Assalamualaikum | Welcome to My Blog | Sila Masukkan Address Blog Anda Dibawah Ini | Terima Kasih

Archives

Post

Paderi Australia Akui Allah Hanya Untuk Orang Islam


KUALA LUMPUR: Seorang pemimpin Kristian dari Australia, Pastor Brutus Balan, menegaskan penggunaan kalimah Allah tanpa mengira dari mana asal bermulanya perkataan itu adalah jelas berkaitan aspek ketuhanan Islam.

Paderi Gereja Baptist itu berkata, adalah salah untuk membuat sebarang terjemahan daripada kitab Injil bagi penggunaan kalimah Allah kerana ia akan menyebabkan kekeliruan serta kekaburan membezakan antara ajaran Injil dan al-Quran.

Beliau yang dilahirkan di Kuala Lumpur dan berhijrah ke Australia pada 1972 dan menjadi paderi sejak 32 tahun di negara itu, berkata polemik penggunaan kalimah Allah tidak wajar dihujah mengikut ilmu semantik atau pengertian makna semata-mata.
“Kenapa tidak media Kristian, akhbar dan penterjemahan Injil menggunakan bahasa Hebrew bagi ‘Yahweh’ sebagai ‘Lord’ dan Elohim sebagai ‘God’ atau dalam bahasa Melayu atau Arab dan juga bahasa lain selain daripada kalimah Allah.

“Penggunaan kalimah Allah akan menyebabkan kekeliruan bagi penganut Islam Melayu dan Kristian sendiri dengan Tuhan mana satu yang dirujuk sebagai Allah kerana kedua-duanya merujuk aspek ketuhanan berbeza,” katanya yang dipetik dalam laman sosialnya, Facebook.

Dalam laman itu, Balan, 61 turut menjawab dan menjelaskan pelbagai persoalan ditimbulkan orang ramai terutama penganut Kristian dan Islam bagi mendapatkan penjelasan berhubung kontroversi penggunaan kalimah Allah.
Balan dalam perbincangan topik ‘Kristian Tidak Patut Menggunakan Kalimah Allah’ turut mengemukakan hujah, fakta dan pendapatnya secara panjang lebar yang turut dimuatkan dalam beberapa laman web dan blog tempatan seperti Rausyanfikir.com dan Tun Faisal.dot.com.

Kontroversi itu tercetus berikutan bantahan umat Islam berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh Herald-The Catholic Weekly pada 31 Disember lalu.

Balan dalam memperkukuhkan hujahnya turut bertanya, bolehkah penganut Kristian di kalangan bangsa India menggunakan perkataan ‘Brahma’ untuk God dalam kitab Injil apabila diterjemahkan dalam bahasa Tamil

“Jadi, biarlah penganut Islam menggunakan kalimah Allah bagi merujuk kepada sifat suci dan ketuhanan mereka dan orang Kristian tidak wajar melakukan provokasi terhadap sensitiviti penganut Islam atau terus mendesak.
“Penganut Kristian wajar mengenal pasti dan membezakan doktrin dan kepercayaan mereka serta tidak menggunakan istilah yang diambil daripada perkataan Arab untuk diterjemah dalam kitab Injil.

“Kita semua manusia yang mempunyai matlamat sama. Kita tidak menentukan keturunan kita, tetapi kita boleh memilih kepercayaan kita. Kita boleh membincangkannya secara bebas tanpa rasa bimbang atau terancam,” katanya.

“Sehubungan itu, kita tidak mempunyai pilihan tetapi untuk hidup dalam keadaan aman damai bersama jiran kita. Semua pihak perlu hidup dalam keadaan aman dan kasih sayang kerana keganasan dan tekanan tidak akan menguntungkan mana-mana pihak,” katanya.

READ MORE--->

.:::. Mehnah-Mu Penghapus Dosaku .:::.
Post

43 Fakta Menarik Rahsia Alam


1. Cuba tengok zip seluar anda, tertera huruf YKK..YKK bermakna Yoshida Kogyo Kabushibibaisha iaitu sebuah kilang membuat zip terbesar di dunia yang menghasilkan zip yang korang pakai sekarang ni..

2. Bunyi (kuek) yang dihasilkan oleh itik tidak bergema dan beralun [echo]. Sehingga kini kita tidak tahu mengapa.

3. Dengan sepotong coklat boleh membunuh anjing? Benar!! Coklat mampu merosakkan sistem pernafasan dan jantung anjing.Dengan ounces yang banyak mampu membunuh seekor anjing bersaiz kecil.

4. Kebanyakan lipstick yang kita pakai sekarang ni mengandungi sisik ikan yang telah diproses.

5. Pada tahun 1830, ketchup (sos tomato) digunakan sebagai ubatan dan bukannya perasa tambahan pada makanan.

6. Tiada satu pun jam di Las Vegas gambling casinos. Dengan ketiadaan jam akan melekakan penjudi penjudi dengan taruhan mereka..

7. Kerana ketangkasan Bruce Lee..pengarah terpaksa memperlahankan sedikit filem yang diambil kerana terlampau laju dan pergerakan aksinya tidak dapat ditangkap melalui lensa kamera. Sesuatu yang agak luar biasa dari orang lain.

9. Mosquito repellents atau penghalau nyamuk tidak membunuh.Sensor nyamuk hanya dikaburi dan ini menyebabkan nyamuk tidak dapat mengesan di mana mangsa berada.

10. Pakar dan doktor gigi mengesyorkan berus gigi hendaklah diletakkan sekurang kurangnya 6 kaki jauh dari tandas utk menghalang kuman berterbangan ketika anda menggunakan flush tandas.

11. Jika nombor 111,111,111 didarab 111,111,111 anda akan dpat jawapan 12345678987654321.

12. Warna biru adalah warna kesukaan 80 peratus rakyat Amerika.

13. Tanda (#) di keyboard komputer anda sebenarnya dinamakan 'octothorp'.

14. Adalah mustahil jika anda bersin tanpa memejamkan mata.

15. Seekor lipas boleh hidup selama 10 hari tanpa kepala.

16. Jika dikangkangkan kaki dan baring secara telentang, kita tidak akan tenggelam di dalam pasir jerlus.

17. Nama yang paling banyak umumnya di dunia ini ialah Muhammad.

18. Di Eropah, kebanyakan wanita Eropah tidak memakai seluar dalam sehingga ke tahun 1900 barulah seluar dalam diperkenalkan.

19. Produk pertama menggunakan bar code adalah Wrigley's gum.

20. Mexico City tenggelam sedikit demi sedikit sekitar 10 inci setiap tahun.

21. Mengikut statik dalam kehidupan, ayam adalah haiwan yang paling banyak di dunia mengalahkan manusia, kerana cara pembiakan yang berleluasa dan senang dibiakkan untuk makanan.

22. Otak akan lebih aktif ketika tidur dari ketika anda menonton tv.

23. Terdapat banyak telefon di Washington D.C mengatasi jumlah penduduk-penduduknya.

24. Untuk melepaskan dari gigitan buaya, anda perlu mencucuk matanya menggunakan jari sekuat hati. Buaya akan melepas anda serta merta.

25. Jika sebutir kecil kismis dijatuhkan di dalam segelas champagne segar, kismis tersebut akan turun ke dasar gelas dan naik semula dan turun kembali dan seterusnya seakan dilambung-lambung. .

26. Leonardo da Vinci juga mencipta gunting dan beliau menghabiskan 10 tahun untuk menyiapkan lukisan agungnya iaitu Monalisa [10 tahun untuk bahagian bibirnya sahaja]

27. Nama sebenar rama-rama (butterfly) ialah'flutterby' .

28. Dalam tempoh 10 minit, taufan membebaskan lebih banyak tenaga berbanding keseluruhan tenaga yang boleh dibebaskan dari senjata nuklear yang terdapat di bumi.

29. Secara purata, ramai manusia lebih takut labab-labah daripada takut mati.

30. Gajah adalah satu-satu mamalia yang tidak boleh melompat.

31. Satu dari dua billion manusia akan dapat hidup sehingga 116 tahun atau lebih.

32. Tidak mustahil bagi lembu menaiki tangga, tetapi ia tidak boleh menuruni tangga.

33. Wanita berkelip mata dua kali lebih banyak dari lelaki.

34. Secara fizikal semulajadi, adalah mustahil untuk anda menjilat siku sendiri.

35. Siput boleh tidur sehingga tiga tahun.

36. Rama-rama merasa makanannya dengan kaki.

37. Saiz mata manusia tetap sama sejak dilahirkan, tetapi tumbesaran hidung dan telinga tidak pernah berhenti sewaktu hidup.

38. Semua beruang kutub adalah kidal.

39. Mata burung unta adalah lebih besar dari saiz otaknya.

40. TYPEWRITER adalah perkataan terpanjang yang boleh dibina dari huruf-huruf yang terdapat dalam satu barisan yang sama pada papan kekunci [keyboard].

41. 90% dari pembaca yang membaca info ini kebanyakannya tidak tahu tentang fakta yang telah diberikan. Keajaiban fakta fakta sebegini dapat menarik minat pembaca untuk mengetahui dari atas kemusykilan minda kita sendiri.

42. Tahukah anda senarai ini tiada no 8.

43. Dan kebanyakan pembacanya membaca fakta ini semasa waktu office...Pelik bukan!

44. Anda pasti menyemak kembali senarai ini sekali lagi untuk mengesahkan tiada no 8. kan? kekekeke!!! OK dah pegi buat kerja!! kekeke...


READ MORE--->

.:::. Mehnah-Mu Penghapus Dosaku .:::.
Post

Doa Untuk Mudah Bersalin Atau Melahirkan

Referensi :
تحفة الحبيب على شرح الخطيب > كتاب الصيد والذبائح > فصل في العقيقة
Ijazah dari Syekh Syaubari yang dimuat di kitab Tuhfatul Habib dan Ianatuth Thalibin.

Perhatian: Mulailah dengan Al-Fatihah (berwasilah), Shalawat, Hamdalah, barulah berdoa:
ُ
ا ْ خرُجْ أَيُّهَا الْوَلَدُ مِنْ بَطْن ضَيَِّقةٍ إَلى سِعَةِ هَذِهِ الدُّْنيَا ، ُا ْ خرُجْ ِبُقدْرَةِ اللَّهِ َتعَاَلى الَّذِي جَعََلك فِي قَرَا ٍر
مَكِين إَلى َقدَرٍ مَعُْلو ٍم
21 ) َلوْ أَنزَْلَنا هَذا الُْقرْآنَ عََلى جَبَلٍ لَّرَأَيَْتهُ َ خاشِعًا مَُّتصَدِّعًا مِّنْ َ خشْيَةِ اللَّهِ وَتِلْكَ اْلأَمَْثالُ َنضْربُهَا لِلنَّا ِ س )
َلعَلَّهُمْ يََتَفكَّرُونَ
22 ) هُوَ اللَّهُ الَّذِي َلا إَِلهَ إِلَّا هُوَ عَالِمُ اْلغيْب وَالشَّهَادَةِ هُوَ الرَّحْمَنُ الرَّحِيمُ )
23 ) هُوَ اللَّهُ الَّذِي َلا إَِلهَ إِلَّا هُوَ الْمَلِكُ الُْقدُّوسُ السَّلَامُ الْمُؤْمِنُ الْمُهَيْمِنُ اْلعَزيزُ الْجَبَّارُ الْمَُتكبِّرُ سُبْحَا نَ )
اللَّهِ عَمَّا يُشْرِ ُ كونَ
24 ) هُوَ اللَّهُ الْخَالِق الْبَارِئُ الْمُصَوِّرُ لَهُ اْلأَسْمَاء اْلحُسَْنى يُسَبِّحُ لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَاْلأَرْ ِ ض وَهُوَ )
اْلعَزيزُ الْحَكِيمُ
82 ) وَُننَزِّلُ مِنَ اْلُقرْآ ن مَا هُوَ شَِفاء وَرَحْمَة لِّْلمُؤْمِنِينَ )

[Doa] Keluarlah hai bayi, dari perut yang sempit ke luasnya dunia ini. Keluarlah dg kekuasaan Allah SWT yang telah menciptakan engkau di dalam tempat yang kokoh (rahim) menuju ketentuan yang telah diketahui. (QS. 59 Al Hasyr) [21]
Kalau sekiranya Kami menurunkan Al Qur’an ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan kelihatnya tunduk terpecah belah disebabkan takut kepada Allah. Dan perumpamaan-perumpamaan itu. Kami buat untuk manusia supaya mereka berpikir.

[22] Dia-lah Allah Yang tiada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia, Yang Mengetahui yang gaib dan yang nyata, Dia-lah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

[23] Dia-lah Allah Yang tiada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia, Raja, Yang Maha Suci, Yang Maha Sejahtera, Yang Mengaruniakan keamanan, Yang Maha Memelihara, Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuasa, Yang Memiliki segala keagungan, Maha Suci, Allah dari apa yang mereka persekutukan.

[24] Dia-lah Allah Yang Menciptakan, Yang Mengadakan, Yang Membentuk Rupa, Yang Mempunyai Nama-Nama Yang Paling baik. Bertasbih kepada-Nya apa yang ada di langit dan di bumi. Dan Dia-lah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

(QS. 17 Al-Isra’) [82] Dan Kami turunkan dari Al Quran sesuatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman.

READ MORE--->

.:::. Mehnah-Mu Penghapus Dosaku .:::.
Related Posts with Thumbnails
Selamat Datang ke aljanggut.blogspot.com Dijemput kepada sahabat-sahabat untuk menghantar sebarang artikel ilmiah iaitu di aljanggut@yahoo.com, artikel tersebut akan dinilai sebelum dipaparkan di sini -Semoga dapat mengambil istifadah dan manfaat dari laman ini-

About Me

My photo
Selangor, Kelantan, Laut Merah, Germany
|.::Kuliyyah of Theology, Major In Belief & Philosophy::.|.::Kuliyyah of Arabic, International Islamic University Malaysia::.|

Chat Here

Visitors

Hye, anda tidak keseorangan di blog ini kerana sekarang Orang Sedang Menemani Anda!

Categories

About This Blog

Disclaimer

Please note that NONE of the files listed on this blog are stored on the site. We only serve to index contents available from other sites as a convenient and easy way for our visitors to find files that have been shared by their respective copyright owners.

As such, we DO NOT claim ownership rights of any documents and/or materials accessible or made available on this site, nor assume any responsibility for the contents on any externally-linked site or for any links on any externally-linked site. Use of this site is therefore solely at your own discretion.

If you believe that your copyrighted material may have been unintentionally infringed, please write to us directly for immediate removal.

::. aljanggut .::

Money Exchange