Assalamualaikum | Welcome to My Blog | Sila Masukkan Address Blog Anda Dibawah Ini | Terima Kasih

Archives

Post

Kisah Abu Nawas Membalas Tindakan Sultan [Ketua Kerajaan]

Membalas Tindakan Sultan

Abu Nawas hanya tertunduk sedih mendengarkan aduan isterinya. Pagi tadi, beberapa pengawal kerajaan telah datang ke rumah Abu Nawas atas titah langsung Baginda Sultan Harun al-Rasyid. Mereka menyelongkar rumah dan terus menggali sesuka hati tanpa mampu dicegah. Tindakan tersebut hanyalah berdasarkan mimpi Sultan pada malam sebelumnya. Sultan bermimpi di bawah rumah Abu Nawas tersembunyi emas dan permata yang tidak ternilai harganya. Tetapi setelah mereka menggali dan mengorek, ternyata emas dan permata itu tidak ditemui.

Apa yang menyedihkan, Baginda Sultan sedikit pun tidak meminta maaf kepada Abu Nawas. Apatah lagi untuk mengganti kerugian yang terpaksa ditanggung. Hal ini membuatkan Abu Nawas memendam rasa dan terguris hati.

Lama Abu Nawas berfikir dan memerah otak. Namun, idea dan muslihat untuk memberi pengajaran kepada Sultan masih tidak berkunjung tiba. Hal demikian berlarutan sehinggakan makanan yang dihidangkan oleh isterinya langsung tidak disentuh oleh Abu Nawas dek nafsu makannya lenyap, hilang tidak tahu ke mana.

Malam pun tiba. Abu Nawas tetap tidak berganjak. Keesokan harinya, Abu Nawas melihat lalat-lalat mula menyerbu makanannya yang sudah basi. Abu Nawas tiba-tiba ketawa riang.

"Tolong ambilkan kain penutup untuk makananku dan sebatang besi." Minta Abu Nawas kepada isterinya.

"Untuk apa?" Tanya si isteri dengan penuh hairan.

"Membalas Baginda Sultan." Jawab Abu Nawas ringkas. Dengan muka berseri-seri Abu Nawas berangkat menuju ke istana.

Setibanya di istana, Abu Nawas tunduk hormat dan berkata, "Ampun Tuanku, tujuan hamba menghadap Tuanku Sultan tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk mengadu tentang kelakuan tetamu yang tidak diundang."

"Tetamu tersebut masuk ke rumah hamba tanpa izin dari hamba selaku tuan rumah. Bahkan mereka berani makan makanan hamba." Adu Abu Nawas lagi.

"Siapakah tetamu yang tidak diundang itu wahai Abu Nawas?" Sergah Sultan kasar.

"Lalat-lalat ini wahai Tuanku." Jawab Abu Nawas sambil membuka penutup pinggan makanannya.

"Kepada siapa lagi kalau bukan kepada Baginda Sultan junjungan hamba, untuk hamba mengadu dan meminta keadilan atas kelakuan yang melanggar hak privasi hamba."

"Lalu keadilan yang bagaimana kamu mahukan dariku wahai Abu Nawas?"

"Hamba hanya menginginkan keizinan bertulis daripada Tuanku sendiri agar hamba mempunyai kuasa mutlak untuk menghukum lalat-lalat itu." Pinta Abu Nawas.

Sultan tidak mampu untuk mengelak daripada enggan menunaikan permintaan Abu Nawas kerana pada saat itu para menteri sedang berkumpul di istana. Maka dengan terpaksa Baginda Sultan menulis surat keizinan dan memperkenankan Abu Nawas memukul lalat-lalat itu di mana-mana sahaja. Tanpa mengira tempat dan ketika.

Tanpa melengahkan masa, Abu Nawas terus bertindak mengusir lalat-lalat di piringnya sehingga terbang dan hinggap di merata-rata tempat. Dengan tongkat besi yang dibawanya dari rumah, Abu Nawas mula mengejar dan memukul lalat-lalat yang hinggap di merata tempat tersebut.

Ada yang hinggap di kaca. Lalu Abu Nawas tanpa segan-segan memukul kaca tersebut sampai pecah berkecai. Kemudian pasu bunga yang indah, kemudian giliran patung hias sehingga sebagian besar daripada istana dan perabotannya rosak dikerjakan tongkat besi Abu Nawas. Bahkan Abu Nawas tidak berasa malu memukul lalat yang kebetulan hinggap di tempayan Baginda Sultan.

Baginda Sultan tidak mampu berbuat apa. Kelu. Tergamam. Sultan kemudiannya sedar akan kesalahan yang telah Baginda lakukan terhadap Abu Nawas dan keluarganya.

Setelah puas memukul sana sini, Abu Nawas mohon diri untuk pulang. Barang-barang kesayangan Baginda banyak yang hancur. Bukan itu sahaja, Baginda juga menanggung rasa malu yang amat sangat. Kini Baginda Sultan sedar betapa besar kesilapan yang telah Baginda lakukan terhadap Abu Nawas dengan sewenang-wenangnya. Abu Nawas yang nampak lucu dan sering menyenangkan orang itu ternyata boleh berubah menjadi garang dan ganas serta mampu membalas dendam terhadap orang yang mengusiknya.

Abu Nawas pulang dengan perasaan lega. Isterinya pasti sedang menunggu di rumah untuk mendengar cerita apa yang dibawanya dari istana.
READ MORE--->

.:::. Mehnah-Mu Penghapus Dosaku .:::.: June 2011
Post

Is It True About AUDI A9 ?

Ini adalah konsep Audi A9 dari Sepanyol designer terkenal Daniel Garcia yang mengandungi konsep Ducati 6098 dan mungkin lain untuk kreditnya. konsep A9 awesome akan lebih ringan dibandingkan dengan model unggulan saat ini Audi, A8. insprasi untuk gaya dari A9 berasal dari gaya reka bentuk yang menakjubkan Santiago Calatrava "La Ciudad de las Artes y las Ciencias de diValencia.




Konsep A9 Daniel adalah kenderaan pembebasan rendah hibrid untuk masa depan. A9 konsep ciri cermin depan satu bahagian dan atapnya dibentuk dari bahan nanoteknologi yang mempunyai sistem automatik unik yang memperbaiki kerosakan dan juga boleh disesuaikan dengan warna dan opacity.
 


Selain itu, kenderaan mempamerkan sistem 'lukisan elektronik' unik yang membolehkan pemiliknya untuk menukar warna dengan sentuhan butang. konsep ini dicadangkan dan disokong oleh setup hybrid canggih yang menggunakan enjin pembakaran dalaman bekerja sama dengan motor elektrik di tayar roda empat.




Baca lebih lanjut : http://realitypod.com/
READ MORE--->

.:::. Mehnah-Mu Penghapus Dosaku .:::.: June 2011
Post

Suami Isteri Menonton Filem Lucah

 
SOALAN :
ASSALAMUALAIKUM UZTAZ.SAYA NAK BERTANYA MENGENAI MENGAJAK ISTERI MENONTON FILEM LUCAH UNTUK TUJUAN MEMPELAJARI TENTANG CARA-CARA  MELAKUKAN SEKS.INI KERANA ISTERI SAYA TIDAK BEGITU PANDAI MELAKUKAN SEKS DAN UNTUK MERANSANGKAN NAFSUNYA DULU SEBELUM MELAKUKAN HUBUNGAN  KELAMIN.APA PENDAPAT USTAZ?
 
JAWAPAN :
Wa'alaikumussalam,
Hukumnya haram secara sepakat ulama walaupun niatnya baik. Ia diharamkan kerana :-

Pertama : Islam mengharamkan melihat aurat orang lain, terutamanya bahagian sulit. Nabi SAW bersabda : 

Ertinya : "Janganlah seorang lelaki melihat aurat lelaki yang lain, dan janganlah wanita melihat aurat wanita yang lain".

Sudah tentu apabila melihat filem tersebut, akan dilihat aurat si pelakon tadi malah dalam keadaan yang tidak diizinkan oleh Islam pula.

Kedua : Islam juga tidak berapa menggalakkan si suami melihat kemaluan isteri dan begitu juga sebaliknya, sebagaimana displin seks Islam yang dinyatakan oleh Sayyidatina Aisyah r.a berkenaan hubungannya dengan baginda SAW. [Hadith ini adalah lemah, bagaimanapun ia dikira sebagai adab sahaja berdasarkan umum dalil-dalil lain]. Jika demikian hukumnya, maka sudah tentu melihat kemaluan selain pasangan yang halal di dalam filem lucah lebih lagi ditegah oleh Islam. 

Ketiga : Terdapat cara lain untuk mempelajarinya, iaitu dengan membeli buku panduan seks dalam Islam yang melakarkan gambar-gambar lukisan sahaja.

Keempat : Filem-filem ini sudah tentu dilakonkan oleh orang bukan Islam serta sudah tentu menjalani hubungan seksual tidak menurut displin Islam dalam hubungan seks. Termasuklah melakukan seks secara yang diharamkan oleh Islam. Justeru, meniru teknik yang diharamkan sudah  tentu diharamkan juga.

Sebagai contoh, Islam tidak menggalakkan suami isteri bersama dalam keadaan telanjang bogel sebagaimana disebutkan sebagai salah satu displin adab melalui hadith :-

 إذا جامع أحدكم أهله فلا يتجرد تجرد العيرين 

Ertinya : "Apa seorang kamu 'bersama' isterinya maka janganlah kamu bertelanjang bogel [bermakna perlu berselimut]"  [Riwayat Ibn Majah 1/619 no 1921]

Demikian juga displin dan adab-adab lain seperti berdoa sebelum bersama, tidak mendatangi isteri dari duburnya, tiada oral seks, berwudhu jika ingin bersama kali kedua sebelum mandi dan banyak lagi adab dan hukum Islam yang tidak akan dapat dipelajari dari filem lucah itu. [Nizom al-Usrah, Dr Md Uqlah, 2/16-17]

Kelima : Dibimbangi si suami atau isteri akan terbayangkan pasangan pelakon di dalam filem lucah tersebut. Maka ia jatuh ke dalam perkara haram yang lain pula.

Keenam : Nabi Melarang menceirtakan perihal sulit aurat orang lain, apatah lagi melihatnya di dalam video seperti ini.
Nabi SAW bersabda :

لا تباشر المرأة المرأة فتنعتها لزوجها كأنه ينظر إليها  

Ertinya : janganlah seorang wanita melihat aurat wanita lain, lalu menceritakannya kepada suaminya sehingga seperti [suaminya] melihatnya [Riwayat Al-Bukhari] 

Kesimpulannya, diharamkan menggunakan filem lucah samada untuk menaikkan syahwat suami isteri mahupun sebagai pengajian.
sekian

Ustaz Zaharuddin

15 Mei 2007

READ MORE--->

.:::. Mehnah-Mu Penghapus Dosaku .:::.: June 2011
Post

Kekreatifan Melalui Pemetik Api

Cetusan idea yang kreatif untuk mereka yang inginkan kelainan. Tidak perlu duit yang banyak mahupun kemahiran yang tinggi. Cuma menggunakan pemetik api sahaja [pemetik api yang sudah habis gas pun boleh]. Entri ini khas untuk mereka yang bergelar perokok tegar yang menggunakan pemetik api,tetapi langsung tidak memanfaatkan pemetik api tersebut untuk dikitar semula menjadi sesuatu yang lebih menarik seperti dibawah.
 













 
 
 
dr
READ MORE--->

.:::. Mehnah-Mu Penghapus Dosaku .:::.: June 2011
Post

Putus Cinta & Persoalan Jodoh

brokenheart.jpg

SOALAN
Assalamualaikum ustaz
Ustaz saya baru putus cinta baru-baru ini. dan saya sekarang dalam kesedihan. Teman lelaki saya dipaksa emaknya supaya berkahwin dengan sepupunya. Sedangkan dia terlalu sayangkan saya. Tetapi dia mengambil keputusan mengikut cakap mak dia. Ini cerita saya..
Sebelum saya putus dengan dia, saya ada kenal seorang kawan. Dia pandai melihat persamaan nama kita dan pasangan kita. Bila dia matchkan nama saya dengan teman lelaki saya, dia cakap 50-50..teman lelaki saya berbelah bahagi.
Jadi dia minta saya terus berusaha dan berdoa. Kemudian dia ade suruh saya jampi dekat air dan minum selama 4 hari air tersebut. Dia cakap kalau saya buat..saya akan link dengan hati teman lelaki saya untuk melihat samada teman lelaki saya ada perasaan dengan saya atau tidak. Selepas 4 hari saya rasa jiwa kosong. Kemudian dia mengatakan teman lelaki saya sebenarnya dah tidak memilih saya, tetapi emak dia. Keesokkan harinya teman lelaki saya menghantar sms bahawa dia terpaksa memilih emaknya bukan saya.

Soalan saya.
1)Adakah Allah telah memberikan petunjuk pada saya bahawa dia bukan jodoh saya? Adakah saya boleh terus berdoa supaya jodoh saya ialah teman lelaki saya?
2)Apa yang perlu saya lakukan dimana kawan saya itu mengatakan jodoh saya lambat lagi. adakah boleh saya percaya?


JAWAPAN
Saya bersimpati atas kerunsingan dan kesedihan yang menimpa saudari. Saya juga mengetahui kemurungan akibat ‘patah hati’ dan ‘putus cinta’ adalah amat berat kesannya, khususnya ke atas wanita dan sifat naturenya begitu komited apabila telah jatuh cinta. Apapun, anggaplah ia sebagai satu jalan untuk beroleh kebaikan yang lebih dari Allah swt.

Walau menyedari saudari dalam kesedihan, saya masih berkewajiban untuk menerangkan beberapa perkara asas sebelum menjawab soalan yang dikemukan. Kemungkinan ini akan menambah duka di hati saudari, namun perlu kami katakan yang benar walau ianya pahit dan pedih.
Pertamanya ; Ingin saya ingatkan, cinta sebelum kahwin, khususnya dari jenis ‘cinta mendalam' apabila wujud dalam diri yang jauh dari ilmu, kenipisan iman serta pergaulan bebas adalah KUNCI Syaitan merosakkan iman. Kerosakan dengan amat mudah menyelinap masuk melalui perkataan sang pecinta, tulisannya dan lebih merbahaya merasuk perbuatan mereka dan mendorong kepada 'keterlanjuran kemaluan' atau zina. Mata, telinga mereka menjadi buta dan pekak dari segala jenis nasihat baik dari manusia ramai, mereka seolah melayang di dunia berasingan. Akhirnya pemiliknya kerap tersesat di pertengahan jalan.
Kesimpulannya, ‘cinta sebelum kahwin‘ lebih banyak membawa maksiat & keburukan berbanding kebaikan buat pasangan terlibat. Tambahan iu, ia juga BUKAN merupakan punca @ sumber bagi kebahagian rumahtangga (jika dibina sekalipun). malah ia mungkin punca keberantakannya.
Kerana itu di dalam Islam, jika bertunang jangan lama agar perkahwinan itu yang kekal lama. Jika bertunang jangan ber'dating' berdua-duaan kerana ia punca pasangan tidak akan setia.

Keduanya ; Saudari perlu bertaubat dengan sebenar-benar taubat  kerana telah melakukan perkara perbuatan syirik apabila mempercayai tukang tilik bomoh yang menilik perkara ghaib melalui tilikan pada persamaan nama dan yang sepertinya.
Lebih buruk implikasinya pula apabila saudari dan teman lelaki mempercayainya, sehingga mengamalkan amalan syirik yang dibekalkan oleh bomoh syirik itu ( iaitu jampi air dan minum untuk ‘link' hati). Ini tidak lain hanyalah penipuan, kesyirikan dan dosa yang maha besar. Bagi mereka yang mati sebelum sempat bertuabt dari dosa syirik, tempat mereka adalah neraka buat selama-lamanya moga dijauhkan oleh Allah swt. Justeru, segeralah menyedari dan kembalikan kewarasan fikiran dan iman saudari  yang mungkin sedang rosak akibat ‘virus cinta' tersebut.
Juga nasihat saya buat saudari dan semua pembaca agar jangan sesekali mempercayaai mandi bunga, mandi air kolah masjid dari tujuh masjid atau surau dan yang sepertinya, semua itu tidak lain hanya membawa kepada kerosakan aqidah dan kehilangan berkat sepanjang hidup.
 
Ketiganya : Berkenaan soalan saudari :
1)    Segala dakwaan bahawa dia jodoh saudari atau bukan adalah tidak boleh dipakai sama sekali. Malah jika benar dia berkahwin dengan wanita lain sekalipun, jodoh masih sentiasa terbuka. Tidak mustahil saudari masih lagi merupakannya jodohnya, jika bukan sebegai isteri pertama, mungkin sahaja berkahwin sebagai isteri kedua, tiga atau empat. Jika tidak pun, pintu  kebarangkalian masih ada untuk menjadi isterinya selagi si dia masih hidup, mungkin jodoh itu akan bertemu setelah 20 tahun akan datang. Semuanya adalah ketentuan Allah swt dan tiada siapa boleh meramalknya, menafikan atau mendakwa jodoh atau tidak.
 
2)    Berdoa untuk dikurniakan jodoh dengan seseorang adalah diizinkan oleh Islam. Tiada sebarang dalil yang melarang doa untuk memperolehi sesuatu kebaikan sama ada dunia dan akhirat. Doa untuk dijodohkan dengan seseorang yang dicintai, termasuk di dalam doa untuk mendapat kebaikan dunia. Ia diizinkan dengan syarat dilakukan dengan betul, faham dan bersungguh tanpa disertai kepercayaan syirik, jampi mentera karut marut dan ramalan syirik.
Namun demikian, adalah lebih baik untuk saudari memikirkan bahawa ‘kumbang bukannya seekor', malah mungkin yang jauh lebih baik dari si dia. Tiadalah perlu menyusahkan diri dengan terlalu ‘terikat' dan ‘terpahat' kepada seorang lelaki sahaja. Justeru, adalah lebih baik untuk berdoa agar Allah swt mengurniakan jodoh yang lebih baik dari si dia yang telah terhenti di separuh jalannya. Sebagaimana Ummu Salamah diajar berdoa untuk mendapat yang lebih baik dari suaminya yang syahid, akhirnya beliau dilamar oleh baginda Rasulullah s.a.w. Ya, jauh lebih baik dari seorang sahabat.
   
3) Di dalam Islam, bagi memperkuatkan doa dan permintaan khas kepada Allah swt, kita dibenarkan untuk ber'tawassul' atau menyebut amal soleh yang kita lakukan semasa melakukan doa. Selain itu, dibenarkan juga untuk bernazar untuk melakukan sesuatu jenis kebaikan tambahan jika doa kita dimaqbulkan. Ia semuanya boleh dilakukan berdasarkan nas dan dalil yang jelas, justeru boleh digunakan dalam hal permohonan jodoh ini juga.    
 
4) Jangan percaya kepada kawan saudari yang menyeleweng lagi boleh membawa kepada syirik itu. Lambat atau cepatnya jodoh tidak boleh diramal. Apa yang penting, Allah swt mengurniakan kepada kita iktihar dan usaha, maka berusaha secara halal untuk memperolehi jodoh yang terbaik buat diri.
 
Sekian dan semoga dipermudahkan segala urusan.
 
Zaharuddin Abd Rahman
READ MORE--->

.:::. Mehnah-Mu Penghapus Dosaku .:::.: June 2011
Post

Bahaya Wahabi

Oleh Roslan Ibrahim dan Mohd Fadly Samsudin
rencana@hmetro.com.my

 

Sedikit penerangan tentang BAHAYANYA Wahabi.
TOLONG BACA WALAU PANJANG SIKIT.
[moga-moga kita faham]

GERAKAN Wahabi diasaskan Imam Muhamad bin Abdul Wahhab At-Tamimi [1703-1791]. Beliau muncul ketika pengaruh mazhab Hambali sedang merosot dan umat Islam ketika itu melakukan pencemaran akidah seperti khurafat dan bidaah.

Perkembangan fahaman berkenaan di Malaysia kebanyakan dibawa pelajar yang pernah menuntut ilmu agama di negara Arab yang terpengaruh dengan ajaran itu.

Kehadiran golongan itu di sini dapat dirasakan berikutan ada pengikutnya berani mencerca ulama ahlu Sunnah Wal-Jamaah termasuk amalan sunat yang terdapat dalam ajaran Islam seperti doa qunut dan berzikir selepas solat.

Aliran Wahabi ibarat api dalam sekam dan boleh mengancam negara dan menyebabkan umat Islam bergaduh sesama sendiri jika tidak dibendung pihak berkuasa agama di Malaysia.

Mereka juga seperti musuh dalam selimut kerana sukar untuk mengenal pasti golongan ini apatah lagi mereka turut hadir dalam majlis agama, bersolat di masjid atau surau dan tidak mengaku diri mereka pengikut ajaran Wahabi.

Bagaimanapun, secara halus mereka menyusup dalam kelompok masyarakat Islam di negara ini dengan menghina mazhab Ahlu Sunnah Wal-Jamaah yang menjadi rujukan umat Islam dengan membawa Islam mudah sehingga masyarakat keliru.

Mazhab Ahlu-Sunnah dalam syariat beragama sangat penting bukan saja kepada umat Islam sendiri, malah seluruh masyarakat.

Fahaman Wahabi turut menolak ijmak dan qias. Ijmak ialah persepakatan dalam hukum syarak di kalangan umat Islam dari satu zaman ke satu zaman selepas Nabi Muhamad s.a.w wafat.

Ini jelas dibuktikan dengan firman Allah s.a.w yang bermaksud: "Dan sesiapa yang menentang [ajaran] Rasulullah sesudah terang nyata kepadanya kebenaran petunjuk (yang dibawanya) dan ia pula mengikut jalan yang lain dari jalan orang-orang yang beriman. Kami akan memberikannya kuasa untuk melakukan [kesesatan] yang dipilihnya, dan [pada hari akhirat kelak] Kami akan memasukkannya ke dalam neraka jahanam dan neraka jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali." [Surah an-Nisaa', ayat 115].

Jadi, wajib kita mengikut apa yang diputuskan ijmak kerana ia senarai yang ketiga terpenting daripada sumber perundangan Islam.

Menurut Ahli Jawatankuasa Pemantauan Akidah dan Pentauliahan Majlis Agama Islam Selangor [Mais], Ustaz Mahfuz Mohamad, fahaman Wahabi bertapak di negara ini sejak awal tahun 1900 apabila Sheikh Abdul Hadi membuka sekolah agama di Melaka.

"Bagaimanapun, sekolah itu tidak mendapat sambutan dan beliau berpindah ke Pulau Pinang. Melalui sekolah itu lahir tokoh fahaman Wahabi iaitu Sheikh Abu Bakar al-Ashaari.

"Selepas menamatkan pengajian di sekolah terbabit pada tahun 1925 beliau menyambung pengajiannya di Mesir dan pulang ke negara ini pada tahun 1932.

"Beliau menyebar fahaman Wahabi di Pulau Pinang, tetapi mendapat tentangan hebat ramai tokoh ulama ahlu Sunnah, antaranya Sheikh Abdullah Fahim.

"Beliau lari ke Kedah dan kemudian menetap di Perlis bagi menyebarkan fahaman Wahabi," katanya.

Mahfuz berkata, ketika itu ia dinamakan fahaman muda atau mudah kerana mereka selalu bermudah-mudahan.

Ini dicatatkan di dalam Kitab Senjata Syariat yang diterbitkan pada tahun 1953 khas bagi menjawab gerakan Wahabi oleh tiga tokoh ulama besar ketika itu: Sheikh Abdullah Fahim, Haji Ahmad Tun Hussein Pokok Sena dan Sheikh Abdul Rahman Abdullah Merbok.

Abu Bakar as-Ashaari pernah menerbitkan buku bertajuk Ibadah Rasulullah s.a.w yang menimbulkan keraguan kerana 'menjelmakan' petua menghalalkan memakan biawak, ular, labi-labi dan penyu.

"Di dalam buku itu, Abu Bakar as-Ashaari mencaci amalan bermazhab yang dikatakan haram dan bidaah dalal.

"Ulama ketika itu sudah memberi amaran bahawa gerakan Wahabi sudah menyusup dalam masyarakat dan perlu membendung segera," katanya.

Hasil ketegasan ulama sebelum ini, fahaman Wahabi kian menyepi, tetapi kini muncul kembali berikutan banyak kelonggaran yang diberikan kepada sesiapa sahaja atas 'tiket' menyebarkan Islam.

"Golongan Wahabi tidak berpegang kepada mana-mana mazhab kononnya hanya berpegang kepada al-Quran dan hadis.

"Tetapi, sejarah membuktikan ramai tokoh tersohor Islam seperti Imam Nawawi, Imam al-Ghazali, Termidzi, Bukhari dan Muslim berpegang kepada mazhab yang empat itu," katanya.

Katanya, tuduhan Wahabi terhadap beberapa amalan yang sudah menjadi kebiasaan masyarakat Islam di Malaysia seperti doa qunut, membaca al-Quran di atas kubur dan wirid selepas solat membuatkan umat keliru.

Merujuk kepada buku Makna Sebenar Bid'ah : Satu Penjelasan Rapi yang dikarang oleh Abdullah al-Siddiq al-Ghumari yang turut disemak oleh Mufti Negeri Sembilan Datuk Mohd Murtadza Ahmad, Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Md Hashim Yahya serta Yang di Pertua Persatuan Ulama Malaysia, Saleh Ahmad menyebutkan ulama bersepakat mengenai pembahagian bid'ah antara yang terpuji dan tercela. Orang pertama yang mengatakan demikian ialah Umar r.a.

Ulama juga bersepakat bahawa sabda Rasulullah S.A.W yang menyebutkan: "Setiap yang bid'ah itu sesat" adalah hadis umum yang perlu dikhususkan.

Imam al-Syafie berkata: "Setiap yang mempunyai sandarannya dari sudut syarak, bukannya bid'ah sekalipun tidak diamalkan oleh generasi salaf. Mereka meninggalkan perkara itu mungkin kerana keuzuran."

Al-Imam Ibn Lub dalam menyangkal pendapat golongan yang tidak menyenangi amalan berdoa selepas sembahyang mengatakan perkara berkenaan tidak diamalkan generasi salaf.

Namun, tidak mungkin mengatakan hukumnya haram atau makruh kerana perkara yang dilakukan itu mempunyai asas dalam syarak.

Mengenai amalan membaca wirid beramai-ramai selepas sembahyang. Memang ia tidak pernah berlaku pada zaman Nabi s.a.w, tetapi tidak haram. Sesiapa yang mendakwa amalan ini diharamkan bererti dia melakukan pembohongan atas nama Allah s.w.t.

Pengharaman amalan itu tidak disebut dalam al-Quran dan al-Sunnah.

Hadis Muslim yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah menyebutkan sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Tidaklah berkumpul satu kaum di dalam rumah Allah sambil membaca al-Quran dan mengulangkaji antara sesama mereka melainkan turunlah kepada mereka ketenangan, dan mereka diliputi oleh rahmat dan dinaungi oleh malaikat, dan Allah menyebut perihal mereka kepada makhluk yang di sisiNya."

Hadis ini memberikan kefahaman bahawa membaca al-Quran secara beramai-ramai di dalam masjid adalah disyariatkan.

Dalam Sahih Muslim terdapat juga hadis yang diriwayatkan daripada Abu Musa al-Asya'ari daripada nabi s.a.w yang bersabda yang maksudnya: "Selalulah membaca al-Quran, demi Dia Yang jiwa Muhammad berada di tangan-Nya, al-Quran itu lebih mudah terlepas [hilang] daripada unta yang diikat." [Muslim. Kitab Salah al-Musafirin [231/791].

Kesimpulannya, dari segi tauhid, fahaman Wahabi bukan ajaran baru atau termasuk antara 73 cabang ajaran sesat, cuma ia boleh menimbulkan suasana tegang dalam masyarakat Islam kerana pendekatan yang diambil terlalu mudah tetapi bahaya.

 


INFO

Amalan dalam fahaman Wahabi antaranya:

# Dalam mempelajari ilmu Usuludin hendaklah berpegang kepada fahaman yang diasaskan Ibnu Taimiyyah

# Di dalam amalan fiqh pula tidak berpegang kepada mana-mana mazhab, malah boleh berpegang antara satu sama lain [Talfiq]

# Berpegang kepada sumber al-Quran dan hadis sahih sahaja tanpa berpegang kepada Ijmak dan Qias

# Melarang keras umat Islam berdoa melalui tawassul [perantaraan]

# Melarang ziarah kubur walaupun makam Rasulullah s.a.w

# Melarang membaca qasidah dan berzanji yang memuji Rasulullah s.a.w. tahlil dan seumpamanya

# Melarang umat Islam mengadakan sambutan hari kebesaran Islam seperti Maulid Nabi, Israk Mikraj dan lain-lain

# Melarang umat Islam belajar sifat 20 dan seumpamanya

# Fahaman Asa'ari iaitu fahaman Ahlu Sunnah Wal-Jamaah dibuang jauh-jauh

# Imam dilarang membaca Bismillah pada permulaan Fatihah

# Tidak boleh membaca wirid-wirid yang memuji Rasulullah s.a.w

# Tidak boleh melagu-lagukan lafaz al-Quran dan laungan azan, tetapi boleh baca dengan lurus sahaja

# Mengadakan majlis zikir secara berjemaah dilarang

# Amalan tariqah dilarang sama sekali

# Amalan berwirid selepas solat berjemaah dilarang keras

CR:http://www.facebook.com/photo.php?fbid=215593428458712amp;set=a.195643977120324.50524.195600903791298&type=1&ref=nf
READ MORE--->

.:::. Mehnah-Mu Penghapus Dosaku .:::.: June 2011
Post

Windows 7 Loader v2.03 - Make Your Windows 7 Genuine

 
Size | 3.34 MB | About & Features: click here | Changes in this version: click here
The best and most popular Windows 7, Vista, Server activation tool. Enjoy it.
 

Crack terbaik...jadikan windows anda genuine dan update, tapi jangan update sekalii dengan microsoft office terutama mereka yang menggunakan microsoft office yang original seperti saya hehehe... 
 
Download Here
READ MORE--->

.:::. Mehnah-Mu Penghapus Dosaku .:::.: June 2011
Post

Wanita Islam Bertudung Minum Arak?

Apa reaksi pertama korang sebaik melihat gambar di bawah ini?

Image

Nampak gambar atau adegan kat atas tu? Korang nampak tak?
Apa agaknya yang terlintas dalam fikiran korang, sebaik melihat gambar tu?
(tengok semula gambar)

Itu gambar seorang lelaki dan seorang perempuan bertudung sedang minum sejenis minuman dengan beberapa biji botol minuman tersebut menjadi fokus utamanya.

Mereka minum apa agaknya tu kan?

Tengok balik gambar tadi semua...Gambar tu diambil dalam satu pameran di negara kita, Malaysia.

Cuba bayangkan ok? Bayangkan suasana masa tu...

Bayangkan korang saja lalu atau tak sengaja berada kat situ.

ok...Macam mana suasana PAMERAN? Ada ramai orang kan?

Sedang sibuk tengok apa yang ada kat sana tiba-tiba korang terlihat adegan macam dalam gambar tu...

Tengok semula gambar supaya lebih jelas khayalan korang tu.

Ok, sekarang pusatkan pemerhatian korang kepada botol merah dan hijau atas meja diaorang...botol-botol tu macam sedikit 'pelik' dan 'menarik', kan?Persoalannya, botol apa tu? fikirJawapan korang?

Belum nampak sangat?
 Ok, sekarang mari kita tengok pulak gelas-gelas yang ada atas meja tu... nampak tak apa ada dalam gelas tu? Ada air... Warna macam air teh, siap buih-buih lagi...Berbuih-buih...Nampak tak? Sama kan macam yang perempuan tu minum?Persoalan lagi, AIR APA dia minum tu?? fikir

Biasanya adegan macam ini kat mana berlaku?
Ok sekarang...apa respon korang? Sebarang respon yang terlintas dalam kepala tu...

Sumber : http://ibnuismaini.blogspot.com/2009/05/eh-eh-mereka-minum-apa-tu.html
READ MORE--->

.:::. Mehnah-Mu Penghapus Dosaku .:::.: June 2011
Post

Gambar Bayi Yang Dibuang Dari Tingkat 5


Gambar bayi dicampak dari tingkat lima sebuah pangsapuri di Sentul Utara, MasyaAllah...apa nak jadi manusia zaman sekarang, sanggup mencampak bayi yang masih bernyawa tanpa perikemanusiaan.

Rasa tersentuh hati ini, melihat gambar bayi ini, dengan kepala berkecai dipercayai akibat dicampak dari tingkat lima...sungguh kejam pelaku ini…binatang pun pandai melindungi anak sendiri...inikan manusia, yang mempunya hati dan perasaan sanggup bertindak kejam…:( 

Gambar ini, saya ambil kat facebook ade seorang kawan share, dan tanpa berlengah-lengah lagi saya pun share untuk kawan2 lain, untuk di ambil sebagai pengajaran…

Bayi tidak berdosa…tolonglah lindungi mereka…jangan buang atau berbuat kejam seperti ini :(

READ MORE--->

.:::. Mehnah-Mu Penghapus Dosaku .:::.: June 2011
Post

Presiden Termiskin Di Dunia

  

Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad, ketika di wawancara oleh stesen Televisyen Fox (AS) tentang kehidupan peribadinya: 

"Ketika anda melihat cermin setiap pagi, apa yang anda katakan pada diri anda?" Jawabnya: "Saya melihat orang di cermin itu dan mengatakan padanya: "Ingat, kau tidak lebih dari seorang pelayan, hari di depanmu penuh dengan tanggungjawab yang berat, iaitu melayani bangsa Iran."

Berikut adalah gambaran Ahmadinejad, yang membuat orang terkagum dan terkesima :

1. Saat pertama kali menduduki pejabat Presiden beliau menyumbangkan seluruh karpet Istana Iran yang sangat tinggi nilainya itu kepada masjid-masjid di Teheran dan menggantikannya dengan karpet biasa yang mudah dibersihkan.

2. Beliau mendapati bahawa terdapat ruangan yang sangat besar untuk menerima dan menyambut tetamu VIP, lalu beliau mengeluarkan arahan untuk menutup ruang tersebut dan menyuruh pegawai istana untuk menggantikannya dengan ruang yang biasa dengan 2 kursi kayu. Walaupun  nampak sederhana tetapi terlihat menakjubkan. 

 

3. Di banyak kesempatan, beliau dikenali sebagai seorang yang suka berjenaka dengan petugas kebersihan di sekitar rumah dan pejabat presidennya.

4. Di bawah kepimpinannya, ketika beliau meminta menteri-menterinya untuk datang kepadanya dan menteri-menteri tersebut akan menerima sebuah dokumen yang ditandatangani yang mempunyai arahan-arahan darinya, arahan tersebut terutama sekali menekankan para menteri-menterinya untuk hidup secara sederhana dan disebutkan bahawa segala rekod peribadi mahupun ahli keluarga terdekat mereka akan diawasi, sehingga pada saat menteri-menteri tersebut keluar dari pejabatnya, mereka keluar dengan kepala menegak.

5. Langkah pertama beliau ketika itu ialah mengumumkan kekayaan dan harta benda beliau yang terdiri dari Peugeot 504 tahun 1977, sebuah rumah sederhana warisan ayahnya 40 tahun yang lalu di sebuah daerah di Teheran. Rekod banknya mempunyai baki paling minimum, dan satu-satunya wang yang masuk adalah gaji bulanannya.

6. Gajinya sebagai pensyarah di sebuah universiti hanya senilai US$ 250 (RM 750).

7. Ahmadinejad masih tinggal di rumah warisan ayahnya. Hanya itulah yang dimiliki oleh seorang presiden dari negara yang penting, baik secara strategik, ekonomi, politik, pertahanan dan pengeluaran minyak. Bahkan beliau juga dikatakan tidak mengambil gajinya, alasan beliau adalah semua kesejahteraan adalah milik negara dan beliau bertugas untuk menjaganya.

8. Satu perkara yang membuatkan para staf di pejabat presiden kagum adalah beg yang selalu dibawa oleh beliau setiap hari selalu berisikan sarapan; roti atau roti keju yang disiapkan oleh isterinya dan beliau juga menghentikan kebiasaan menyediakan makanan yang dikhususkan untuk presiden.
 

9. Hal lain yang beliau ubah ialah Penggunaan Jet Terbang Presiden, beliau mengubahnya menjadi pesawat kargo sehingga dapat menjimatkan duit cukai yang dibayar rakyat dan untuk dirinya, beliau hanya meminta untuk terbang dengan pesawat terbang biasa dengan kelas ekonomi.

10. Beliau kerap mengadakan pertemuan dengan menteri-menterinya untuk mendapatkan info tentang kegiatan dan aktiviti yang telah dilakukan, dan beliau memansuhkan protokol istana sehingga menteri-menterinya dapat masuk terus ke pejabatnya tanpa sebarang halangan. Beliau juga menghentikan kebiasaan upacara-upacara seperti karpet merah, sesi foto, atau penerbitan peribadi, atau hal-hal seperti itu ketika berkunjung di berbagai tempat di negaranya.

11. Sekiranya perlu menginap di hotel, beliau meminta diberikan bilik tanpa tempat tidur yang tidak terlalu besar kerana beliau tidak suka tidur di atas katil, tetapi lebih suka tidur di lantai beralaskan karpet dan selimut.

Apakah perilaku tersebut merendahkan kedudukan presiden? Presiden Iran tidur di ruang tamu rumahnya sesudah lepas dari pengawal-pengawalnya yang selalu mengikut kemanapun beliau pergi. Menurut akhbar Wifaq, gambar-gambar yang diambil oleh adiknya tersebut, kemudian dipaparkan oleh media masa di seluruh dunia, termasuk Amerika.

 

12. Sepanjang solat berjemaah, anda dapat melihat bahawa beliau tidak duduk di saf paling depan.

 

13. Ketika suara azan berkumandang, beliau akan terus mengerjakan solat di manapun beliau berada meskipun hanya beralaskan karpet biasa.


 

14. Majlis perkahwinan anak lelaki beliau hanya berlangsung dalam keadaan yang amat sederhana, bahkan majlis itu tidak ubah seperti perkahwinan kaum Buruh sahaja. Berikut adalah gambar-gambar majlis perkahwinan seorang anak presiden.


Tetamu hanya dihidangkan buah-buahan dan minuman

    

Kagum dan respect betul dengan Ahmadinejad ini, alangkah bagusnya jika pemimpin-pemimpin Malaysia juga mempunyai personaliti seperti beliau. 

READ MORE--->

.:::. Mehnah-Mu Penghapus Dosaku .:::.: June 2011
Related Posts with Thumbnails
Selamat Datang ke aljanggut.blogspot.com Dijemput kepada sahabat-sahabat untuk menghantar sebarang artikel ilmiah iaitu di aljanggut@yahoo.com, artikel tersebut akan dinilai sebelum dipaparkan di sini -Semoga dapat mengambil istifadah dan manfaat dari laman ini-

About Me

My photo
Selangor, Kelantan, Laut Merah, Germany
|.::Kuliyyah of Theology, Major In Belief & Philosophy::.|.::Kuliyyah of Arabic, International Islamic University Malaysia::.|

Chat Here

Visitors

Hye, anda tidak keseorangan di blog ini kerana sekarang Orang Sedang Menemani Anda!

Categories

About This Blog

Disclaimer

Please note that NONE of the files listed on this blog are stored on the site. We only serve to index contents available from other sites as a convenient and easy way for our visitors to find files that have been shared by their respective copyright owners.

As such, we DO NOT claim ownership rights of any documents and/or materials accessible or made available on this site, nor assume any responsibility for the contents on any externally-linked site or for any links on any externally-linked site. Use of this site is therefore solely at your own discretion.

If you believe that your copyrighted material may have been unintentionally infringed, please write to us directly for immediate removal.

::. aljanggut .::

Money Exchange