Teks Membentuk Wajah
Bagaimana caranya untuk kita membuat bentuk wajah (atau apa sahaja) daripada susunan teks? Pendek kata, huruf pada teks yang tersusun membentuk satu bentuk wajah.
Imej di atas adalah hasil grafik yang akan kita buat.
LANGKAH 1:
Buka fail pramlee.jpg di dalam Photoshop. Kemudian, select All (Ctrl+A) dan copy.
Buka satu fail baru (Ctrl+N). Pastekan imej P. Ramlee ke dalam fail baru, namakan layer baru tersebut sebagai ‘P. Ramlee’. Jadi, kita mempunyai dua layer iaitu ‘Background’ dan ‘P. Ramlee’.
Buka satu fail baru (Ctrl+N). Pastekan imej P. Ramlee ke dalam fail baru, namakan layer baru tersebut sebagai ‘P. Ramlee’. Jadi, kita mempunyai dua layer iaitu ‘Background’ dan ‘P. Ramlee’.
LANGKAH 2:
Klik pada menu Image > Adjustment > Threshold (Setkan Threshold Level: 190). Klik OK.
Ini adalah hasil threshold. Wajah P. Ramlee telah bertukar menjadi grafik hitam putih yang ‘kasar’ - seperti kesan photostat.
LANGKAH 3:
Buat satu text document, dalam tu korang letaklah apa2 text atau artikel pon tak kisah, janji banyak..Pastu, Salin kesemua text tersebut (Copy). Dengan menggunakan Type Tool, buatkan satu kawasan teks secara keseluruhan imej. Kemudian, pastekan teks tadi sehingga memenuhi imej (lihat imej di bawah). Saya menggunakan font bersaiz 10pt.
LANGKAH 4:
Di dalam panel Layer, klik kanan di atas thumbnail layer Teks > Select Pixel (atau klik pada thumbnail tersebut sambil menekan Ctrl). Ini adalah untuk membuat selection kepada teks. Lihat imej di bawah.
LANGKAH 5:
Setelah selection dibuat, klik pada ikon ‘add layer mask‘ di bahagian bawah palet Layer.
Kemudian, pilih layer tesk dan setkan opacity layer kepada 20%.
HASIL:
Selamat Mencuba!!
Post a Comment