Assalamualaikum | Welcome to My Blog | Sila Masukkan Address Blog Anda Dibawah Ini | Terima Kasih
Post

Alhamdulillah...Tamat Sudah Peperiksaan


"WALLAHU'ALAM"...itulah kalimah terakhir yang aku nukilkan di atas kertas jawapan untuk peperiksaan kali ini. Ku hantar kertas jawapan kepada penjaga peperiksaan, kad peperiksaan ku ambil. Lega..ringan rasa fikiran ku setelah selasai keseluruhan 7 kertas yang aku ambil untuk peperiksaan kali ini. Bermula 11/1/09 hingga 27/1/09 mengambil masa kurang lebih 3 minggu untuk semua kertas. Ku masukkan alatan menulis di dalam beg. Jam Menunjukkan tepat Pukul 10.40 pagi. Begitu cepat aku menyelesaikan kertas itu. kurang sejam. Ini rekod aku yang terbaru, kebiasaannya aku menjawab sekurang-kurangnye sejam setengah. Tak sangka soalan yang ku terima untuk kertas yang terakhir ini serupa dengan soalan pelajar tahun 2. Aku hanya ambil ringan soalan yang pensyarah sudah keluarkan, sebab secara lazimnya soalan yang sudah dikeluarkan tak akan berulang. Sedikit rase penyesalan sebab aku tak bincangkan soalan itu. Untuk kali ini cuma aku dengan sahabatku, Aza Firdaus, 2 orang pelajar Malaysia yang mengambil kertas ini. Aku terus melangkah keluar dari dewan peperiksaan menuju ke stesen bas yg berhadapan dengan universiti. Mengunggu van sewa yang dikenali dengan nama "tremco" oleh pelajar-pelajar Malaysia mengambil masa hampir 5 minit. Punca daripada kesesakan jalan dan lambakan penumpang yang ingin ke destinasi yang di tuju. Termasuk mahasiswa-mahasiswa tempatan yang ingin pulang ke kampung setelah selesai peperiksaan. Jam 11.09 pagi aku tidak di rumah. Rakan serumahku Afif dan Iskandar masih lagi dibuai mimpi-mimpi indah. Hanya Khairul sahaja yang berjaga di hadapan komputer. Ku tukar pakaian kelaziman ku ke kuliah, ku buka komputer, lalu ku nukilkan catitan hidupku ini buat kali pertamanya di laman blog ku dan alam siber ini. Moga ALLAH s.w.t memberi kejayaan kepada ku dan kepada sahabat-sahabat perjuanganku terutama yang sedang berjuang di Palestin. Amin...ya rabbal 'alamin...

semoga kejayaan menjadi milikmu..amin.. :)

Wah! Free Palestine!! Free Al-Janggut!! Tahniah la. Musti syok dah habis exam. I know how u feel, sebab saya pun rasa best lepas habis paper 20/12/2008 ari tu. Teruskan perjuangan menuntut ilmu. Selamat berjaya, moga dapat result yang cemerlang:)

Related Posts with Thumbnails
Selamat Datang ke aljanggut.blogspot.com Dijemput kepada sahabat-sahabat untuk menghantar sebarang artikel ilmiah iaitu di aljanggut@yahoo.com, artikel tersebut akan dinilai sebelum dipaparkan di sini -Semoga dapat mengambil istifadah dan manfaat dari laman ini-

About Me

My photo
Selangor, Kelantan, Laut Merah, Germany
|.::Kuliyyah of Theology, Major In Belief & Philosophy::.|.::Kuliyyah of Arabic, International Islamic University Malaysia::.|

Chat Here

Visitors

Hye, anda tidak keseorangan di blog ini kerana sekarang Orang Sedang Menemani Anda!

Categories

About This Blog

Disclaimer

Please note that NONE of the files listed on this blog are stored on the site. We only serve to index contents available from other sites as a convenient and easy way for our visitors to find files that have been shared by their respective copyright owners.

As such, we DO NOT claim ownership rights of any documents and/or materials accessible or made available on this site, nor assume any responsibility for the contents on any externally-linked site or for any links on any externally-linked site. Use of this site is therefore solely at your own discretion.

If you believe that your copyrighted material may have been unintentionally infringed, please write to us directly for immediate removal.

::. aljanggut .::

Money Exchange