Assalamualaikum | Welcome to My Blog | Sila Masukkan Address Blog Anda Dibawah Ini | Terima Kasih

Archives

Post

Jagalah 7 Daripada Sunnah-sunnah Rasulullah S.A.W


Jagalah 7 Daripada Sunnah-sunnah Rasulullah S.A.W


1- Tahajjud Setiap Malam
2- Baca Al-Quran Sebelum Terbit Matahari
3- Jangan Tinggalkan Masjid
4- Solat Dhuha
5- Sedekah Setiap Hari
6- Sentiasa Dalam Keadaan Berwudhuk
7- Istighfar Selalu
READ MORE--->

.:::. Mehnah-Mu Penghapus Dosaku .:::.: December 2009
Post

Rindu



Ada apa dengan rinduku padamu?

Rindu yang sentiasa mengulit hidupku
Menghantui segenap urat biru
Yang membuatkan aku resah
Gelisah


Sesungguhnya
Hatiku masih berdarah lagi
Yang mengalir membasahi
Sekujur rindu yang terbaring
Terlentang



Rindu ini tidak pernah dapat bangkit
Yang terus terbenam
Disudut kamar hati ini
Yang terus dibiar membisu
Membeku


Mencari erti rindu itu
Sesekali aku benci pada rindu

Kalau ia sekadar memalitkan kesakitan
Kepedihan


Kalaulah
Rindu itu adalah tulisan
Pasti telah lama kupadamkan


Kalaulah
Rindu itu permata
Telah lama ia kuhancurkan


Kalaulah
Rindu itu hanya perkataan
Ia tidak akan lagi diucapkan


Kalaulah
Rindu itu hanya tarian
Ianya tidak lagi menghiburkan

Tapi apa maksud rindu????
Tanpa kelibat tanpa bayangan
Ia terlalu misteri
 

Kerana itu
Adakalanya ia indah
Membuat kita tersenyum di jendela
Bersama sekuntum kenangan yang berbunga

Rindu pasti selamanya akan ada

Rindu
Ada Apa Dengannya…
Rindu pada wajah mu…
Rindu pada lirik matamu…
Rindu pada senyuman manis mu…
Rindu pada hilai tawamu…
Rindu pada gurauan mu…
Rindu pada amarah mu…
Rindu pada keletah mu…
Rindu pada belaian mu…

Segalanya aku RINDU….
RINDU itu SEPI….. 

        
RINDU itu api yang membakar DIRI !!!!
READ MORE--->

.:::. Mehnah-Mu Penghapus Dosaku .:::.: December 2009
Post

Ketika Cinta Bertasbih


Semalam saya sempat menonton filem terbaru "Ketika Cinta Bertasbih". Filem yang menarik. Kalau sebelum ini, karya Habiburrahman "Ayat-Ayat Cinta" pernah difilemkan, namun bagi saya "Ketika Cinta Bertasbih" lebih menarik dan lebih Islamik.

Melalaui filem ini:

1) Saya pasti akan terkenangkan denai-denai al-Azhar, tempat kami menuntut ilmu.

 
2) Para penonton akan dihidangkan dengan cinta menurut kaca mata Islam yang begitu suci dan jauh daripada hawa nafsu.

 
3) Para penonton akan mengenali sikap pasrah dan redha terhadap ketentuan Allah.

 
4) Para penonton akan menyedari betapa besarnya nilai ilmu tasawwuf dalam membentuk individu yang taat menjunjung arahan Allah dan RasulNya.

 
5) Anda juga pastinya akan tersentuh dengan sikap cekal hero dalam filem ini dalam menuntut ilmu dan menyara keluarganya yang miskin di Indonesia.

 
6) Anda juga akan melihat betapa halusnya nilai dakwah yang ingin disampaikan oleh hero kepada anak gadis Pak Duta.


Saya bangga dengan adanya filem seperti ini yang diketengahkan kepada masyarakat yang selalu tenggelam dalam buaian nafsu hanya semata-mata kerana sebuah cinta.

Walau bagaimanapun, filem-filem bercirikan Islam ini perlu lebih menuruti Syariat Islam khususnya dari sudut aurat wanita. Saya bukan seorang pembikin filem. Namun pendedahan aurat yang berlaku dalam filem ini tetap mencalarkan sedikit nilai Islam menelusuri filem ini.

Apapun, saya berpandangan bahawa nilai-nilai yang baik dalam filem ini lebih banyak dan bererti berbanding dengan kecacatan yang saya nyatakan sebentar tadi. Tahniah buat pembikin filem "Ketika Cinta Bertasbih".

Dalam perjalanan pulang pagi ini dari Masjid al-Azhar seusai kami menggamit bicara ilmu dari mulut guru kami yang ikhlas mendidik kami (Syeikh Sayyid Syaltut), saya berborak dengan Ustaz Nazrul. Isunya adalah filem. Mengapa kita tidak mendendangkan kepada para penonton filem-filem Islam yang baik seperti "Ketika Cinta Bertasbih"? Kenapa tidak dibuat satu filem yang mendedahkan kepada masyarakat umum betapa adil dan bertakwanya Sultan Alauddin Riayat Syah dalam kesultanan Melaka satu ketika dahulu sebagaimana watak Sultan Jalaluddin Muhammad Akbar (Sultan terhebat dalam kerajaan Islam Moghul di India) dipaparkan dalam filem Joda Akbar?

Dalam senyum-senyum, saya terfikir, adakah saya selepas ini akan membikin filem bertajuk contohnya "Bila al-Azhar Bertasbih" atau "Bila PMRAM Menangis" atau "Sultan Bertakwa Alauddin Riayat Syah" atau ... atau ... atau...

Sumber : http://hairulnizammathusain.blogspot.com/2009/11/ketika-cinta-bertasbih.html
READ MORE--->

.:::. Mehnah-Mu Penghapus Dosaku .:::.: December 2009
Post

Ustazah ROCK

sekadar gambar hiasan

Dia seorang yang cuba mengawal diri setelah terdedah dengan dunia luar...
Banyak gaya kehidupan bebas di sekeliling dia...

Beda dengan hidup dia sewaktu belajar,
sahabat-sahabat yang sentiasa menjaga batasan dalam pergaulan..

Kini..
ditempat kerja, pergaulan yang dilihat agak bebas, dan dia masih menjaga dirinya..

Selamat rasa dia jika bergaul dengan lelaki yang tahu batas2 pergaulan,
Gundah rasa dia jika bergaul dengan lelaki yang kelakuan bebas..
Kenapa tidak dielak?
Kerana mereka bekerja di bawah bumbung yang sama...

Sentiasa dia ingat,
"Tegaskan suaramu apabila berbicara dengan bukan muhrim,
Tegaskan langkah dan caramu bila berhadapan dengan mereka"

Mungkin kerana pendirian itu,
Dia dianggap "ganas" - "sombong" - "tak makan saman"
Namun dia tak pernah kecewa dengan title itu kerana bagi dia itu adalah title yang menjaga dirinya dari jatuh ke dalam kemanisan pergaulan bukan mahram..

Ada ketikanya,
rakan sekerja(lelaki) suka bergurau dengan cara bertepuk tampar,
namun dia pandai menjauhkan diri dari rapat dengan lelaki tersebut,
berborak, bergurau, dalam jarak yang memang dia sudah tetapkan jika berhadapan lelaki,
"1 meter away from me please....."
namun...
suatu hari,
si lelaki menepuk bahu dia dan juga lengan dia,
terasa jatuh jantung dia,
~tak pernah lelaki perlakukan dia sebegitu kecuali keluarga dia~

"boleh tak laen kali jangan betepuk tampar macam tu"
"lek arr, bukan kene kulit ko pun, air smayang pun tak batal"
"hmmm.... kalo babi hutan pakai baju menggesel gesel kat ko, ko nak ke?"
"ko sama kan diri ko ngan babi?"
"aku sama kan haram nya aku kat ko sama ngan haram nya babi kat ko"
"perrghhhh.... ustazah betol la ko ni"
"ustazah kepala ko! ni lah dia habitat yang tak tahu nak beza mana lagi haram"

dia tahu teguran dia kasar,tapi dia juga tahu teguran yang kasar itu tepat pada orang yang kasar..
dia tidak mahu jadikan pegaulan sebebas itu sebati dengan hidup dia,
kerana itu dia harus menjadi kasar di depan habitat yang tahu tapi wat2 tak tahu apa itu haram, apa itu halal, apa itu boleh, apa itu tak boleh.

Jadi dia persetankan aja jika dipanggil "ustazah rock".

Sumber : bintunowawi
READ MORE--->

.:::. Mehnah-Mu Penghapus Dosaku .:::.: December 2009
Post

Selamat Pengantin Baru Os

Diam-diam seorang lagi sahabat saya mendirikan rumah tangga. Saya bila lagi? Insyaallah doakan dipermudahkan jodoh saya. amin... Tahniah buat Firdaus a.k.a Os & isteri. Moga berkekalan hingga ke syurga hendaknya.amin...

Klik gambar untuk paparan yang lebih jelas
pengantin diarak ke dewan
bersama barang hantaran
dua hati jadi satu
cincin di sarung tanda menjadi isteri yang sah

BIODATA PENGANTIN

- Mohd Firdaus bin Salleh hudin
- Pelajar Usuluddin [Tafsir] dalam rangka menyambung pengajian di peringkay Master Al-azhar
 

&

- Syarifah Aisyah binti Syed Abdul Halim
- Pelajar Perubatan [Ain syams] Tahun 6

Tarikh akad : 12.12.09

kelahiran Selangor

Tahniah Os!!!

Semoga sentiasa diberkati dan dibawah lembayung kerahmatan ALLAH.

HIDUP TANPA CINTA MUSTAHIL
KERANA HAKIKAT HIDUP ITU MANUSIA MEMERLUKAN CINTA
DAN CINTA YG PALING HAKIKI ADALAH CINTA ALLAH
DAN CINTA SESAMA MANUSIA ITU ADALAH KERANA ALLAH
BUKANNYA KERANA NAFSU
TURUT NAFSU KEHIDUPAN BINASA



Sumber : http://adamhawa-adam.blogspot.com/
READ MORE--->

.:::. Mehnah-Mu Penghapus Dosaku .:::.: December 2009
Post

Top 5 Fastest Cars In The World 2009


You can tell the Koenigsegg CCX has a blistering top speed of 245mph just by looking at it. Scary. (394Km/hr)



The American-built Saleen S7 can hit 248mph. OK, this is getting ridiculous now... (399Km/hr)



The Porsche 9ff GT9 is one of three cars able to break the 250mph barrier. (402 Km/hr)



And you thought the 253mph Bugatti Veyron would be top of the list. Not any more. (403Km/hr)



The top spot now goes to Shelby Supercars and the 257mph SSC Ultimate Aero. (413.60Km/hr)
READ MORE--->

.:::. Mehnah-Mu Penghapus Dosaku .:::.: December 2009
Post

Facebook: Antara Pro dan Kontra


facebook_1
Ustaz, do you have any networking account?” tanya Saeb kepada saya.
You mean, like Friendster and Myspace?” saya meminta kepastian.
Yes. But in the States we don’t use Friendster. We’re more into Facebook,” jelas Saeb kepada saya.

Beliau adalah anak kepada pensyarah saya, seorang warga Amerika Syarikat.
Oh yeah. I have registered an account but completely forgot about it because there’s no one there,” saya memberitahu.

Great. Probably Malaysians are still hanging around Friendster. But anyway you’ll find us there. I’m trying to bring Dad into Facebook, too!” gurau beliau.

PENYERTAAN AWAL KE FACEBOOK
Saya mendaftarkan akaun Facebook pada awal 2007 tetapi hanya mengaktifkan penggunaannya semula kira-kira enam bulan selepas itu bagi menguruskan jaringan sosial antara kami, AJK IYEP dengan peserta yang datang dari seluruh dunia.

Ketika itu, amat kecil bilangan pengguna Malaysia yang berada di dalam jaringan Facebook. Namun, saya berasa selesa menggunakannya berbanding dengan Friendster kerana suasana di dalam Facebook lebih teratur, kemas dan ‘tidak kebudak-budakan’. Di kala itu, memang sudah menjadi buah mulut orang menganggap pembabitan anak muda di dalam Friendster di negara kita amat mengundang mudarat. Perkongsian gambar-gambar tidak senonoh hingga membabitkan beberapa artis ketika itu, menyebabkan saya langsung tidak terfikir untuk mempertimbangkan soal menyertai Friendster, biar pun untuk tujuan dakwah khususnya pada mendekati golongan remaja.

Berbeza dengan Facebook, rakan-rakan yang lebih ’sekepala’ dan ’seusia’ bertambah dari semasa ke semasa melalui Facebook dan ia sangat berkesan dalam usaha ‘menjejak kasih’ teman-teman lama dari seluruh dunia. Keadaan ini sedikit demi sedikit berubah apabila semakin ramai pengguna internet Malaysia menyertai Facebook.

Saya tidak pasti apakah yang patut ditunding kesalahan. Apakah kerana kelompok yang membanjiri Facebook kebelakangan ini adalah remaja bermentaliti kebudak-budakan, atau mereka bekas pengguna Friendster, atau mereka mewakili suatu ngomelan tentang budaya kurang sihat di Malaysia yang disebut sebagai ‘First Class Facility with the Third Class Mentality’. Facebook mula comot dengan pelbagai aplikasi seperti kuiz, permainan dan pelbagai fungsi yang menghilangkan hemah Facebook selama ini.

Keadaan menjadi lebih merunsingkan apabila kita memiliki 5000 orang ‘rakan’ di dalam senarai jaringan kita. Apabila beberapa ratus daripada 5000 itu menyebarkan sampah sarap, ia sudah cukup untuk merosakkan fungsi asal Facebook yang menjadi asas tujuan kita memilih jaringan sosial ini.

BOLEH MENJADI HARAM
Keasyikan pengguna-pengguna Facebook melayan kuiz dan permainan, di samping sembang bual yang pada masa ini jumlah warga jaringan Malaysia mencecah lebih 800,000 orang, boleh menghasilkan suatu ketagihan seperti apa yang pernah menimpa pengguna perkhidmatan chatting MiRC suatu ketika dahulu. Tambahan lagi, dengan kemudahan akses Facebook melalui telefon bimbit, tahap ketagihan itu bisa jadi melampau dan merosakkan.

Dalam keadaan seperti ini, keharusan menggunakan Facebook boleh bertukar menjadi HARAM ke atas individu yang menyalahgunakan Facebook hingga berlaku kelalaian di tahap yang ekstrim.
Firman Allah Subhanahu wa Ta’aala:
23_1-3“Telah nyatalah kejayaan para Mukmin. Iaitu mereka yang di dalam solat mereka, khusyu’ mendirikannya. Dan mereka itu terhadap perkara-perkara yang melalaikan, mereka menghindarkannya” [al-Mu'minun 23: 1-3]

Apa yang menjadi larangan bukanlah Facebook sebagai medium. Tetapi larangan itu terkena ke atas individu yang gagal mengawal dirinya hingga sesuatu yang asalnya begitu bermanfaat berubah menjadi mudarat akibat lemah daya mengawal dan membuat pilihan.

Dalam masa yang sama juga beberapa konsep akhlaq perlu diberikan penjelasan dalam konteks etika melayari internet serta menggunakan aplikasi yang kedapatan, termasuk email dan Facebook.

EMAIL
Saya tidak menyiarkan alamat email di tempat terbuka.
Antara tujuannya ialah untuk melindungi akaun email saya daripada kebanjiran email spam. Justeru untuk kemudahan perhubungan, saya sediakan borang email dan semua mesej yang dihantar di situ akan masuk terus ke akaun Gmail saya.

Akan tetapi, apabila mesej yang dikirim, saya balas dengan memberikan jawapan yang diminta, penerima email itu telah memasukkan email saya ke senarai email yang bakal menerima artikel-artikel yang beliau hantar dalam jumlah yang sangat mengganggu. Entah mengapa, ada sesetengah kita memiliki tabiat mengajukan rantaian-rantaian artikel melalui email dalam bentuk yang tidak terkawal. Tentu sahaja mengambil satu artikel lalu dikongsikan bersama rakan-rakan lain agar tersebar manfaat, adalah suatu perbuatan yang terpuji. Tetapi tatkala menerima satu email, dan kemudian terus menekan butang REPLY atau REPLY TO ALL dengan email yang sudah lima lapis diperlakukan sedemikian rupa, ia menampakkan bahawa email itu dihantar lebih kepada tabiat suka mengajukan email (Email Forwarding) berbanding menghantarnya dalam keadaan sedar akan apakah tujuan ia dilakukan.

Ada yang menyebarkan secara BULK hingga 20 email sehari. Bagaimanakah anda menguruskan akaun email apabila seorang yang tidak anda kenali, menghantar 20 forwarded email sehari (sebahagiannya adalah artikel anda sendiri yang diajukan kembali kepada anda)? Kaedah mudahnya ialah tandakan sahaja email itu dan penghantarnya sebagai SPAM.

Tetapi atas dasar menghargai sesama Mukmin yang berutusan email dengan maksud kebaikan, saya menghantar email peribadi kepada si pelaku ini memohon jasa baiknya agar email saya dikeluarkan daripada senarai penerima forwarded article beliau.

Permintaan saya itu telah menyebabkan beliau melenting. Saya ditegur kerana ‘tidak menghargai kebaikan’, ’sudah terlalu baik hingga tidak perlu ditegur oleh artikel-artikel yang baik’ dan macam-macam lagi. Saya cuba untuk terangkan kepada beliau bahawa sebahagian daripada artikel yang beliau hantar kepada saya adalah artikel tulisan saya sendiri. Ini menunjukkan beliau tidak meneliti apa yang dihantar dan kepada siapa ia dihantar. Semuanya dilakukan sebagai tabiat bahawa selepas email dibaca, terus ditekan butang Forward untuk membina rantaian email yang menyemakkan.

Dek tindak balas beliau yang agresif, saya mengambil langkah drastik membuat tapisan (filter) bahawa semua email daripadanya, terus dipadam dan dimasukkan ke tong sampah (bin).
Sehingga kini ada lebih 20 filter yang berada di dalam email saya untuk menangkis kelakuan sebegini.

TAGGING DI DALAM FACEBOOK
Fungsi tagging di dalam Facebook mempunyai manfaat yang banyak. Disebabkan oleh adanya fungsi ini, saya sudah kurang menggunakan kamera sendiri untuk mengambil foto program yang saya hadiri atau kendali. Lazimnya jurukamera atau peserta yang bergambar akan memuatnaikkan fotonya dan tatkala saya ditanda dengan tagging, maka foto itu secara otomatik masuk ke koleksi foto saya.

Namun, terdapat sejumlah pengguna Facebook yang menggunakan fungsi tagging ini sebahagian daripada apa yang dilakukannya di dalam kuiz dan permainan. Mungkin hal ini lebih menjadi masalah apabila ia berlaku kepada pengguna Facebook yang memiliki 5000 orang ‘rakan’ di dalam senarai jaringannya.

Kemunculan aplikasi seperti PICKUPFRIENDS telah mengundang lambakan ratusan tagging berserta mesej balasan yang mengganggu ketenteraman penerimanya.

Tabiat-tabiat seperti ini tidak seharusnya berlaku. Ia menggambarkan betapa kita tidak menghargai ruang persahabatan yang wujud lantas mengisinya dengan benda-benda yang disangka lucu tetapi hakikatnya menyakiti orang lain. Cukuplah pesanan Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam:

hadith-salimalmuslimun

“Daripada Abdullah bin ‘Umar radhiyallaahu ‘anhuma beliau berkata, Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda, “Seorang Muslim itu ialah seorang yang kaum Muslimin lain terselamat daripada (kejahatan) lisan dan tangannya. Seorang muhajir pula ada orang yang berhijrah meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah kepadanya” [muttafaq 'alayh]

FACEBOOK DAN YAHUDI
Dalam sentimen kemarahan kita terhadap apa yang menimpa umat Islam di bumi Palestin, kemahuan untuk melakukan sesuatu yang berbalut emosi sering membuatkan kita keterlaluan dalam tindakan. Suatu ketika, kempen boikot berlangsung secara aktif. Senarai panjang barangan dan perkhidmatan disebarkan untuk diboikot. Masyarakat terbahagi kepada beberapa kelompok dalam hal ini. Ada yang menolak sepenuhnya tindakan boikot, ada yang bertindak memboikot sepenuhnya apa sahaja yang berkaitan dengan Yahudi dan Amerika Syarikat, dan di celah kedua-dua aliran itu, ada yang bertindak memboikot secara selektif.

Tindakan memboikot secara selektif ini didorong oleh kesedaran bahawa mengharamkan secara mutlak urusniaga yang membabitkan Yahudi atau Nasrani semata-mata kerana dia itu Yahudi atau Nasrani, adalah suatu tindakan yang tidak menepati kehendak Syara’.

markzuckerberg

Di dalam Majalah al-Islam keluaran September 2009, terdapat sebuah artikel yang tajuknya amat serius berbunyi, “ZUCKERBERG GUNA FACEBOOK UNTUK BUNUH PENDUDUK PALESTIN”.

Apa yang tidak wajar berlaku ialah, makalah tersebut hanya mendedahkan aktiviti biasa pengasas Facebook, Mark Zuckerberg, sebagai seorang Yahudi yang ‘multazim’ (mempraktikkan agama Yahudi dalam kehidupan seharian). Tetapi justifikasi terhadap kebenaran dakwaan bahawa Zuckerberg menggunakan Facebook untuk membunuh penduduk Palestin, hanya ditulis dalam sebuah perenggan ringkas berbunyi:
“… Pun begitu sebelum pengharaman oleh dua buah negara tersebut dibuat, wujud desas-desus yang mengaitkan penglibatan laman web tersebut dalam membiayai peperangan di Gaza”
Itu sahaja kenyataan yang wujud di sepanjang artikel berkenaan dalam mengaitkan Facebook dengan jenayah perang di Palestin. Ada pun isi kandungan lain, kesemuanya menceritakan tentang betapa Yahudinya seorang anak muda bernama Mark Zuckerberg, sesuatu yang tidak pernah diputuskan oleh Islam sebagai sebab untuk produk atau perkhidmatannya diharamkan.

ASAL KEHARUSAN MUAMALAH BERSAMA YAHUDI
Terdapat begitu banyak keterangan daripada Sunnah bahawa berurusniaga dengan kaum Musyrikin dan Yahudi itu adalah harus. Misalnya di dalam sepotong hadith:

“Sesungguhnya Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam membeli makanan daripada seorang Yahudi dengan pembayaran secara bertangguh dan mencagarkan baju besi baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam.” [Hadith riwayat al-Bukhari nombor 2326, 2/841]

Al-Imam al-Bukhari juga memberikan tajuk kepada salah satu bab di dalam Sahih beliau, yang mendatangkan hadith di atas sebagai, “BAB BERJUAL BELI DENGAN KAUM MUSYRIK DAN YAHUDI”.

Dalam mengulas hal ini, al-Imam al-Nawawi membuat kesimpulannya di dalam syarahan beliau kepada Sahih Muslim dengan berkata:
“Telah ijma’ seluruh umat Islam pada keharusan urusan dengan Ahli Zimmah dan lain-lain orang Kafir selagi mana urus niaga itu tidak jatuh di dalam perkara yang haram. Akan tetapi umat Islam tidak boleh ( haram) menjual senjata kepada musuh Islam yang sedang memerangi Islam, dan tidak boleh juga membantu mereka dalam menegakkan agama mereka” [Sharah Sahih Muslim oleh al-Nawawi, 11/40]
Keharusan ini hanya berubah dengan adanya dalil lain yang mengubah keharusan itu, atau berlakunya sesuatu yang mengubah konteks hadith ini. Di dalam kes Facebook, adalah sangat penting untuk didatangkan bukti bahawa Mack Zuckerberg membiayai regim Zionis di Palestin, dan artikel di Majalah al-Islam September 2009 itu gagal mendatangkannya.

Di hujung artikel tersebut, satu lagi dakwaan dibuat pada menyatakan bahawa, “dengan klik sahaja pada Facebook kita juga turut sama menjadi pembunuh orang Palestin di Gaza

Namun sama juga seperti sebelumnya, tiada sebarang bukti diketengahkan pada menunjukkan bagaimanakah penjanaan keuntungan Facebook disalurkan kepada regim Zionis yang menjajah bumi Palestin”.

Kita tidak mahu wujudnya satu budaya paranoid umat Islam yang melatah dengan mudah tatkala didatangi oleh kenyataan-kenyataan seperti ini. Orang Islam sangat cepat dimanipulasi sebagai agen merosakkan produk dan perkhidmatan melalui penyebaran email yang mendakwa ada benda tidak halal, ada campuran beracun dan lain-lain yang mana sebahagaiannya adalah palsu. Ia hanya membuktikan bahawa orang Islam banyak kerisauan tetapi tidak banyak berusaha untuk menyelidik bagi menghilangkan kerisauan tersebut.

Islam tidak pernah mengharamkan Muslim membeli atau menggunakan apa-apa produk dan perkhidmatan daripada non Muslim termasuk Yahudi. Mengharamkan pembelian atau penggunaan sesuatu produk atau perkhidmatan hanya dengan alasan ia milik Yahudi, boleh mengheret kita terjebak kepada perbuatan MENGHARAMKAN APA YANG HALAL, yang mana perbuatan itu sama buruknya dengan MENGHALALKAN APA YANG HARAM.

Malah perbuatan anti Yahudi secara semberono begitu adalah bersifat perkauman yang dibenci oleh Islam.

Facebook terbuka sebagai satu ruang untuk dimanfaatkan sebagai medium perhubungan dan penyebaran maklumat. Ia boleh berfungsi sebagai alat dakwah serta penyebaran maklumat, sebagaimana ia juga boleh berfungsi sebagai alat pemasaran. Seandainya di Facebook ada kempen yang memburuk-burukkan Islam, maka gunakanlah ruang yang ada untuk kempen memburuk-burukkan Islam itu ditukar kepada suatu bentuk promosi yang menimbulkan rasa ingin tahu manusia kepada Islam, seperti yang banyak berlaku pasca 11 September 2001.

Namun, jika umat Islam menghabiskan masa di Facebook dengan aplikasi yang melalaikan tanpa sebarang tujuan, penggunaan Facebook boleh menjadi haram ke atas golongan seperti ini, sama seperti pembabitannya dalam aktiviti kosong yang lain.

PANDUAN MENGATASI KETAGIHAN
Sedikit nasihat buat mereka yang mengalami ketagihan Facebook, buangkan segala aplikasi third party seperti kuiz, permainan dan yang seumpama dengannya. Gunakan Facebook sebagai alat komunikasi bersama rakan-rakan, isikan ia dengan perbincangan, perbualan yang merapatkan ukhuwwah dan menambah pengetahuan secara berhemah.

Andaikata langkah mudah ini pun gagal mengurangkan tahap ketagihan berkenaan, tamatkan akaun Facebook dan carilah kehidupan yang lebih bermakna di luar sana.
Tepuk dada, tanyalah Iman!

READ MORE--->

.:::. Mehnah-Mu Penghapus Dosaku .:::.: December 2009
Related Posts with Thumbnails
Selamat Datang ke aljanggut.blogspot.com Dijemput kepada sahabat-sahabat untuk menghantar sebarang artikel ilmiah iaitu di aljanggut@yahoo.com, artikel tersebut akan dinilai sebelum dipaparkan di sini -Semoga dapat mengambil istifadah dan manfaat dari laman ini-

About Me

My photo
Selangor, Kelantan, Laut Merah, Germany
|.::Kuliyyah of Theology, Major In Belief & Philosophy::.|.::Kuliyyah of Arabic, International Islamic University Malaysia::.|

Chat Here

Visitors

Hye, anda tidak keseorangan di blog ini kerana sekarang Orang Sedang Menemani Anda!

Categories

About This Blog

Disclaimer

Please note that NONE of the files listed on this blog are stored on the site. We only serve to index contents available from other sites as a convenient and easy way for our visitors to find files that have been shared by their respective copyright owners.

As such, we DO NOT claim ownership rights of any documents and/or materials accessible or made available on this site, nor assume any responsibility for the contents on any externally-linked site or for any links on any externally-linked site. Use of this site is therefore solely at your own discretion.

If you believe that your copyrighted material may have been unintentionally infringed, please write to us directly for immediate removal.

::. aljanggut .::

Money Exchange