Moyangku Pergi Tak Kembali
Berita sedih ku terima melalui SMS jam 11 malam waktu Egypt...4 pagi waktu Malaysia...
"salam along..moyang da xde..."
sedih...tak terkata...atok dan nenek sebelah abah & umi da lame pergi..
kini giliran moyang [perempuan] pulak..tiada lagi nenek, atuk atau moyang dalam hidup ini.
"masa kau lahir dulu..aku yang sambut kau.." kata-katanya terngiang-ngiang dalam ingatanku
ketika aku pulang ke tanahair tahun 2007...
tampat dia menghembuskan nafas terakhir ialah tempat dimana aku dilahirkan..dan rumah itu ada lagi hingga kini...
tapi yang aku paling bersyukur, masa dia hembuskan nafas terakhir, satu-satunya insan yang berada disisinya ialah umiku...ibu yang melahirkan aku ketika moyangku menjadi bidannya..saudara-mara yang lain keletihan dan tidur ketika itu...
sekurang-kurangnya...walaupun tidak pulang menziarahinya buat kali terakhir pun tidak mengapa, kerana umi ada mewakilidiriku...
daku mohon sesiapa sahaja yang menziarahi blog ini agar sama-sama mendoakan moyangku bersama orang-orang yang beriman...
moyangku yang tersayang...moga rohmu dicucuri rahmatNYA & bersama orang-orang yang beriman...tenanglah dikau disana di dalam syurga yang kau idamkan selama ini..amin..ya rabbal alamin..
u have to be strong..
sedekah Yaseen dan Al-Fatihah dan berdoa moga2 ditempatkan dikalangan org2 yg beriman..
i experienced the same things..arwah tok ayah yg plg rapat plg disayangi pergi sehari sblom tarikh tiket blk kg..tanpa sempat melihat wajah tok ayah yg terakhir kali,arwah dikebumikan..sangat5 terkilan hingga skrg..
kuatkan semangat~
Post a Comment