullahalazim...
READ MORE--->

.:::. Mehnah-Mu Penghapus Dosaku .:::.: August 2009
Post

Wajibkah Pakai Telekung?

“Telekung surau ni kotor laa..camne nak semayang,” 
 
“Saya lupa bawa telekung, nanti saya qada’ aje solat bila sampai rumah,”
Skrip biasa, terutamanya di shopping complex. 
  
Sepertinya solat itu tidak penting, boleh saja diqada’-qada’.
Yang lebih penting adalah telekungnya. Tiada telekung, tak boleh solat!
Begitukah? 



Jika diamati syarat sah solat, cuma 5 perkara:
  • Yakin telah masuk waktu
  • Menutup aurat
  • Mengadap kiblat
  • Suci daripada najis pada badan, pakaian dan tempat solat
  • Suci daripada hadas kecil dan hadas besar
Tercari-cari juga, tiada pula dalam list – Wajib memakai telekung.
Jadi, wajibkah?
 
Mengapa hendak dipersulit dan diperberatkan hukum-hakam Islam yang sebenarnya cukup mudah dan simple.
 
“Dan tidaklah Allah jadikan bagi kalian dalam agama ini kesulitan.”
[ Al-Hajj : 7] 

 
Yang pentingnya dalam soal berpakaian ketika bersolat ialah menutup aurat dan bersih daripada najis. Apa sahaja pakaian kita, jika memenuhi 2 syarat tersebut, maka tidak perlulah ragu-ragu lagi. 
 
Telekung cuma adat, bukan syarat. Majoritinya, hanya wanita-wanita di benua Nusantara yang mengamalkan adat ini. Sememangnya tidak salah bertelekung, malah sangat baik sebenarnya, kerana lebih sopan dan selesa. Cuma jika ia dijadikan sandaran yang akan mencacatkan solat kita, maka itulah prinsip yang salah. 
 
Pilihlah mengikut keselesaan dan yang mana lebih mudah. Jika merasakan bertelekung lebih mudah, maka itulah yang terbaik. Bagi saya sendiri, jika solat sehari-harian di rumah atau di kolej, saya lebih selesa bertelekung. Cuma apabila dalam keadaan tergesa-gesa atau berpergian, maka pakaian yang ada sahaja sudah amat memadai. Yang penting, cukup syarat. 
 

“Eh, betul ke ni.. Nampak pelik la kalau tak pakai telekung. Macam tak sempurna je tutup auratnya..” 
 
Untuk persoalan sebegini, mungkin perlu ditanya kembali diri kita. Jika kita merasakan pakaian kita itu tidak cukup sempurna untuk bersolat, jadi, adakah kita sekarang ini tidak menutup aurat..?
READ MORE--->

.:::. Mehnah-Mu Penghapus Dosaku .:::.: August 2009
Post

Pengakuan Lelaki Terhadap Wanita


Kami sulit menahan pandangan mata kami
ketika melihat kalian,
apalagi jika kalian diamanahkan Allah
kecantikan dan postur yand ideal,
kami semakin susah untuk menolak agar tidak melihat kalian,
kerana itu lebarkanlah serta longgarkanlah pakaian kalian
dan tutupilah rambut hingga ke dada kalian dengan kerudung yang membentang.

Kami sulit menahan pendengaran kami
ketika berbicara dengan kalian,
apalagi jika kalian diamanahkan oleh Allah
suara yang merdu dengan irama yang mendayu
kerana itu tegaskanlah suara kalian
tatkala berbicara di berhadapan dengan kami
dan berbicaralah seperlunya sahaja.

Kami juga sulit menahan
bayangan-bayangan hati kalian,
ketika kalian dapat menjadi
tempat untuk dicurahkan segala isi hati kami,
waktu luang kami kadangkala akan sering terisi
oleh bayangan-bayangan kalian,
kerana itu janganlah kalian membiarkan kami
menjadi curahan hati bagi kalia

Kami tahu kami insan lemah
bila harus berhadapan dengan kalian,
kekerasan hati kami dengan mudah bisa luluh
hanya dengan senyum kalian,
hati kami akan bergetar
ketika mendengar dan melihat kalian menangis.

Sungguh ALLAH telah memberikan amanah terindah kepada kalian,
maka jagalah amanah itu
jangan sampai ALLAH murka dan memberikan keputusan-Nya.

Maha Besar dan Maha Suci Allah yang tahu
akan kelemahan hati kami ini,
hanya dengan ikatan yang suci dan yang diredhai-NYA,
kalian akan menjadi halal bagi kami.

"Lalu apa yang telah aku lakukan selama ini..Ya Rabb, ampunilah daku.
Untuk setiap pandangan yang tak terjaga,
untuk iman yang tak dipelihara,
lisan yang merayu dan hati yang tak terhijab,

Ya Rabb, Engkaulah mengawasi kami setiap detik,
kerana kasih sayangMu ya Allah kepada kami,
Engkau perintahkanlah malaikan silih berganti
menemani kami siang dan malam
agar iman kami dapat dijaga...
READ MORE--->

.:::. Mehnah-Mu Penghapus Dosaku .:::.: August 2009
Post

Aku Menunggumu



Isi Hati Sang Ikhwah

Wahai zaujahku,
Aku mengerti di mana kamu,
Kamu sedang letih berjuang,
Kamu sedang lelah berdakwah,
Malah kau juga aku yakin sedang memelihara dirimu dari menjadi bahan fitnah.

Aku tidak tahu siapa kamu,
Tapi telah aku simpankan sebahagian hati ini padamu,
Kerna itu, aku tidak pernah memandang wanita lain,
Pandanganku ku tundukkan, bual bicara mesra dengan wanita ku elakkan,
Kerna semua itu hanya layak untukmu.

Yang ada di sisiku Ayat-Ayat Cinta Allah iaitu Al-quran.
Yang ada di sisiku kitab-kitab ilmu yang menjadi pencerahan dalam kehidupan kita nanti.

Zaujahku,
Persiapkan dirimu dengan ketabahan hati,
Kerna jalan yang akan kita lalui ini sangat berat,
Maka tabahkanlah hatimu untuk menjadi sayap kiriku,
Isilah mana-mana kekurangn dalam diriku,
Dan engkau jualah yang aku harapkan menjadi pembakar semangatku tika mana aku lemah.

Zaujahku, aku belum pernah memandang fizikalmu,
Kerana nikmat memandangmu hanya aku inginkan setelah kita diijab kabulkan,
Dan pandanganku terhadapmu bukanlah pandangan nafsu,
Sebaliknya dengan pandangan dakwah,
Kerna kau adalah sayap kiri perjuanganku dan pencetak generasi mujahidin.

Kerana itu,
Kita seharusnya bersedia zaujahku,
Perkahwinan kita adalah marhalah dakwah.



Dari Sang Akhwat

Wahai zaujku,
Aku mengerti kau sedang menungguku,
Aku mengerti kau merinduiku,
Namun segalanya kau tundukkan kerna kau tidak mengenal siapa aku.

Aku tau kau sedang berjuang,
Kau sedang lelah berdakwah,
Ke sana sini dengan pelbagai program dakwah,
Sehingga kadang kala kau merasa lemah.

Namun sabarlah,
Aku sedang menunggumu,
Aku juga sedang letih seperti kamu,
Kerana setianya padaku,
Aku menolak untuk terlibat dengan mana-mana aktiviti yang mengundang maksiat hati,
Aku menolak bicara dan pelawaan mana-mana yang bukan mahramku,
Kerana perasaanku telah aku simpankan untukmu,
Walaupun aku tidak tahu siapakah kamu.

Zaujku,
Persiapkanlah dirimu dengan ilmu,
Kerna, aku mendambakan seorang zauj yang mampu mendidikku dan anak-anak kita nanti, Bukan paras rupa semata-mata.

Didiklah aku agar sentiasa tegar dalam mujahadahmu.


"Ya Allah, kami saling merindui, namun kami tidak pernah mengenal antara satu sama lain, oleh kerana Kau telah menutup pandangan kami dengan hijab yang sangat tebal. Namun, kami yakin Engkau menghijab kami agar kami sentiasa melengkapkan diri dengan segala bekal yang diperlukan. Kami memohon agar hijab di antara kami segera terbuka bila mana kami benar-benar bersedia. Pernikahan kami adalah marhalah dakwah dan kasih sayang antara kami hanyalah satu..Menuju redhaMu"
READ MORE--->

.:::. Mehnah-Mu Penghapus Dosaku .:::.: August 2009
Post

Dia Pilihanku


Aku sedang menanti dia
Seorang lelaki yang akan bergelar suami
Seorang mukmin yang merindui syahid di jalan ALLAH
Seorang hambaNYA yang senantiasa zikrullah

Dia seorang lelaki yang tegas dan berani
Dia tidak pernah takut untuk berkata benar
Dia tidak pernah gentar melawan nafsu yang ingin menguasai diri
Dia sentiasa mengajak aku berjuang berjihad fisabilillah

Dia selalu menghiburkan aku
Dengan alunan ayat-ayat suci Al-Quran
Dengan zikir-zikir munajat
Dengan surah-surah rindu yang dihafaznya

Ketika aku leka diulik mimpi indah duniawi
Dia menasihati ku supaya mengingati mati
Ketika aku sedang asyik terpesona dengan buaian cinta dunia
Dia menyedarkan aku betapa lazatnya lagi pesona cinta Yang Maha Esa

Dia memang sentiasa kelihatan penat
Matanya penat kerana membaca
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
Badannya letih kerana bermunajat di malam hari

Dia sentiasa mengingati mati
Baginya,dunia ini adalah pentas lakonan semata-mata
Kita hambaNYA adalah pelakon
Hasil keputusan lakonan kita akan diputuskan di padang Mahsyar nanti

Dia sentiasa menjaga matanya dari berbelanja perkara-perkara maksiat
Dia sentiasa mengajak aku mendalami ajaran Islam
Dia seorang yang penyayang dan taat akan kedua ibu bapa
Dia juga sentiasa berbakti untuk keluarga

Dia sentiasa tabah dan sabar dalam menghadapi dugaan
Baginya, dugaan-dugaan itulah yang akan menjahit semula
Sejadah imannya yang terkoyak
Lantaran mungkin kerana kekhilafannya sendiri

Dia sentiasa menjaga solatnya kerana itulah maruah dirinya
Dia sentiasa bersedia menjadi imam dan pemimpin keluarga
Dia tidak pernah berasa malu mempertahankan agama IslamNYA
Kerana Islam adalah addin ALLAH yang sebenar-benarnya

Dia sentiasa ingin mencontohi sifat-sifat mulia Rasullullah S.A.W.
Dia juga sentiasa berusaha mencintai kekasih agungnya
Kekasih sejatinya dan kekal abadi
Iaitu ALLAHURABBI

Dia selalu berdoa dan mengimpikan syurga
Dia ingin mengajak aku ke sana sekali
Kerana, di situlah tempat pertama wujudnya cinta
Dia ingin bawa aku ke syurga yang abadi dan hakiki

Aku mencintai dia kerana agamanya dan kerana cintanya kepada Maha Pencipta
Andai dia hilangkan cintanya, maka hilanglah cintaku pada dia
Cinta dia terhadap Maha Pencipta mendekatkan aku padaNYA
Cinta Illahi jugalah yang menyebabkan aku memilih dia

Siapakah dia..???
Aku juga tidak mengetahui siapakah dia jodoh ku
Hanya Engkau Yang Maha Mengetahui segala sesuatu
Doaku, semoga dia tercipta untuk ku
Semoga aku bertemu jodoh dengan dia
Kerana..
Dia pilihan ku...
READ MORE--->

.:::. Mehnah-Mu Penghapus Dosaku .:::.: August 2009
Post

Dr.Nizar Rayyan Asy-syahid



Beliau menjadi korban pertama serangan udara Israel. Tokoh Hamas, Nizar Abdul Kader Mohammad Rayyan, lahir, 6 Mac, 1959, di kem Jabaliya, Jalur Gaza. Tokoh yang memimpin sayap militer Hamas ini, memiliki latar belakang pendidikan yang sangat baik, di mana asy-syahid pernah mendapat pendidikan di Universiti di Saudi Arabia, Jordan, dan Sudan, dan mendapatkan gelar Phd, dibidang Islamic Studies.

Usai menyelesaikan pendidikan di sejumlah Negara Arab, Rayyan kembali ke Gaza, dan menjadi seorang da'i, dan memberikan ceramah di banyak masjid di Gaza, dan sambil masih terus memperdalam ilmunya, sampai ia mendapatkan pangkat Profesor dibidang undang-undang Islam (Islamic Law) di Universiti Islam di Gaza. Di usianya yang masih belum terlalu tua itu, Rayyan dikurniakan enam orang anak laki-laki, enam orang anak perempuan, dan dua orang cucu. Dan, tokoh gerakan Hamas ini, menikahi empat orang muslimah.

Rayyan memiliki pandangan yang sama dengan seluruh pemimpin Hamas, yang secara tegas menolak Negara Israel, kerana Negara Zionis-Israel, tak lain adalah penjajah, yang harus dihapus. Maka, Rayyan menegaskan : "Kami tidak akan pernah menerima Israel. Apa yang disebut kata : ‘Israel' adalah tidak ada, baik sebagai sebuah fakta atau imajinasi", tegasnya.
Tokoh yang memiliki tubuh tinggi besar ini, beberapa kali ditahan pemerintah Israel dan Pihak Berkuasa Palestin (PA), dan dibebaskan ketika Hamas mengambil alih kuasa seluruh wilayah Gaza dari tangan al-Fattah, Jun, tahun 2007.



Rayyan sangat dikenal kerana pendiriannya yang keras melawan Zionis Israel. Seorang datuk dari dua cucu, yang baru berumur 50 tahun itu, pernah menjadi pendiri Parti Penyelamat Islam (The Islamic Salvation Party), ketika terbentuk Autiriti Palestin di tahun 1994. Prof.Rayyan mempunyai peranan yang sangat penting, ketika Hamas harus berunding dengan berbagai faksi yang ada di jalur Gaza, yang akan menentukan kepemimpinan di wilayah itu.
Tokoh Hamas, yang menjadi pemimpin Briged Izzuddin al-Qassam, di wilayah kem Jabaliya ini, sangat dikenal sebagai seorang da'i yang sangat berpengaruh, dan dikenal sebagai seorang imam di masjid ‘Masjid Syuhada'.

Menurut Jerusalem Post, yang terbit 1 Januari, 2009, Sheikh Nizar Rayyan, termasuk pemimpin senior Hamas, syahid dengan seluruh keluarganya, empat isterinya dan anak-anaknya, hari Khamis, ketika pesawat tempur Israel, F.16, menjatuhkan bom ke atas apartmen, yang diduduki bersama keluarganya di Jabaliya. Rayyan, bukan hanya seorang yang sangat beragama (alim), tapi benar-benar seorang mujahid,kerana Rayyan menjadi pemimpin sayap militer Hamas, iaitu Briged Izzudin al-Qassam.
READ MORE--->

.:::. Mehnah-Mu Penghapus Dosaku .:::.: August 2009
Related Posts with Thumbnails
Selamat Datang ke aljanggut.blogspot.com Dijemput kepada sahabat-sahabat untuk menghantar sebarang artikel ilmiah iaitu di aljanggut@yahoo.com, artikel tersebut akan dinilai sebelum dipaparkan di sini -Semoga dapat mengambil istifadah dan manfaat dari laman ini-

About Me

My photo
Selangor, Kelantan, Laut Merah, Germany
|.::Kuliyyah of Theology, Major In Belief & Philosophy::.|.::Kuliyyah of Arabic, International Islamic University Malaysia::.|

Chat Here

Visitors

Hye, anda tidak keseorangan di blog ini kerana sekarang Orang Sedang Menemani Anda!

Categories

About This Blog

Disclaimer

Please note that NONE of the files listed on this blog are stored on the site. We only serve to index contents available from other sites as a convenient and easy way for our visitors to find files that have been shared by their respective copyright owners.

As such, we DO NOT claim ownership rights of any documents and/or materials accessible or made available on this site, nor assume any responsibility for the contents on any externally-linked site or for any links on any externally-linked site. Use of this site is therefore solely at your own discretion.

If you believe that your copyrighted material may have been unintentionally infringed, please write to us directly for immediate removal.

::. aljanggut .::

Money Exchange