Assalamualaikum | Welcome to My Blog | Sila Masukkan Address Blog Anda Dibawah Ini | Terima Kasih
Post

Bukti Bergambar Kesesatan Iklan Promo Aidilfitri Oleh TV3



Berikut aku sertakan hujah yang aku perolehi dari sahabat facebook yang bernama Yusrizal Usop berkaitan Iklan Promo Aidilfitri TV3 ini. Namun, entri aku ini disertakan sekali babak-babak iklan yang telah aku print screen. [Aku hanya sertakan gambar bagi setiap scene yang dibicarakan, untuk memudahkan rujukan. Ada yang berlebih-lebihan. Terutama dari segi konsep Ilmuniti dan Kristianiasi. Di ruangan komentar, ramai yang berkongsi pandangan berkaitan penerangan iklan ini. Aku tidak menyuruh kamu semua terima bulat2, ia boleh dikaji dan dikemaskini, kemudian perbetulkan apa yg tidak betul, kemaskini yang mana boleh dikemaskini, tambah yang mana boleh ditambah, juga buang yang mana boleh dibuang. Teruskan memberi komentar anda di dalam entri ini, dan jangan lupa share. Kita menanti jawapan TV3 kenapa iklan ini bisa diluluskan]



Scene 1 – Budak Lelaki Melayu sedang menilik-nilik sebuah buku bergambar di malam yang gelap dalam sebuah pondok buruk beratapkan rumbia dengan bertemankan sebiji mentol. Terdapat sebuah sangkar burung yang tergantung di sebelah kanan tingkap yang terbuka.

a) Budak Lelaki Melayu – Orang Melayu
b) Buku – Bible
c) Pondok Buruk Beratap Rumbia – Kemiskinan
d) Malam Yang Gelap – Islam yang mundur
e) Mentol Lampu – Pencerahan [Illumination] – Lucifer@Iblis
f) Sangkar Burung – Simbol manusia yang terkurung dan terkongkong dengan ajaran ISLAM
g) Tingkap Terbuka – Jalan keluar dari kemiskinan dan kemunduran

 

Scene 2 – Close up sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna merah dengan berlatarbelakangkan sebuah pokok Krismas dan North Star (Bintang Utara), menutup sehelai mukasurat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan (inverted).

a) Mukasurat Bergambar – Bible (Christianity)
b) Mukasurat Jawi terbalik – Al-Quran yang dihinakan
c) Beca Merah – Samaran untuk kenderaan Santa Claus
d) North Star – Bintang Kelahiran Horus (Dajjal)Pokok Krismas – Simbol Paganism

Mukasurat Jawi terbalik – Al-Quran yang dihinakan


Scene 3 – Keluarnya bintang-bintang kecil beraura yang membawa cahaya dari gambar beca. Budak Melayu delighted (kagum dan gembira). Bintang-bintang berterbangan keluar dari tingkap rumah buruk lalu membentuk sebuah beca merah berlampu lip-lap dengan seorang lelaki separuh abad yang memakai songkok (bukan ketayap) putih dan berambut putih. Lelaki separuh abad mempelawa budak Melayu untuk bersama-sama menaiki beca merah dan seterusnya meninggalkan pondok buruk.

a) Bintang-bintang kecil beraura – Keajaiban, kekayaan, kemahsyuran, kemodenan etc.


b) Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok Putih – POPE – Ketua Agama Kristian


c) Pelawaan Menaiki Beca – Pelawaan Masuk Kristian



Scene 4 - Budak Lelaki Melayu dengan seorang Budak Perempuan Melayu masuk ke dalam beca dan terus duduk bersandar. (Scene ini memaparkan kejayaan memurtadkan dan merosakkan Bangsa Melayu)

a) Budak Lelaki & Budak Perempuan Melayu – Bangsa Melayu.


Scene 5 – Beca terbang ke Pulau Pinang, Teluk Intan, dan Kuala Lumpur. Tempat-tempat ini bercahaya dan bersinar (illuminated) dengan kehadiran beca merah. Lampu yang menyala di tepi jambatan Pulau Pinang seperti membentuk lambang salib.

a) Pulau Pinang – Tempat Illuminati mula bertapak (Francis Light)
b) Teluk Intan, Hilir Perak (Anson) – Ada Illuminati Lodge kat sini. Rotary club pun bersepah.
c) Kuala Lumpur – Malaysian Illuminati punya capital.


Teluk Intan, Hilir Perak (Anson) – Ada Illuminati Lodge kat sini. Rotary club pun bersepah.


Kuala Lumpur – Malaysian Illuminati punya capital.


Scene 6 – Tiba-tiba ada satu pasangan tambahan budak lelaki/perempuan melayu dalam beca.

a) Pasangan Melayu Extra – Murtad dan kerosakan makin berkembang dan mendapat sambutan.


Scene 7 – Beca berhenti depan unit kondo. Satu pasangan budak Melayu lagi diorang pickup. Budak Melayu Kampung gembira sampai bercahaya-cahaya mukanya.

a) Kondo – Bandar/Middle Class. Budak kampung dah diterima oleh orang bandar. Masuk Kristian adalah cool, urban, modern dan sebagainya.


Scene 9 – Beca terbang merentasi sebuah pulau.

a) Pulau – Singapore lah.


Scene 10 – Beca terbang merentasi awan dan menuju ke sebuah kawasan pergunungan. Kelihatan sebuah masjid di sebelah kiri, budak-budak Melayu tak mempedulikan kewujudan masjid malah lebih tertarik dengan pemandangan di bawah beca terbang.

a) Kawasan Pergunungan (Bukit-bukau) – tempat tinggal Jin
b) Masjid Kecil – Agama Islam yang lemah


Scene 11 – Budak-budak Melayu sudah mendarat dan terus berlari sambil menunjuk-nunjuk ke arah Masjid yang terletak jauh disebalik jurang yang dalam sambil ketawa berdekah-dekah. Terdapat dua tangan misteri yang juga sedang menunjuk-nunjuk ke aras masjid. Sebuah bangunan misteri berada di antara masjid dan budak-budak Melayu.

a) Bangunan Misteri – Sebagai cover up (Yang sebenarnya ditunjuk-tunjuk adalah Masjid)
b) Perbuatan Menunjuk Menggunakan Jari Telunjuk – Seolah-olah Perlakuan Biadab


Scene 12 – Budak-budak Melayu berlari merentasi semak-samun mengikuti laluan bercahaya (Illuminated) menuju ke suatu tempat. Close up lelaki separuh abad ketawa gembira sambil memandang ke atas langit (mengetawakan Allah).

Related Posts with Thumbnails
Selamat Datang ke aljanggut.blogspot.com Dijemput kepada sahabat-sahabat untuk menghantar sebarang artikel ilmiah iaitu di aljanggut@yahoo.com, artikel tersebut akan dinilai sebelum dipaparkan di sini -Semoga dapat mengambil istifadah dan manfaat dari laman ini-

About Me

My photo
Selangor, Kelantan, Laut Merah, Germany
|.::Kuliyyah of Theology, Major In Belief & Philosophy::.|.::Kuliyyah of Arabic, International Islamic University Malaysia::.|

Chat Here

Visitors

Hye, anda tidak keseorangan di blog ini kerana sekarang Orang Sedang Menemani Anda!

Categories

About This Blog

Disclaimer

Please note that NONE of the files listed on this blog are stored on the site. We only serve to index contents available from other sites as a convenient and easy way for our visitors to find files that have been shared by their respective copyright owners.

As such, we DO NOT claim ownership rights of any documents and/or materials accessible or made available on this site, nor assume any responsibility for the contents on any externally-linked site or for any links on any externally-linked site. Use of this site is therefore solely at your own discretion.

If you believe that your copyrighted material may have been unintentionally infringed, please write to us directly for immediate removal.

::. aljanggut .::

Money Exchange