Apa beza RAW ngan JPEG?
Biasanya format yang khusus untuk sesuatu jenis kamera [kecuali Adobe DNG, yang tidak popular]
Data lengkap dari sensor kamera - belum diproses, belum dimampatkan [kamera 8 megapixel menghasilkan fail RAW 8 MB]
Memerlukan perisian khusus untuk membacanya.
Sekurang2nya 8 bit setiap warna - merah, hijau dan biru [24 bit setiap pixel]. Kebanyakan DSLR merakamkan 12 atau 14 bit [36 atau 42 bit setiap pixel]
Julat dinamik [dynamic range] lebih tinggi - boleh memaparkan highlight (bahagian terang) atau shadow [bahagian gelap]
Kurang konstras.
Tidak tajam.
Tidak sesuai untuk dicetak terus dari kamera.
Baca-sahaja [semua perubahan disimpan di fail XMP sidecar atau JPEG atau format lain]
Kadangkala boleh diterima di mahkamah [berbanding format yang boleh diubah]
Menunggu untuk diproses oleh komputer.
-----------------------------------------------------------------------------------------------
Sebaliknya fail JPEG adalah:
Format standard yang boleh dibaca oleh sebarang program imej
Dimampatkan - dengan membuang komponen2 imej yang tidak kelihatan oleh mata manusia
Kecil (kamera 8 megapixel menghasilkan fail 1 ke 3 MB)
Kurang julat dinamik
Lebih kontras
Lebih tajam
Boleh terus dicetak atau dikongsi di Web
Selalunya tidak perlu diubahsuai
Boleh diubahsuai tetapi setiap langkah menghilangkan data -- walaupun hanya untuk memutarkannya
Diproses oleh kamera
Jika tidak banyak ruang yang tinggal dalam kamera, menggunakan JPEG membolehkan anda mengambil 3 atau 4 kali lebih banyak gambar. JPEG juga elok jika ingin terus berkongsi fail imej yang keluar dari kamera.
Jika kapasiti bukan masalah, gunakan RAW + JPEG (sekali snap, dapat dua fail) untuk menghadapi sebarang kemungkinan.
Ada profesional yang tidak menggunakan RAW kerana (1) tidak tahu memprosesnya (2) tidak mahu membuang masa memprosesnya kemudian. Contoh perisian yang "betul-betul" mengendalikan RAW ialah Nikon Capture NX2, Adobe Camera Raw (ACR - sebahagian dari Adobe Creative Suite). Adobe Lightroom, Apple Aperture dan Canon Digital Photo Professional (DPP). Majalah DCM memberikan markah tertinggi kepada NX2. Lain2 perisian yang memahami RAW termasuk Google Picasa, Windows Explorer, Mac Finder, Photomatix, dsb.
JPEG menggunakan Digital Image Processing untuk memampatkan fail. Formula utama yang digunakan ialah Discrete Cosine Transform (DCT). Lain-lain model matematik yang digunakan ialah Huffman coding, dan Delta Pulse Coded Modulation (DPCM). [link]
--- Ini saya translate dari homepage mana entah. Kalau ada bau mat salleh, mintak mahap je lah.
--- Perenggan terakhir saya tambah sendiri sebab saya memang buat penyelidikan dalam image processing.
--- Boleh try download Understanding digital raw capture PDF 1000k
Post a Comment