Assalamualaikum | Welcome to My Blog | Sila Masukkan Address Blog Anda Dibawah Ini | Terima Kasih

Archives

Post

Kopi Boleh Mengecilkan Payudara Wanita


LONDON: Pengambilan hanya tiga cawan kopi sehari dikatakan mampu mengecutkan buah dada wanita kerana kafein yang terlalu banyak boleh menjejaskan hormon dalam badan dan menggugat saiznya.

Kajian terbaru yang dijalankan sekumpulan penyelidik menunjukkan lebih banyak kopi yang diminum, lebih kecil saiz buah dada mereka. Hampir 300 wanita yang mengambil bahagian dalam kajian itu dan mereka ditanya purata jumlah pengambilan kopi sehari dan saiz payu dara mereka diukur.


Keputusan kajian itu yang disiarkan Jurnal Kanser Britain mendapati bahawa dengan hanya meminum sekurang-kurangnya tiga cawan kopi atau lebih sehari sudah cukup untuk mengecilkan saiz buah dada mereka.

Kesannya meningkat bagi setiap cawan kopi yang diminum.

Hampir separuh daripada wanita dalam kajian itu menunjukkan perubahan gen yang dikaitkan dengan pengambilan kopi dan saiz payu dara mereka.

“Meminum kopi boleh memberi kesan besar terhadap saiz buah dada,” kata Helena Jernstrom dari Universiti Lund, Sweden, yang mengetuai kajian berkenaan.

“Wanita yang minum kopi tidak perlu bimbang buah dada mereka akan mengecut dengan cepat dalam masa semalaman. Ia akan menjadi lebih kecil tetapi tidak terus menghilang,” katanya.

“Bagaimanapun, mereka yang berpendapat boleh meneka wanita mana peminum kopi hanya melalui ukuran baju dalam mereka akan silap.
“Masalahnya, ada dua ukuran bagi sehelai baju dalam iaitu saiz mangkuk dan ukur lilit jadi tidak mudah untuk anda meneka.”

Wanita yang minum lebih tiga cawan kopi sehari mempunyai purata 17 peratus saiz buah dada lebih kecil berbanding mereka yang minum kurang tiga cawan sehari.


Wanita yang mempunyai saiz buah dada lebih besar paling berisiko tinggi, kata saintis berkenaan.Bagaimanapun, kajian itu tidak dapat merumuskan sama ada meminum jumlah kafein yang banyak setiap hari juga boleh menjejaskan kepadatan buah dada. 
READ MORE--->

.:::. Mehnah-Mu Penghapus Dosaku .:::.: February 2010
Post

Selamat Hari Lahir KE 25 Buatku

Hari ini 18.02.2010 genaplah umur yg ke 25. sudah suku abad DIA beri aku peluang untuk hidup. Kahwin? Belum sampai jodohku lagi. Ucapan terima kasih tak terhingga kepada UMMI tersayang kerana melahirkan aku & ABAH tercinta kerana memberikan aku pelajaran yang sempurna. Sayang UMMI & ABAH!!! Aku berdoa padaNya agar memanjangkan umurku dan memberkati hidupku agar aku menjadi hamba yg soleh kepadaNya dan anak yang soleh kepada kedua ibubapa ku...amin...ya Rabbal 'Alamin...
READ MORE--->

.:::. Mehnah-Mu Penghapus Dosaku .:::.: February 2010
Post

Gempar: Satu Penghinaan Terhadap Umat Islam, Video Perlekehkan Azan Serta Solat Dalam Gereja Oleh Pelajar S.M St.Augustine Betong




Ramai yang terkejut dengan isu penghinaan agama Islam yang berlaku di negara kita baru-baru ini. Isu khalimah Allah, hinggalah ke isu kepala babi yang diletakkan dalam kawasan masjid. Semua ini kononnya bakal mengundang kemarahan dan perbalahan kaum di negara kita. Bermulalah tuduh menuduh antara satu sama lain. Ada pihak yang mengatakan perbuatan itu sengaja dilakukan dengan terancang oleh pihak kerajaan UMNO dan BN. Malah ada juga mengatakan, kerja itu memang dilakukan oleh "budak nakal" yang sengaja ingin menimbulkan kontorversi dan publisiti. Seolah-olah wujudnya perbalahan kaum di negara kita. Namun, hakikatnya rakyat Malaysia terus hidup utuh aman dapat tanpa sebarang kekacauan. Isu khalimah Allah dan kepala babi telah berjaya mengalih pandangan rakyat terhadap isu-isu utama di negara kita. Kini selepas kes liwat dijalankan, semua isu tersebut seakan hilang begitu sahaja. Biarpun ada tangkapan dan perbicaraan yang bakal diadakan, namun ternyata ia nampak semakin dingin. Malah "kes liwat" yang dikatakan membabitkan mantan TPM, Anwar Ibrahim dengan Saiful Bukhari Azlan dikatakan berjaya mengatasi banyak isu-isu panas di negara kita mutakhir ini, termasuk kes Menteri Besar Perak baru-baru ini.

Namun begitu, apa yang ingin kami dedahkan kali ini ialah satu isu yang harus dianggap sensitif terhadap seluruh umat Islam di negara kita. Rupanya, ada isu penghinaan terhadap agama Islam yang lebih berat dan perlu diberi perhatian telah berlaku penghujung tahun 2009 yang lalu. Namun, dek kerana ia agak terpencil maka isu tersebut tidak diberi perhatian secara meluas oleh pihak media arus perdana. Kami bukanlah mahu mencari jalan untuk mewujudkan perbalahan atau kekacauan sebenarnya. Namun, sebagai orang Melayu yang beragama Islam maka kami juga terpanggil untuk memaparkan adengan ini agar ia dapat diberi perhatian oleh pihak berkuasa terutamanya yang menjaga kepentingan agama di negara kita. Isunya berkaitan sebilangan pelajar dari Sek.Men St.Augustine, Betong Sarawak didapati telah secara jelas menghina dan menjatuhkan maruah agama Islam di negara kita. Bukti jelas dengan paparan video di bawah, mereka menghina laungan "azan dan solat" orang Islam. Malah, kejadian yang cukup menggemparkan ini berlaku dalam sebuah gereja di sana. Sama ada perkara ini disedari atau tidak, sama-samalah kita mengambil perhatian dan iktibar atas perkara ini. Natijahnya, rakyat Malaysia perlu diajar saling hormat menghormati antara satu sama lain. Jika inilah keadaannya, maka pihak berkuasa haruslah menjalankan siasatan yang rapi untuk menahan dan mendakwa pihak terbabit. Penghinaan itu amatlah memalukan dan menjatuhkan maruah Islam. Jika kerajaan boleh menagkap dan mendakwa Blogger Aduka Taruna kerana menghina Almarhum Sultan Johor, maka mengapa tidak kepada mereka yang terlibat dengan jelas adengan ini?.





Kami amat terkejut dengan adengan yang dilakukan ini. Mereka begitu gembira melakonkan babak-babak dalam solat sambil menghinanya. Memandangkan kejadian ini dirakam dan dilakukan oleh para pelajar Sek.Men St.Augustine Betong Sarawak, maka itu diharapkan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia yang dipimpin Oleh TPM Muhyiddin Yassin dapat mengambil tindakan tegas atas perkara ini. Masalah yang berlaku, rakaman tersebut disiarkan dilaman Youtube. Ini menunjukkan seolah-olah mereka sengaja mahu menyakitkan hati Umat Islam di negara ini. Maka itu marilah kita bangkit menyatakan bantahan atas perkara ini. Sesungguhnya penghinaan ini amatlah keterlaluan buat kita semua. Bahkan kami amat yakin paderi dan orang Kristian sendiri tidak merestui perkara ini berlaku. Kita harus hormat antara sesama agama di negara kita. Barulah rakyat akan hidup aman dan sejahtera selamanya.!!].

Sumber : http://pahangdaily.blogspot.com/2010/02/gempar-video-penghinaan-agama-islam.html
READ MORE--->

.:::. Mehnah-Mu Penghapus Dosaku .:::.: February 2010
Related Posts with Thumbnails
Selamat Datang ke aljanggut.blogspot.com Dijemput kepada sahabat-sahabat untuk menghantar sebarang artikel ilmiah iaitu di aljanggut@yahoo.com, artikel tersebut akan dinilai sebelum dipaparkan di sini -Semoga dapat mengambil istifadah dan manfaat dari laman ini-

About Me

My photo
Selangor, Kelantan, Laut Merah, Germany
|.::Kuliyyah of Theology, Major In Belief & Philosophy::.|.::Kuliyyah of Arabic, International Islamic University Malaysia::.|

Chat Here

Visitors

Hye, anda tidak keseorangan di blog ini kerana sekarang Orang Sedang Menemani Anda!

Categories

About This Blog

Disclaimer

Please note that NONE of the files listed on this blog are stored on the site. We only serve to index contents available from other sites as a convenient and easy way for our visitors to find files that have been shared by their respective copyright owners.

As such, we DO NOT claim ownership rights of any documents and/or materials accessible or made available on this site, nor assume any responsibility for the contents on any externally-linked site or for any links on any externally-linked site. Use of this site is therefore solely at your own discretion.

If you believe that your copyrighted material may have been unintentionally infringed, please write to us directly for immediate removal.

::. aljanggut .::

Money Exchange