Assalamualaikum | Welcome to My Blog | Sila Masukkan Address Blog Anda Dibawah Ini | Terima Kasih
Post

Kenapa Perlu Gunakan Bahasa & Ayat Yang Betul Semasa Blogging?

Hai bertemu lagi kita dalam blog encik aljanggut yang entah apa – apa ini. kali ni, aku saja nak tulis berkaitan dengan blogging. Ok, tak kisahla apa bahasa yang kita gunakan untuk berblogging tapi semangat untuk berblogging tu kena ada. Ingat, kita sebagai penulis blog ini patut bersyukur pada tuhan sebab bukan semua orang boleh berblogging macam kita.

Dunia blogging ni ada pasang surut, kadang – kadang blogging ni memang tak best, kadang – kadang kita tak boleh nak tengok orang lain lebih hebat daripada kita, yela diorang blogger hebat kita ni sapa je la kan? Okey, abaikan semua tu. Sekarang ni kita kena ingat, dalam dunia penulisan blog ada perkara yang perlu dan ada perkara yang tak boleh kita buat. Kenapa tajuk entry kali ni panjang sangat? 

Banyak blogger – blogger di Malaysia ni kurang ambil berat dalam penulisan blog secara serius. Walaupun kita hanya tulis blog tentang diri kita sendiri, apa yang kita buat seharian, apa perasaan kita pada ketika ini dan blog dijadikan tempat nak berkongsi suka dan duka serta menjadi diari online dalam hidup kita. Biarlah apa tujuan kita nak berblogging sekalipun walaupun kita hanya buat blog sebab terikut – ikut dengan orang lain yang ada blog. Niat tu penting ok!

Sedar atau tidak sekarang ni google telah memberikan perkhidmatan penterjemahan untuk pelbagai bahasa kepada bahasa lain? Syukur, dalam senarai bahasa yang diterjemah oleh Google, Bahasa Melayu pun turut disenaraikan dalam senarai terjemah dan ini amat – amat memudahkan para pelawat daripada negara asing dan bangsa asing boleh memahami bahasa yang kita tulis di blog.

Jangan kecil hati kerana kita tak mahir untuk menulis dalam bahasa asing, terutamanya Bahasa Inggeris. Berbanggalah dengan Bahasa Melayu yang kita ada, jika seseorang itu tidak faham akan bahasa yang ditulis oleh kita diblog, sediakanlah link untuk memudahkan ia membaca apa yang kita coretkan di blog.

Mari kita tengok entry aku yang lepas :
Entry dalam Bahasa Melayu 

Kemudian kita pergi ke entry yang diterjemahkan dalam Bahasa Inggeris :
Entry yang diterjemahkan
 

Ok, apa yang menarik minat aku sekarang tak kisahlah apa jua isi dan juga niche blog tersebut. Sekarang ini, jika penulisan anda penuh dengan perkataan pendek, simbol dan juga bahasa – bahasa pasar yang mungkin selesa bagi anda dan tak mesra google translate pasti apa yang anda ingin sampaikan di blog tak akan kesampaian.

Mungkin bagi sesetengah orang akan kata :
Ala, blog aku apa yang ada. Setakat tulis cerita pergi pasar malam, kali pertama makin chicken chop ataupun cerita harian sebagai seorang cleaner sekolah je la. Bukan ada apa cerita menarik pun?

Bagi kita mungkin ia sesuatu yang biasa dan tak menarik TETAPI bagi orang lain yang sedang mencari apa benda yang berada di pasar malam, ataupun macam mana bentuk chicken chop dan apa rasanya , dan juga pengalaman seorang cleaner sekolah. Dia berusaha bersungguh – sungguh meng-google dan sudah dipertemukan dengan apa yang dia cari, tut tut tengok bahasa yang ditulis tu tak difahami. Kan orang tu kecewa?

Tak rugi sebenarnya kita menulis dalam bahasa kebangsaan yang betul. Siapa lagi yang nak tulis dalam bahasa dan ejaan yang betul kalau bukan kita? Kalau ada sepatah dua perkataan Bahasa Inggeris tu tak kesahlah. Janji, penulisan kita nampak kemas dan kacak. Jangan jadi penulis hipokrit ok!
:P

p/s : Ini merupakan kempen menulis blog dalam Bahasa Melayu dengan betul.


Related Posts with Thumbnails
Selamat Datang ke aljanggut.blogspot.com Dijemput kepada sahabat-sahabat untuk menghantar sebarang artikel ilmiah iaitu di aljanggut@yahoo.com, artikel tersebut akan dinilai sebelum dipaparkan di sini -Semoga dapat mengambil istifadah dan manfaat dari laman ini-

About Me

My photo
Selangor, Kelantan, Laut Merah, Germany
|.::Kuliyyah of Theology, Major In Belief & Philosophy::.|.::Kuliyyah of Arabic, International Islamic University Malaysia::.|

Chat Here

Visitors

Hye, anda tidak keseorangan di blog ini kerana sekarang Orang Sedang Menemani Anda!

Categories

About This Blog

Disclaimer

Please note that NONE of the files listed on this blog are stored on the site. We only serve to index contents available from other sites as a convenient and easy way for our visitors to find files that have been shared by their respective copyright owners.

As such, we DO NOT claim ownership rights of any documents and/or materials accessible or made available on this site, nor assume any responsibility for the contents on any externally-linked site or for any links on any externally-linked site. Use of this site is therefore solely at your own discretion.

If you believe that your copyrighted material may have been unintentionally infringed, please write to us directly for immediate removal.

::. aljanggut .::

Money Exchange