Assalamualaikum | Welcome to My Blog | Sila Masukkan Address Blog Anda Dibawah Ini | Terima Kasih
Post

Perihal Hadis Dhaif


Maksud : Hadis Dhaif adalah Setiap hadis yang tidak terhimpun padanya semua syarat hadis sahhih dan tidak pula semua syarat hadis Hassan.
(rujukan:Al-manhal ar-rawiy(ms/38);Muqadimatu Ibni Ash-Shalah(ms/20);Irsyad Thullab Al-Haqaiq(1/153)

Al-Baiquni berkata didalam Nazham yang disusun beliau

“كل ما عن رتبه الحسن قصر,فهو الضعيف له افسام كسر ’’

“segala yang berpaling dari tingkat hassn ditinggalkan,dia lemah dan banyak macam-macamnya’’

(rujukan:Al-manzumah al-Baiquniyah ma’a at-taqrirat as-suniyah)

Berdasarkan pemerhatian,pembelajaran dan pengkajian saya mengenai hadis daif ini,banyak sekali ulama-ulama hadis mengatakan ketidakbolehan penggunaan hadis dalam segala macam hal.Saya memetik kata-kata Syeikh Al-Qasimi didalam kitabnya beliau berkata “Diceritakan oleh Ibnu Sayyid al-Nas didalam kitab ’Uyun al-athar daripada Yahya Bin Mu’in dan dinisbahkan pula didalam Fathul Mughis karya Abi Bakr Ibni Arabi “Secara zahirnya sesungguhnya mazhab al-bukhari,Muslim adalah tidak boleh beramal dengan sebarang hadis Dhaif’’.

Baiklah jika ada yang masih mahu memperkatakan hadis daif adalah harus digunakan dek kerana Imam Nawawi pernah menyebutkan perihal bolehnya beramal denga hadis daif dalam perihal fadail Amal,maka saya mahu menegaskan bahawa kebolehan itu bukan atas dasar mutlaknya keharusan penggunaan hadis daif itu sendiri.

Saya merujuk perkara ini melalui kitab Al-Maraqah jilid 2 ms/381 karya Syeikh Ali al-Qari beliau berkata “Sesungguhnya hadis Dhaif ini boleh diamalkan didalam perkara-perkara yang tergolong didalam amalan-amalan tambahan (fadail amal), dan sesungguhnya perkara itu merupakan hasil ijmak ulama yang sebagaimana telah dikatakan oleh Imam nawawi.Namun,yang dimaksudkan itu (fadail amal) disini adalah amalan-amalan yang sebagaimana yang telah ditetapkan oleh KitabuAllah dan Sunnah RasulAllah ’’

Atas dasar inilah beramal dengan hadis Dhaif hukumnya jatuh harus sekiranya telah didapati ketetapan dan jelas tentang amalan yang disyariatkan didalam hadis Dhaif berkenaan dengan yang lainnya serta didapati juga suatu hujah yang tepat.

Namun terdapat beberapa syarat yang ditetapkan dalam penggunaan hadis daif ini. Antara syaratnya ialah:

Pertama : Mereka yang beramal dengan hadis Dhaif itu mestilah yakin dan mempunyai iktikad bahawa apa yang ia amalkan adalah berdasarkan kepada hadis dhaif .

Kedua : hendaklah perbuatan itu tidak disyariatkan dan tidak pula disyiarkan. Ini bertujuan agar orang lain tidak terikat beramal dengan hadis dhaif sebab pada dasarnya orang itu telah beramal dengan apa yang tidak disyariatkan.  Disamping itu juga untuk mengelakkan dari orang-orang yang jahil beranggapan bahawa ia adalah satu amalan dari Nabi.

(rujuk kitab 50 masalah penting dalam agama dari tinjauan hadis sahih dan dhaif terjemahan langsung dari kitab Al-manar al-munif fi sahih wa dhaif oleh Ibnu Qoyyim Al-Jauziah)

Ketiga: Hendaklah tingkatan Dhaifnya itu tidak terlalu rendah atau buruk.

(rujuk kitab Mahabith fi ulum quran oleh syeikh Manna’ khalil Al-Qathan)

Hujah-hujah keharusan yang saya bawa itu adalah berdasarkan kepada pandangan ulama yang menerimanya,walaubagaimanapun penerimaan itu bukanlah secara mutlak tapi berdasarkan beberapa syarat yang perlu diikuti.

Walaubagaimanapun ramai juga ulama yang menolak secara mutlak dalam penggunaan hadis ini,antaranya adalah Muhaqiq Al-Imam As-Syaukani.Beliau menolak dan membidas orang yang mengatakan dengan begitu mudah bahawa ahlul Ilmi telah pun berijmak keatas penggunaan hadis Dhaif didalam fadail amal dan kemudian mereka telah menceritakan semuannya itu(apa yang dimaksudkan oleh As-Syaukani adalah,ada segelintir orang memudahkan urusan pengunaan hadis daif sedangkan mereka tidak meniliti dan mahid dalam bidang hadis,maka apabila mahu menggunakan hadis daif merke berdalilkan kata-kata ulama yang mengharuskan penggunaannya.Tanpa menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan),.

Sesungguhnya mereka(ulama-ulama yang mengharuskan) telah berpegangn kuat didalam hadis-hadis ahkam,beliau berkata:“Sesungguhnya hukum-hukum syariat itu mempunyai kedudukan yang sama dan sedarjat,tidak ada perbezaan antara satu sama lain.Dengan demikian maka tidaklah benar(disisi undang-undang islam) untuk mengisytiharkan dan menetapkan satu perkara didalam hal ehwal syariat kecuali ianya telah diperjelaskan akan adanya hujah-hujah yang terang dan nyata.Jika tidak ini bererti ia telah mengatakan sesuatu perkara tentang (hukum-hukum Allah) yang ianya tidak dikatakan atau ditegaskan oelh Allah dan RasulNYA sendiri.Oleh yang demikian ia berhak menerima dosa dan azab daripada Allah.Dan di sebalik itu pada hakikatnya,cukuplah hati ini sebagai saksi diatas pemalsuan dan apa yang datang dalam makna ini.’’(rujuk kitab50 masalah penting dalam agama dari tinjauan hadis sahih dan dhaif terjemahan langsung dari kitab Al-manar al-munif fi sahih wa dhaif oleh Ibnu Qoyyim Al-Jauziah)

Kesimpulannya,atas dasar pengkajian saya tentang hadis daif ini bahawa saya membuat kesimpulan bahawa pendapat yang paling rajih ataupun mendekati kebenaran bahawa HADIS DHAIF TIDAK BOLEH DIGUNAKAN didalam segala hal pun.Saya mengambil balik kata-kata Syaukani perihal ini “ tidaklah benar(disisi undang-undang islam) untuk mengisytiharkan dan menetapkan satu perkara didalam hal ehwal syariat kecuali ianya telah diperjelaskan akan adanya hujah-hujah yang terang dan nyata.’’

Dan sudah terang dan bersuluh bahawa hadis Dhaif adalah tidak terang dan nyata hujah-hujahnya,oleh itu meninggalkannya adalah lebih mendekati sunnah dan mengelakkan diri dari terjerubus kedalam Amaran Nabi berkenaan dengan amaran jangan berdusta ketas beliau.

وان كذبا على ليس ككذب على احد فمن كذب على متعمدا فليتبوا مقعده مى النار (رواه مسلم)

“Sesungguhnya berdusta keatas diriku bukanlah sama seperti mendustakan kepada seseorang,maka sesiapa yang berdusta kepadaku dengan adanya unsure kesengajaan,silakan mengambil tempat duduknya didalam api neraka.”

Akhir sekali ingatlah hadis ini:

اتقوا الحديث عنى الا ما علمتم (
رواه ترمدذى و ابو شيبه)

“takutlah (hati-hatilah) kamu didalam menyampaikan hadis daripada saya,kecuali apa-apa (hadis) yang engkau semua telah ketahuinya“


Wallahu'alam.

Related Posts with Thumbnails
Selamat Datang ke aljanggut.blogspot.com Dijemput kepada sahabat-sahabat untuk menghantar sebarang artikel ilmiah iaitu di aljanggut@yahoo.com, artikel tersebut akan dinilai sebelum dipaparkan di sini -Semoga dapat mengambil istifadah dan manfaat dari laman ini-

About Me

My photo
Selangor, Kelantan, Laut Merah, Germany
|.::Kuliyyah of Theology, Major In Belief & Philosophy::.|.::Kuliyyah of Arabic, International Islamic University Malaysia::.|

Chat Here

Visitors

Hye, anda tidak keseorangan di blog ini kerana sekarang Orang Sedang Menemani Anda!

Categories

About This Blog

Disclaimer

Please note that NONE of the files listed on this blog are stored on the site. We only serve to index contents available from other sites as a convenient and easy way for our visitors to find files that have been shared by their respective copyright owners.

As such, we DO NOT claim ownership rights of any documents and/or materials accessible or made available on this site, nor assume any responsibility for the contents on any externally-linked site or for any links on any externally-linked site. Use of this site is therefore solely at your own discretion.

If you believe that your copyrighted material may have been unintentionally infringed, please write to us directly for immediate removal.

::. aljanggut .::

Money Exchange