Assalamualaikum | Welcome to My Blog | Sila Masukkan Address Blog Anda Dibawah Ini | Terima Kasih
Post

Empat Kelompok Sifat Yang Wajib Bagi ALLAH Taala: Nafsiah, Salbiah, Ma’ani dan Ma’nawiyah


Assalaamualaikum dan salam hormat.

Hendaklah kita ingati semula bahawa dua puluh sifat yang wajib bagi ALLAH Taala yang disebut oleh al-Quran sebagai sifat dasar yang wajib diketahui. ALLAH Taala Maha Sempurna. Maka atas kesempurnaan ini, sifat yang thabit wajib bagiNya adalah tiada habisnya. Kerana jika habis, jadilah terbatas. Dan apabila terbatas adalah lemah, maka mustahil dengan sifat Ketuhanan.

Kemudian hendaklah kita ketahui pula dua puluh sifat ini terbahagi ia kepada empat kelompok berdasarkan hakikatnya. Empat kelompok itu iaitu sifat Nafsiah, sifat Salbiah, sifat Ma’ani dan sifat Ma’nawiyah.

Kelompok Sifat Yang Empat

Yang tergulung di dalam sifat Nafsiah ialah satu sifat sahaja iaitu sifat Wujud.

Yang tergulung dalam sifat Salbiah lima sifat iaitu Qidam, Baqa, Mukhalafatuhulilhawadith, Qiamuhu binafsih dan Wahdaniah.

Yang tergulung dalam sifat Ma’ani tujuh sifat iaitu Qudrah, Iradah, Ilmu, Hayah, Sama’, Basar dan Kalam.

Yang tergulung dalam sifat Ma’nawiyah tujuh sifat pula iaitu Kaunuhu Qadiran, Kaunuhu Muridan, Kaunuhu Aliman, Kaunuhu Hayyan, Kaunuhu Sami’an, Kaunuhu Basiran dan Kaunuhu Mutakalliman.

Hakikat kelompok sifat yang empat

Adapun hakikat sifat Nafsiah iaitu hal yang wajib bagi Zat ALLAH Taala itu selama wujud ZatNya itu tidak dikeranakan oleh sesuatu kerana atau selama Ia wujud tidak disebabkan oleh suatu sebab. Dan bukanlah wujud Zat itu kerana sesuatu sebab seperti hendak mengujudkan alam. Kerana ujud Zat ALLAH Taala itu dengan sendirinya tanpa permulaan dan pengakhiran.

Sabda Nabi Muhammad Sallallahu alaihi wasallam bermaksud “Dan adalah ALLAH itu Esa dan tiada menyertaiNya sesuatu yang lain”.

Adapun hakikat sifat Salbiah iaitu sifat yang menafikan segala sifat yang tiada patut bagi Zat ALLah Taala. Iaitu sifat Qidam menafikan ada permulaan bagi Zat ALLah Taala, Baqa menafikan

Ada pengakhiran bagi Zat ALLah Taala, Mukhalafatuhu lilhawadith menafikan bersamaan ALLah Taala dengan sesuatu, Qiamuhu binafsih menafikan Zat ALLah Taala memerlukan sesuatu dan Wahdaniah menafikan ALLah Taala itu berbilang ujud.

Adapun hakikat sifat Ma’ani sifat yang ujudiah iaitu sifat yang nyata pada dzihin dan nyata pada kharij. Erti nyata pada dzihin itu ialah nyata pada mata hati ujudnya sifat Ma’ani itu pada Zat ALLah Taala dan ertinya nyata pada kharij itu ialah nyata bekasnya. Ertinya nyata bekasnya ialah nyata kaitannya dengan alam yang baharu. Ertinya nyata kaitannya pada alam yang baharu pula ialah Qudrah itu takluk menjadikan alam yang baharu, Iradah itu takluk pada menentukan kejadian alam yang baharu, Ilmu itu takluk ia pada yang ujud samada ZatNya sendiri dan alam yang baharu, Hayah itu takluk pada pengesahan sifat yang enam, Sama’ takluk kepada sesuatu yang wajib yang mustahil dan yang harus, dan Basar juga takluk kepada segala yang wajib yang mustahil dan yang harus juga.

Inilah perbezaan sifat Ma’ani dengan sifat Salbiah.

Adapun hakikat sifat Ma’nawiyah iaitu sifat yang melazimi kepada sifat Ma’ani. Ertinya apabila ada Ma’ani maka adalah ma’nawiyah. Dengan bahasa mudah zaman ini, sifat Ma’nawiyah adalah kesinambungan sifat Ma’ani.

Maka apabila Zat ALLah Taala bersifat Qudrah yakni Berkuasa maka pastilah Zat ALLah Taala Kaunuhu Qadiran yakni berkeadaan Zat yang Berkuasa, apabila Zat ALLah Taala bersifat Iradah yakni Menentukan pastilah Zat ALLah Taala itu Kaunuhu Qadiran yakni Keadaan Zat yang Menentukan, apabila Zat ALLah Taala berIlmu yakni Mengetahui pastilah Kaunuhu Aliman yakni keadaan Zat yang Mengetahui, apabila Zat ALLah Taala Hayah yakni hidup pastilah Kaunuhu Hayyan yakni keadaan Zat yang Hidup, apabila Zat ALLah Taala Sama’ yakni Mendengar pastilah Kaunuhu Sami’an yakni Zat yang berkeadaan Mendengar, apabila Zat ALLah Taala bersifat Basar yakni Melihat pastilah Kaunuhu Basiran yakni Zat yang bekeadaan Melihat dan apabila Zat ALLah Taala itu bersifat Kalam yakni Berkata-kata maka pastilah Ia Kaunuhu Mutakalliman yakni Zat yang Berkeadaan Berkata-kata.

Keadaan kelompok sifat yang empat

Seperti yang telah dijalaskan dahulu pada awal-awal bab Tauhid ini, sifat adalah Kelakuan Zat yang ujudnya bergantung kepada ujud Zat. Ertinya sifat ini tidak akan ujud bersendirian dalam maksud tidak ada sifat yang ujud secara sosok. Sosok adalah Zat dan sifat adalah perilaku sosok. Dan bahasa yang paling sesuai kepada sosok ALLah Taala ialah Zat, kerana apabila kita berkata sosok akan memberi waham kepada sosok manusia dan ia tidak tepat.

Adapun sifat Nafsiah iaitu ehwal. Sifat Nafsiah adalah sifat yang menunjukkan ujudnya Zat. Apabila ujud Zat maka Nafsiahlah Ia yakni Zat itu halnya ujud.

Adapun sifat Salbiah iaitu ma’duman. Sifat Salbiah adalah sifat yang ujud pada dzihin yang nyata pada mata hati akan ujudnya sebagai perilaku Zat tetapi tiada bekas ia kepada takluk sesuatu. Ertinya tiadalah sifat Salbiah itu takluk kepada yang lain seperti mencipta dan sebagainya.

Adapun sifat Ma’ani itu maujudat. Sifat Ma’ani itu nyata bekas takluknya kepada yang lain samada yang wajib, atau yang harus (alam baharu) atau yang mustahil. Maka dengan nyata bekas takluknya makajadilah hukum sifat ini sifat yang berdiri kepada Zat dengan nyata.

Adapun sifat Ma’nawiyah itu I’tibariah. Sifat Ma’nawiyah adalah sifat yang melazimi sifat Ma’ani. Ertinya apabila ada sifat Ma’ani maka adalah sifat Ma’nawiyah. Sifat Ma’nawiyah ini hanya nyata apabila telah ada bekas takluk sifat Ma’ani. Maka jadilah hukum sifat ini I’tibar bagi sifat Ma’ani.

Ketahuilah bahawa sangatlah sukar untuk memberikan kalimat-kalimat yang sesuai bagi apa yang penulis perkatakan. Kerana pada kitab Tauhid zaman dahulu ia menggunakan bahasa lama. Ehwal, Maujudat, Ma’duman dan Iktibariah disebut dalam kitab Tauhid sebagai “bangsa” Zat dan Nafsiah, Salbiah, Ma’ani dan Ma’nawiyah disebut sebagai hakikat.

Namun apa yang penulis tuliskan hanyalah memberikan penjelasan menurut bahasa moden yang sekira-kira boleh difahami umum. Lainlah jika menghadap di depan tok guru seperti yang penulis alami.

Dan penulis sangat lemah dalam memberikan kefahaman dengan bahasa seperti itu. Dan tidak mustahil akan memberikan kefahaman yang berbeza, dan akibatnya penulis akan menerima kecaman seperti dahulu dalam bab sifat wajib, mustahil dan harus.

Namun penulis berserah kepada ALLah Taala yang Dia sendiri bersifat dengan segala sifat Kesempurnaan. Dan penulis memohon kemaafan jika kalimat-kalimat penulis di atas menyukarkan kefahaman.

Wassalam.

Sumber : shahil

Related Posts with Thumbnails
Selamat Datang ke aljanggut.blogspot.com Dijemput kepada sahabat-sahabat untuk menghantar sebarang artikel ilmiah iaitu di aljanggut@yahoo.com, artikel tersebut akan dinilai sebelum dipaparkan di sini -Semoga dapat mengambil istifadah dan manfaat dari laman ini-

About Me

My photo
Selangor, Kelantan, Laut Merah, Germany
|.::Kuliyyah of Theology, Major In Belief & Philosophy::.|.::Kuliyyah of Arabic, International Islamic University Malaysia::.|

Chat Here

Visitors

Hye, anda tidak keseorangan di blog ini kerana sekarang Orang Sedang Menemani Anda!

Categories

About This Blog

Disclaimer

Please note that NONE of the files listed on this blog are stored on the site. We only serve to index contents available from other sites as a convenient and easy way for our visitors to find files that have been shared by their respective copyright owners.

As such, we DO NOT claim ownership rights of any documents and/or materials accessible or made available on this site, nor assume any responsibility for the contents on any externally-linked site or for any links on any externally-linked site. Use of this site is therefore solely at your own discretion.

If you believe that your copyrighted material may have been unintentionally infringed, please write to us directly for immediate removal.

::. aljanggut .::

Money Exchange