Kisah Abu Nawas Membalas Tindakan Sultan [Ketua Kerajaan]
Membalas Tindakan Sultan
Abu Nawas hanya tertunduk sedih mendengarkan aduan isterinya. Pagi tadi, beberapa pengawal kerajaan telah datang ke rumah Abu Nawas atas titah langsung Baginda Sultan Harun al-Rasyid. Mereka menyelongkar rumah dan terus menggali sesuka hati tanpa mampu dicegah. Tindakan tersebut hanyalah berdasarkan mimpi Sultan pada malam sebelumnya. Sultan bermimpi di bawah rumah Abu Nawas tersembunyi emas dan permata yang tidak ternilai harganya. Tetapi setelah mereka menggali dan mengorek, ternyata emas dan permata itu tidak ditemui.
Apa yang menyedihkan, Baginda Sultan sedikit pun tidak meminta maaf kepada Abu Nawas. Apatah lagi untuk mengganti kerugian yang terpaksa ditanggung. Hal ini membuatkan Abu Nawas memendam rasa dan terguris hati.
Lama Abu Nawas berfikir dan memerah otak. Namun, idea dan muslihat untuk memberi pengajaran kepada Sultan masih tidak berkunjung tiba. Hal demikian berlarutan sehinggakan makanan yang dihidangkan oleh isterinya langsung tidak disentuh oleh Abu Nawas dek nafsu makannya lenyap, hilang tidak tahu ke mana.
Malam pun tiba. Abu Nawas tetap tidak berganjak. Keesokan harinya, Abu Nawas melihat lalat-lalat mula menyerbu makanannya yang sudah basi. Abu Nawas tiba-tiba ketawa riang.
"Tolong ambilkan kain penutup untuk makananku dan sebatang besi." Minta Abu Nawas kepada isterinya.
"Untuk apa?" Tanya si isteri dengan penuh hairan.
"Membalas Baginda Sultan." Jawab Abu Nawas ringkas. Dengan muka berseri-seri Abu Nawas berangkat menuju ke istana.
Setibanya di istana, Abu Nawas tunduk hormat dan berkata, "Ampun Tuanku, tujuan hamba menghadap Tuanku Sultan tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk mengadu tentang kelakuan tetamu yang tidak diundang."
"Tetamu tersebut masuk ke rumah hamba tanpa izin dari hamba selaku tuan rumah. Bahkan mereka berani makan makanan hamba." Adu Abu Nawas lagi.
"Siapakah tetamu yang tidak diundang itu wahai Abu Nawas?" Sergah Sultan kasar.
"Lalat-lalat ini wahai Tuanku." Jawab Abu Nawas sambil membuka penutup pinggan makanannya.
"Kepada siapa lagi kalau bukan kepada Baginda Sultan junjungan hamba, untuk hamba mengadu dan meminta keadilan atas kelakuan yang melanggar hak privasi hamba."
"Lalu keadilan yang bagaimana kamu mahukan dariku wahai Abu Nawas?"
"Hamba hanya menginginkan keizinan bertulis daripada Tuanku sendiri agar hamba mempunyai kuasa mutlak untuk menghukum lalat-lalat itu." Pinta Abu Nawas.
Sultan tidak mampu untuk mengelak daripada enggan menunaikan permintaan Abu Nawas kerana pada saat itu para menteri sedang berkumpul di istana. Maka dengan terpaksa Baginda Sultan menulis surat keizinan dan memperkenankan Abu Nawas memukul lalat-lalat itu di mana-mana sahaja. Tanpa mengira tempat dan ketika.
Tanpa melengahkan masa, Abu Nawas terus bertindak mengusir lalat-lalat di piringnya sehingga terbang dan hinggap di merata-rata tempat. Dengan tongkat besi yang dibawanya dari rumah, Abu Nawas mula mengejar dan memukul lalat-lalat yang hinggap di merata tempat tersebut.
Ada yang hinggap di kaca. Lalu Abu Nawas tanpa segan-segan memukul kaca tersebut sampai pecah berkecai. Kemudian pasu bunga yang indah, kemudian giliran patung hias sehingga sebagian besar daripada istana dan perabotannya rosak dikerjakan tongkat besi Abu Nawas. Bahkan Abu Nawas tidak berasa malu memukul lalat yang kebetulan hinggap di tempayan Baginda Sultan.
Baginda Sultan tidak mampu berbuat apa. Kelu. Tergamam. Sultan kemudiannya sedar akan kesalahan yang telah Baginda lakukan terhadap Abu Nawas dan keluarganya.
Setelah puas memukul sana sini, Abu Nawas mohon diri untuk pulang. Barang-barang kesayangan Baginda banyak yang hancur. Bukan itu sahaja, Baginda juga menanggung rasa malu yang amat sangat. Kini Baginda Sultan sedar betapa besar kesilapan yang telah Baginda lakukan terhadap Abu Nawas dengan sewenang-wenangnya. Abu Nawas yang nampak lucu dan sering menyenangkan orang itu ternyata boleh berubah menjadi garang dan ganas serta mampu membalas dendam terhadap orang yang mengusiknya.
Abu Nawas pulang dengan perasaan lega. Isterinya pasti sedang menunggu di rumah untuk mendengar cerita apa yang dibawanya dari istana.

Saya benar-benar seperti tajuk pos.
Benar-benar impressive.Nice kerja.
affordable web designer
Post a Comment