Assalamualaikum | Welcome to My Blog | Sila Masukkan Address Blog Anda Dibawah Ini | Terima Kasih

Archives

Post

Kalam Imam Syafie Yang Disalah gunakan


Imam Syafie ada menyatakan :
Apabila hadith itu sahih maka itulah mazhabku

Penjelasan :

Apa yang telah diucapkan oleh Imam Asy Syafie bahawa bila hadith itu sahih maka itulah mazhabnya. Ini bukan bererti bahawa kalau melihat suatu hadith sahih seseorang itu boleh menyatakan bahawa itu adalah mazhab syafie dan boleh diamalkan menurut zahirnya.

Apa yang tersebut di atas hanya ditujukan bagi orang yang sudah mencapai darjat ijtihad dalam mazhab Syafie sebagaimana telah kami terangkan sifat-sifatnya atau yang mendekati sifat tersebut.

Adapun syaratnya ialah ia harus mempunyai sangkaan yang kuat bahawa Imam Syafie rahimahuLLah belum pernah menemukan hadith tersebut atau tidak mengetahui kalau hadith itu sahih.

Untuk mengetahui hal ini, ia harus menelaah semua kitab Imam Asy Syafie dan kitab-kitab para ulama pengikutnya. Sudah tentu syarat ini sangat sulit dan jarang dapat dipenuhi. Adapun diisyaratkan demikian kerena Imam Syafie RahimahuLLah sendiri sering meninggalkan (tidak mengamalkan) hadith-hadith yang telah dilihat dan diketahuinya dan menurut pendapatnya bahawa hadith tersebut cacat dalam riwayatnya. atau maknanya sudah dinasakh, ditakhsis, ditakwil atau sebab lainnya.

Al Majmu' Syarah Al Muhazzab, Jilid I, hlm 64.

READ MORE--->

.:::. Mehnah-Mu Penghapus Dosaku .:::.
Post

Adakah Nabi Khidir A.S Masih Hidup?


Jumhur ulama Ahlus Sunnah wal Jama`ah memfatwakan bahawa Nabi Khidhir a.s. masih hidup dan hanya golongan minoriti sahaja yang mengatakan baginda telah wafat. Aku nukilkan di sini tulisan Imam an-Nawawi dalam "Syarah Muslim" juzuk ke - 15, mukasurat 135 - 136 pada Bab min Fadhail al-Khidhir s.a.w., beliau menyatakan:-

JUMHUR ULAMA berpendapat bahawasanya dia (yakni Sayyidina Khidhir) hayyun maujudun baina adzharina (hidup dan wujud di kalangan kita, yakni di masa kita ini) dan pendapat ini telah disepakati oleh para shufi dan ahlush sholah wal ma'rifah (orang-orang ahli kebajikan dan ma'rifah). Cerita-cerita mereka mengenai melihat dan bertemu dengan baginda dan mengambil pengajaran serta bersoal-jawab dengan baginda, dan kehadiran baginda di tempat-tempat yang mulia dan tempat-tempat kebajikan adalah terlalu banyak daripada boleh dihitung dan terlalu masyhur daripada boleh ditutup. 

Dan telah berkata asy-Syaikh Abu 'Umar bin ash-Sholah: "Dia (yakni Nabi Khidhir) hidup menurut jumhur ulama dan orang-orang sholeh dan orang awam adalah beserta mereka dalam pegangan ini". Dia juga berkata: "Bahawasanya adalah satu pandangan yang ganjil daripada sesetengah muhadditsin pada mengingkari hal ini (yakni sebahagian ahli hadits mengingkari bahawa Nabi Khidhir masih hidup). 

Jadi Imam an-Nawawi dengan jelas menyatakan bahawa JUMHUR ULAMA berpegang dengan pendapat bahawa Nabi Khidhir a.s. masih hidup dan belum mati lagi. Bagaimana rupa kehidupan baginda, Allah sahaja yang Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa. Hidup atau matinya baginda sekarang bukanlah perkara besar dan tidak harus dijadikan perbalahan sesama umat. Nak percaya baginda masih hidup, tidak ada masalah kerana itulah pendapat jumhur ulama dan yang nak percaya bahawa baginda telah wafat pun tidak menjadi masalah kerana sesetengah ulama dan ahli hadits berpendapat sedemikian seperti Imam al-Bukhari. 

Dan aku nak pesan kat sini agar sesiapa yang percaya jangan pulak mudah sangat men'claim' telah bertemu dengan Nabi Khidhir. Dalam bermu'amalah dengan manusia aku teringat kalam hikmah as-Sajjad Imam Ali Zainal 'Abidin di mana dia berpesan : "Anggaplah setiap orang yang engkau temui itu Nabi Khidhir". Sebenarnya hikmah kalam ini bertujuan untuk membaikkan budipekerti serta baik mu'amalah dan mujammalah sesama anak Adam. Allahu 'alam.

Sumber : Bahrusshofa
READ MORE--->

.:::. Mehnah-Mu Penghapus Dosaku .:::.
Post

Hukum Mengikut Jemaah/Majoriti Ulama, Umat Islam


Terdapat banyak hadith sahih yang hampir mencapai darjat mutawattir maknawi yang memerintahkan kaum Muslimin agar menetapi jemaah dan tidak keluar darinya. (Mengikut majoriti umat Islam, para Ulamak)

Hadith-hadith tersebut di antaranya:

1. Diriwayatkan oleh Imam Ibnu Majah dari Anas bin Malik radiyaLLahu 'anhu. Ia berkata, bahawa RasuluLlah sallaLLahu 'alaihi wasallam bersabda yang bererti :

"Sesungguhnya umatku akan berpecah belah menjadi tujuh puluh dua golongan, semuanya berada dalam neraka kecuali satu iaitu Jemaah"

Pengarang kitab az Zawa'id berkata: Sanad hadith tersebut adalah sahih dan para perawinya dapat dipercayai.

2. Hadith yang diriwayatkan oleh Imam At Tirmidzi dan Imam Ibnu Majah dengan sanad sahih dari Umar bin Khatab radiyaLLahu 'anhu dari RasuluLLah sallaLLahu 'alaihi wasallam, beliau bersabda yang bererti :

"Kamu sekalian harus menetapi jemaah dan jangan sekali-kali (memisahkan diri), kerana sesungguhnya syaitan selalu bersama seorang dan dia menjauhi dari dua orang. Dan barangsiapa menginginkan pelataran syurga, hendaklah menetapi jemaah.

Imam At Tirmidzi berkata, "Hadith ini hasan sahih dan gharib dari segi ini. Imam Ibnul Mubarak pun meriwayatkan hadith tersebut dari Muhammad bin Sauqah. Hadith ini diriwayatkan dari Umar al Khattab radiyaLLahu 'anhu dari RasuluLlah sallaLLahu 'alaihi wasallam melalui beberapa riwayat.

3. Sabda RasuluLlah yang bererti : "Umatku tidak akan bersepakat dalam perkara salah"
(Riwayat at Tirmidzi, Ibnu Majah, Abu Daud dan Daruqutni)

4. Nabi bersabda (yang bererti ) : "Apa sahaja yang menurut pandangan orang Muslimin itu baik, maka ia juga baik di sisi ALlah. Dan apa-apa menurut pendapat orang Muslimin itu buruk, maka ia adalah buruk di sisi ALlah". (Riwayat al Bukhari)

5. Hadith lain, RasuluLlah bersabda (yang bererti) : "Sesiapa yang mengasingkan atau memisahkan diri daripada Jemaah, ia mati seperti kematian orang jahiliyyah." (Riwayat Al Bukhari, Muslim, Ahmad dan an Nasa'ie)

Sumber rujukan :

1. Dr Said Ramadhan al Buthi, Allaa Madzhabiyyatu Akhtaru Bid'atin Tuhaddidu Asy Syariiata al Islamiyyah, Bebas Mazhab Adalah Suatu Bid'ah Paling Merbahaya Yang Dapat Menghancurkan Syariat Islam, 2002, Pustaka Setia, Bandung

2. Ustaz Abd Latif Muda, Ustazah Rosmawati Ali @ Mat Zin, Pengantar Usul Fiqh, Cetakan Pertama 1997, Pustaka Salam, Kuala Lumpur
READ MORE--->

.:::. Mehnah-Mu Penghapus Dosaku .:::.
Related Posts with Thumbnails
Selamat Datang ke aljanggut.blogspot.com Dijemput kepada sahabat-sahabat untuk menghantar sebarang artikel ilmiah iaitu di aljanggut@yahoo.com, artikel tersebut akan dinilai sebelum dipaparkan di sini -Semoga dapat mengambil istifadah dan manfaat dari laman ini-

About Me

My photo
Selangor, Kelantan, Laut Merah, Germany
|.::Kuliyyah of Theology, Major In Belief & Philosophy::.|.::Kuliyyah of Arabic, International Islamic University Malaysia::.|

Chat Here

Visitors

Hye, anda tidak keseorangan di blog ini kerana sekarang Orang Sedang Menemani Anda!

Categories

About This Blog

Disclaimer

Please note that NONE of the files listed on this blog are stored on the site. We only serve to index contents available from other sites as a convenient and easy way for our visitors to find files that have been shared by their respective copyright owners.

As such, we DO NOT claim ownership rights of any documents and/or materials accessible or made available on this site, nor assume any responsibility for the contents on any externally-linked site or for any links on any externally-linked site. Use of this site is therefore solely at your own discretion.

If you believe that your copyrighted material may have been unintentionally infringed, please write to us directly for immediate removal.

::. aljanggut .::

Money Exchange